Monday, July 27, 2009

D&C DAN CUTI

23 Julai 2009
Aku kerja macam biasa. Dalam pukul 3.30 petang aku rasa sikit pelik. Bila aku check aku bleeding rupanya. Terus amik GL kat Admin, call abang dan aku rush ke hospital. Sementara bleeding tak banyak dan masih boleh bawak kereta kan..

Sampai emergency, macam biasa la jumpa doktor kat triage tu, pastu pegi Patient Assessment Centre (tempat admit untuk ibu nak bersalin tu la), scan atas bawah lagi and i was giiven a choice, nak admit dan buat d&c procedure atau nak balik sebab bila dah bleeding ni ada big chances aku akan miscarry naturally.

But thinking that it was supposed to be my 12th week of pregnancy dan biasanya complete miscarriage agak susah masa ni, aku opted untuk d&c je. Dah tau benda dah takde buat apa nak tunggu lama2 bleeding banyak2 kan..So aku pun admitted to ward. Sendiri jugak la uruskan kemasukan. kesian aku.

Called emak dan abang aku minta hantarkan apa2 yang patut la. Aku lepak atas katil main internet. Amat la boring sebab aku bukan rasa sakit pun.

Doktor datang pasang granular (eja camne ntah.. yg untuk masuk drip tu la), dan aku kena start puasa dari pukul 2 pagi.

Abang sampai dari Kuantan tengah malam tapi mak guard tak bagi masuk. Tak pe la.Aku pun zzzzzz. Abang tidur kat lobi kot. Malas nak balik rumah katanya.

24 Julai 2009
Pukul 6 pagi nurse kejutkan aku, nak masukkan ubat induce down under. Untuk bukak jalan for the procedure katanya. Dah settle and dah start masuk air abang pun masuk. Tapi tak lama la..mak guarg garang kan hahaha.

Dalam sejam lepas tu aku start rasa sakit macam period pain. Macam contraction nak bersalin pun ada. Tapi memang sakit dan sangat tak selesa. Dipendekkan cerita la ya, rasa rengat tu disusuli dengan bleeding yang sangat teruk. Aku rasa macam dalam drama pun ada. Scene kalau keguguran darah meleleh sampai buku lali tu la. Exactly like that!

Nurse papah ke bilik air 3 kali, dan 3 kali gak la penuh lantai dengan darah. And most of the isi dalam rahim aku keluar. I was like..hmmm my baby...sedih. Sampai tengahari jugak la scene ni berulang2. Hampir pitam 2 kali sbb darah banyak sangat. Dah la aku puasa kan, depend pada drip je.

Sblh petang buat another scan, ada tinggal karung baby je so doktor kata kuat immediate d&c. Cepat ke tak, procedure tu dibuat pukul 11.20 malam sebab ada kes2 emegency ceaser. Takperla..aku dah puasa hampir 24 jam ok! Itupun Allah bagi aku rezeki buat malam tu lepas 1 kes ceaser x jadi, ibu tu bersalin depan dewan bedah.

Aku kena bius separuh so boleh la borak2 ngan doktor masa procedure tu. Terasa la derang tekan2 perut, ada benda masuk dalam tu, bunyi vacum dan benda yang divacum keluar..dalam 40 minit semua setel. Balik wad ingat boleh la minum.. hampeh, kena tunggu lg bbrp jam takut muntah. Aku terjaga dalam pukul 6.30, itu pun sbb doktor datang check. Kebas bius dah hilang, dan akhirnya aku boleh minum. Dekat 30 jam puasa ngkauuuu..wahh nikmatnya minum air masak dan milo kotak..

Oh..lepas tangan kiri aku bengkak, masuk air kat tgn kanan plak, bengkak lagi, akhirnya masuk ikut lengan. All in all 9 botol air..

Lepas aku dah bersihkan diri semer, pi scan lagi. Alhamdulillah rahim dah clear. Boleh balik. Perkataan paling indah yang aku dengar..BALIK.

Dapat mc sampai 9 Ogos. Rehat elok2

Lepas abang setelkan semuanya dan bayar bil hospital RM9 hehe.. kami pun balik la. Singgah kedai makan semua pun tengok aku satu macam. Mana taknya pakai kain batik ngan tshirt, tangan bertampal plaster, jalan slow giler. Belakang aku sakit weh..tempat masuk bius tu la. Makan hari gak nak ilang sakit kata doktor. Ada yang tanya "baru kuar spital ke dik?" Aku angguk jer..rasa nak jawab baru balik berkelah haha..

