Rumah aku mengadap matahari petang. Agak panas diwaktu malam. Sekarang pulak memang cuaca panas kat Kuantan ni. Tengok anak2 tidur tak berapa selesa. Berpeluh, melengas. Kesian macam tak cukup tidur. Susah sangat nak bagun pagi sebab baru rasa sejuk dan lena sungguh tidur. Orang tua macam aku pun kengkadang tak tahan,apa lagi bebudak macam derang.
Ada yang tanya kenapa beli rumah tu kalau dah tau ngadap matahari petang. Aku jawab sebab area lotnya luas dan harganya murah. Bila pokok2 dah membesar kurang la panas nanti. Boleh letak blind pun kat porch tu kan. Susah nak dapat rumah teres 2 tingkat dengan keluasan keseluruhan hampir 5000 kaki persegi dengan harga tu. Sebab tu aku beli.
Tak boleh jadi ni. Aku amik keputusan pasang air-cond yang mulanya kalau boleh aku taknak pasang sebab taknak anak2 manja sangat. Nanti susah kalau berjalan ke rumah sedara mara. Tapi nak buat camne kalau dah tiap malam berkirap panas.
Tanya jiran yang dah lama duduk situ pun dia cakap benda sama. Waktu2 camni memang panas. Esok dah sampai bulan 10 ke bulan 1 sejuk tak payah pasang kipas la. Perubahan monsun kan.
So terbang la RM1600 membeli penyaman udara cap Samsung Inverter 1hp letak kat master bedroom. Ada yang harga tak sampai RM1000 tapi sebab penjimatan 60% penggunaan elektrik tu yang aku kejar. Dah kalau pasang dari balik kerja sampai nak pergi kerja esoknya dengan penjimatan tu kan untung jangka masa panjang.
Peti ais ngan mesin basuh pun aku sauk Panasonic Inverter jugak. Tak kisah la bayar lebih sikit. Alah membeli menang memakai katanya.
Esok atau lusa derang datang la pasang. Lepas ni malam2 yang dilalui tak panas lagi. Jangan liat jugak bangun sebab syok bergulung bawah comforter sudah laaa..
8 comments:
bestnya ada aircond..kami tak pasang2 lagi..duk himpun duit dlm tabung ayam..
awatif, every night mmg tido tak berbaju..dia sorang jek..yg lain ok lagi..hikhik..
aku pun baru pasang kat bilik budak2..senang sket aku nak buat project pembesaran ahli keluarga...hahaha
bersusah2 dahulu...bersenang2 kemudian...nnt bila pokok mangga, pokok nangka, pokok ketapang (fuh melampau) ko dah besar...tepi umah ko tu la, syurga...boleh buat buaian bawang putih bawang merah lagi..hehe
Oren
Pelan2 kayuh..
Nonie
Niat yang baik akan dipermudahkan Allah hihi
Kakluna
Pokok Ketapang? hahaha..ni tgh tanam pokok ceri, buah-buahan.
Aku rasa bagus kot pakai yang ada inverter tuh.. Aku pakai aircond yang biasa jek. Sebelum ada aircond, bil dalam RM50++, bila ada aircond bil RM130++ pernah gak cecah RM150++.. itu aku pakai timer set 2-3 jam semalam jek.. and of course weekend bukan kitorang ada rumah sangat. So nanti ko update the change in your electritcy bill selepas sebulan pakai aircond ye ngah. Aku nak wat comparison sikit.
Arena
susah aku nak buat comparison sbb bil letrik aku baru 2 bulan. Tu pun tak sampai 10 hengget. Tapi aku boleh la tulis berapa kena charge based pada penggunaan aircond, peti sejuk ngan mesin basuh semuanya inverter tuh.
Aircond aku plak dari balik kerja sampai pergi kerja esok paginya tu haaaa...kira2 12 jam la. Inverter tu start operate lepas 4 jam penggunaan.
kita pun pasang..tp dlm master bedroom 2.5 hp la panasonic inverter...sajee nk kasi sejuk...anak2 pulak 1.5hp inverter..saje je kasi selesa skitt..hehhe
kita pun pasang..tp dlm master bedroom 2.5 hp la panasonic inverter...sajee nk kasi sejuk...anak2 pulak 1.5hp inverter..saje je kasi selesa skitt..hehhe
Post a Comment