10 Julai 2009
Aku khabarkan pada alam maya yang aku bakal dapat anak ketiga. Aku ingin kongsi kegembiraan aku dengan sahabat2 aku yang selama ni menyokong aku walaupun tak pernah bersua muka.
17 Julai 2009
Aku ke klinik untuk scheduled scanning. Fikiran aku jadi kosong lepas aku lihat imej di monitor mesin ultrasound. Cuma imej bulat amniotic sac tanpa fetus. Doktor diagnos sebagai missed abortion memandangkan aku tak spotting atau bleeding.
Aku balik rumah, mandi, solat dan cuba terima kenyataan ni dan redha dengan ketentuan Allah. Aku percaya dan yakin ada hikmah disebalik kejadian ni.
Aku called abang. 4 jam lepas tu dia sampai dari Kuantan. Air mata yag aku cuba tahan dari siang dah tak tertahan lagi. Just cried and cried.
21 Julai 2009
Aku ke hospital untuk buat confirmation. Lepas rather unpleasant scanning through down under, it was a missed abortion indeed. So dalam 2 minggu ni aku akan dapat tarikh untuk buat d&c.
23 Julai 2009
Hari ni aku kat opis, buat kerja macam biasa.
Aku bersyukur dapat peluang hamil buat kali ke-4 walaupun cuma 11 minggu. Aku redha akan ketentuan Allah. Masih banyak peluang untuk aku bergelar ibu lagi sekali. Aku patut bersyukur sebab ada orang lain yang lebih berat dugaannya daripada aku. Yang telah lama berumahtangga tapi masih belum dikurniakan cahayamata misalnya..
Perancangan Allah pada hambanya tak siapa yang tahu. Kadang-kadang Dia tak beri apa yang kita nak tapi Dia beri apa yang kita perlu. Kita cuma perlu berdoa dan bertawakal. Itu yang aku buat sekarang, berdoa agar Allah beri aku ketenangan hati, kedamaian jiwa dan ketajaman akal dalam aku mendepani apa juga perkara yang berlaku dalam hidup aku...
Doakan yang sama untuk aku ya...
9 comments:
ketentuanNya tak terduga...banyak bersabar... ada hikmah atas segalanya... dun give up...
Angah, sabar. Betul ada hikmah disebaliknya. Angah still young dan bergetah. hehe
SIs,
Meh peluk sikit. Owh what a heartbreaking news. Jaga diri baik2 ok.. Ada hikmahnya ni sis. Keep telling yourself that. Allah tau apa yang baik utk kita.
speechless bila dpt sms ko mlm td..tu pon aku lmbt bukak..apapun, mcm aku selalu ckp, kami doakan yg baik2 utk ko..mungkin kita tak nmpak apa yg baik, tapi Allah sajalah yg maha mengetahui...
insya Allah, akn digantikan dgn yg lebih baik, pada waktu yang lebih baik di masa hadapan..
*hugs*
angah, takziah.
byk betul dugaan kan.
sabar ya!
terkejut sangat..semoga dpt menghadapinya dgn tenang dan tabah.
ngah dear, aku harap ko bersabar dan tabah dengan dugaan dari Nya. Aku pasti ada pelangi akan muncul dlm hidup ko nanti...Kita tak nampak hikmah yang akan Allah berikan pada kita....
hugs..
kemamang....
Semoga tabah.
Tapi kebiasaanya, orang kata, kalau lepas D&C nanti, mungkin senang lekat...
Semoga dapat apa yang diimpikan.
angah,
ada hikmah di sebaliknya :(
Post a Comment