26 Julai 2006
Bermula episod kehidupan dalam pantang. Yang aku rasa semua pun tau camne jalan ceritanya ya..

20 comments:

Luna said...

sakitnya Angah...sampai terkepit2 saya membacanya.jangankan D&C, pap smear pun saya lum berani. angah memang kuat!

last 2 years kawan sy (kawan blog juga) miscarriage sbb kemalangan, selepas proses D&C, tak lama lepas tu je dia mengandung dan bersalin dan baru2 ni pula dia mengandung lagi!

semoga rezeki Angah juga semurah itu.

Irfa said...

SALAM ANGAH..
x nak komen panjang2,just nak bgtau pantang elok2 dna jaga diri.
INSYA ALLAH..ADA REZKI LAGI PASNI

Pnut said...

selamat berpantang...
jangan pantang notti-notti tau...

Biarlah rahsia said...

kesiannya...

selamat berpantang...jaga diri baik2...insyaAllah lepas ni ada rezeki lg...

Nic said...

Angah, juz nak tanya kenapa procedure D&C tu agak complicated. Actually, nic pun last April sama preggy tp kantung kosong so doc suh D&C, tp degil tunggu gak bleeding 11-12 week gak. Tp bila bleeding tu, doc suh admit spital pagi, tegahari terus D&C and cuma sedar masa bawak ke ope theater, setengah jam lepas (fully asleep) tu sedar balik and boleh lompat (heeh takdela lompat tp boleh makan) and discharge. Takde drip2 ke apa..
Memula tu mmg takut, tak pernah experience surgery even minor kecuali beranak.
Tapi, pantang tetap berpantang la..

Angah said...

Luna
kalakar plak baca "terkepit2" tu hehe..pap smear kena buat tau..kejap jer prosedur tuh..

Irfa
Insyaallah..ni hari kedua pantang

Angah said...

Kak Pnut
Kita baik..x notti2 badan nak pakai lama nih hihi

Biarlah rahsia
InsyaAllah.. amiinnnn

mamalisa said...

take care angah, redha & accept ketentuan Allah ok, InsyaAllah ada rezeki lagi.

Have a good rest.

Angah said...

Nic
Sebenarnya prosedur tu tak sampai sejam pun. Yang buat nampak complicated tu sebab kena puasa sejak 2 pagi and d&c tu 11.20 mlmnya..21 jam dah puasa..tu yang drip banyak tu nak bg ada tenaga..

Pulak tu dengan bleeding tak hengat punya banyak dari pagi lepas masuk ubat induce...

Bius plak separuh je, mcm epidural la, so nak makan/minum terus lps prosedur x bleh. have to wait few hours..kalau fully asleep guna gas tu takpe. bius separuh ni dekat 6 jam baru ilang kesan bius..

tu yang nampak mcm complicated tu. Hospital kerajaan plak kan, walaupun kita dalam list tapi kalau ada yg lebih emergency kita kena tunggu. tu yang sampai dekat tgh mlm baru buat. mujur x postpone

dah mcm entry plak dah haha

Angah said...

Mamalisa
Thanx dear..invite la angah masuk blog ya..angah1410@yahoo.com

LavenderGal08 said...

take care ye angah..

sweetslook said...

Jom singgah tengok tudung cantek cantek kat www.sweets-look.blogspot.com atau kat http://sweets-look.webnode.com

Anonymous said...

ngah, dlm aku duk sedih2 dgn kisah ko d&c ni..nak gelak pon ada part ko nak jwb balik berkelah tu..heheh..

apa2 pun i know u r very strong...pantang leklok tau...

=tini=

oren said...

pantang elok2 tau..insyaAllah, cepat dpt rezeki lagi lps nih..

take care..

*hugs*

NONIE AZIZ said...

Sorry Angah..hari ni baru masuk blog ko...sedihnya...kes ko sama ngan kes aku punya Assistant manager....tak pe ngah..insyaallah ada rezeki lagi nnt..

Ummi said...

angah,

selepas ummi lahirkan batrisya

ummi lima kali keguguran,, 3 kali D&C

sungguh tragiskan

dan skrg ummi ada damya :)

semoga rezeki angah murah :)

HaNiE said...

take care angah.... selamat berpantang ye

Angah said...

Efi
Thanx

Tini
InsyaAllah aku kuat :)

Oren
Amiinnnnn

Angah said...

Ummi
Ya Allah..beratnya dugaan Ummi, apala sangat dugaan pada Angah ni kalau nak bandingkan dengan Ummi.

Hanie
Thanx dear

Anonymous said...

dashyatnya.. patut lah orang yg keguguran nih sedih yang amat. mana taknya, proses nak keluarkan janin tu sama macam proses bersalin. sakit pun sama.. sakit dgn dapat baby dan sakit dgn tak dapat baby memang teruk.. takut ad dengar. semoga angah cepat sembuh!