Wednesday, May 27, 2009

JANGAN MAIN API

Aku dah 2 hari demam. Ni berehat kat rumah. Tadi baca Berita Harian. Kan tengah hangat pasal cerita cinta bersegi2 ostad, isterinya dan dot dot dot.

My point is simple. Sedar diri status masing-masing. Kalau dah berumahtangga tu sedar diri sikit isteri kat rumah yang tak tau apa-apa.

Kalau yang pihak ketiga tu sedar diri sikit kalau nak berkawan lebih-lebih lagi dengan suami orang. Walau apapun alasan berkawan, walau bermati-matian kata hanya sekadar kawan tapi kalau isteri kawan tu dah terasa hati baik undur diri la. Tak perlu nak melenting bila si isteri tu marah pada awak sebab dia ada haknya sebagai isteri.

Tak baik bina kebahagiaan atas kesedihan orang lain. Tak baik aniaya hati orang. Kena ingat kalau lelaaki tu boleh buat camtu kat isteri dan anak2 dia, tak mustahil dia boleh buat benda yang sama pada awak jugak. What goes around comes around katanya.

Tauuu nanti ada yang ckp dah lelaki tu gatal. Ya adat lelaki memang menggatal tapi kita yang perempuan ni kena tahu berfikir. Cuba fikir kenapa dalam Al-Quran Allah mulakan ayat Azzaniah wa Zani tetapi mulakan dalam ayat lain Assariq wa Sariqah? pucuk pangkalnya berbalik pada perempuan.

Banyak dah statement saya bukan penyebab mereka bercerai. Aku kata pandai la tu..kalau sebelum lelaki tu kenal awak rumahtangga elok je tetiba lepas kenal rumahtangga jadikacau bilau, bukan sebab awak ke? ada hati pulak buat statement ala2 bela diri...

Tapi benda2 camni walau sejuta kali pun diasak ke telingan perempuan2 yang jadi pihak ketiga ni, derang takkan dengar sebab mereka ni belum bersuami. Mana boleh faham perasaan seorang isteri.

Kengkadang aku rasa ada betulnya bila orang cakap perempuan yang menghancurkan kehidupan perempuan lain.

Untuk memes dan wohidas..dan mana2 perempuan yang ada hubungan atau tengah nak try dengan suami orang.. bawak2 la berfikir ya..sebab doa oarang yang teraniaya ni dikabulkan Allah.

Lagi satu, kalau nampak senang, segak, berketrampilan, apa je la good traits lelaki tu..semua tu atas sokongan isterinya. Kalau takde isteri sama bantu ekonomi keluarga hmmm..entahla..awak..awak..awak yang teringin ngan laki orang pun sure tak mau la..

Aku mmg emo kalau benda2 camni nih. Sebab nampak sangat lemahnya perempuan disebabkan seorang manusia bernama lelaki. Yang lelaki plak..kalau rasa nak sgt tambah cawangan bagitau isteri betul2. Jangan main belakang, bila tembelang dah pecah macam2 alasan la. Berapa ramai yang mampu sebenarnya? bil rumah pun bahagi dua ada hati nak pasang satu lagi...ntah la...

14 comments:

HappyIrfa said...

aku setujuuuuuuuuuuuuuuuuu sgt ngan apa yg kau tulis ni.tabik spring utk angah.agak2 diorang baca tak?kalau bini ostat tu ada blog,gerenti ratus ribu komen kat blog dia.

Ummibatrisya said...

dah jadi macam trend lah pulak :(

entry yang memang patut ditujukan kepada semua perempuan yang gatal nak rampas laki orang :(

Persatuan Berbasikal Dungun said...

Salam angah... Komiser jugak. Salam dari kami Persaatuan berbasikal Dungun.

Haidil said...

Salam all..Sy mmg setuju benor dgn pendapat awk Angah..since my wife almost 12 tahun jadi peguam civil n peguam syarie KLIK KAT SINI , dh bnyk dh dngr cerita2 mcm ni..bnyk pulak skrg ni pompuan yg suka laki org..mcm la xder org lain yg bujang2..BERMADU itu tak sama rasanya mcm MADU, yg satu MANIS n yg satu lagi PAHIT. Mcm statement wife ostat tu "ostat tersepit di tengah-tengah". Sy rasa Wohidas yg mngkin bagi kata 2 kat ostat tu.."aku atau dia"..xpikir langsung n kesian kat anak2 ostat tu yg masih amat perlukan kasih sayang dari seorang bapa..ostat pun dlm dilemma "di sana menanti, di sini menunggu"..tapi selalunya yg sy tengok dlm kes2 mcm ni(dari my wife nyer fail kes)..kalu pompuan tu rampas laki org, maka ada harapan la, pompuan lain akan rampas laki dia..ALLAH tu MAHA ADIL..cthnya kes norash karmin..dulu amik laki org skrg dh kata mcm2 kat laki dia..pukul la, xbagi nafkah la..mcm.. Mmg dari segi hukum, TAK SALAH lelaki kahwin lebih dari satu, tapi sy sebagai wakil kaum lelaki..KITA KENA INGAT!!!NABI dh pesan, "LELAKI YANG PALING ADIL DI KALANGAN ISTERINYA ADALAH AKU"..so buat mcmana pun, kita yg insan biasa ni xkan blh adil punya..Bayangkanlah, umur dh 40-50, masih nk beli lampin untuk anak2 bini muda, pttnya dh blh rilek tgk anak2 kat menara gading...kekekeke

p/s: satu pun dh mcm2 asam garam rumahtangga..inikan pula 2, 3 atau 4...

oren said...

sokong sgt2...

btw, aku tak baca paper berhari2, so tak berapa tau lah cerita gosip ustad tuh..

NeroEcha said...

Betoi tu angah...dah nama lelaki biasa ler tang mengatal ni..

Anonymous said...

ustaz tu kemaruk seks. Yg lama dah basi, nak rase pulak yg fresh.

Angah said...

Irfa
kalau baca pun aku lagik suka.. sapa makan cili rasa pedas la kan

Ummi
Ha'ah macam bujang dah pupus. kalu sebab dah stabil, kalau takde sokongan isteri rebah jugak kan

Persatuan Berbasikal Dungun
Salam jugak ehehe

Angah said...

Haidil
Alhamdulillah, kalau ada lebih ramai lelaki macam awak tentu aman damai dunia ni

Oren
Cuma yang dah bertitle isteri jer yang akan faham

Nero
sebab tu perempaun kena pandai..jangan sama naik gatal hihi

Angah said...

Anon
Basi? yang dianggap basi tu la yang selama ni bersama2 susah. Yang fresh tu pun akan basi jugak kan?

luna said...

sokong..sokong..

takde angin xkan pokok leh bergoyang kan?

pastu nk marah2 org fitnah pdhl dorang x penah pun nk elak dr difitnah?

kalo bnda betul tentu smooth jek jln nya..kalo x smooth tu pk2 la kat mana silap nya.


yg aku tak tahan wahidos kata 'jgn sampai saya ilang sabar'

perggghh....woi ppuan kat mana tmpt ko..sedar diri sket..


mmg terserlah kebodohan wahidos.

Anonymous said...

its all about love ok..syukur jer la sbb x pegang title mak JAN.nk ikot jejak bini ostat 2 ker?????? muahaha

Angah said...

Anon
Jangan main api, kalau berani tulis komen camtu maka berani la tulis nama..

Pengecut ialah perkataan yang sesuai buat awak...

Angah said...

nak tambah sket kat anon nih..kalau aku makjan pun aku tak susah..duda aku tu yang sehelai sepinggang..hahaha