Tuesday, November 10, 2009

HIJRAH

Minggu lepas dapat satu surat. Surat naik pangkat. Alhamdulillah rezeki untuk anak-anak aku. Aku pindah ofis. Aku ditempatkan ke Putrajaya.

Sepatutnya aku happy sebab naik pangkat kan? Tapi aku takde perasaan sebab surat permohonan pertukaran yang aku hantar bulan 7 lepas tak berjaya. Aku mohon untuk ditukarkan ke Pahang.

Aku dah hantar lagi rayuan. Harapnya rayuan aku dipertimbangkan. Aku merayu sebab aku tahu ada kekosongan jawatan untuk gred yang aku sandang.

Aku cuma nak tinggal dengan suami dan anak-anak setelah 5 tahun tinggal berasingan. Bagilah aku ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan motivasi untuk berkhidmat dengan lebih bersungguh2. Aku cuma mintak untuk ditempatkan bersekali dengan suami dan anak-anak.

Ya Allah..kuatkanlah hatiku, hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik buatku Ya Allah...

10 comments:

ibuVouge said...

tahniah dear..
stay tough,look at the bright side.. insyaALLAH..mana tau rayuan angah akan diterima nanti..

Nik Ha said...

Angah, u're very strong!5thn tu!hrp org yg meluluskan rayuan tu dpt menimbangkan dgn hati & akal ats dsr kemanusiaan...

oren... said...

tahniah Angah..dapat naik pangkat..bukan calang2 org dpt tahu..u r the most lucky one..

aku pon, tak kira la berapa tahun duk jaun nih..rasanya, 3 tahun lebih kut..idak le lama mcm ko..tapi sgt2 jugak berharap suami akan dpt kerja belah2 sini..aku tak pi mana dh la kut...

dgn bertambahnya bb, lagi la aku rasa 3 tahun tu mcm dah 8 tahun..hahaha...

kunyeet said...

amin....

Hambali ® said...

Insyallah. Amin. Moga2 depa-depa tu dibukakan hatinya. Isk

lovelygift....everything u need are here said...

salam, tahniah....
saya pun pernah rasa hampir 4 tahun tinggal berjauhan suami isteri....memang kalau diingatkan smula rasa tk sanggup dah....tp, semua ni buat saya jadi seorang yang sangat berdikari.so, saya doakan semoga angah cepat dapat tukar n kembali tinggal berdekatan dengan suami,jangan give up....teruskan berdoa.....Allah Maha Mendengar

CYBERIAN SPIDERZ said...

Tabah.... Insya Allah permintaan Angah nak bersama keluarga tersayang tercapai. Kami di Arineen Adventures Team turut mendoakannya. FYI. I am developing a new blog site for you. Hope you'll like it. Angah Blog

Arena said...

Babe, doa banyak2.. Moga2 dimakbulak Allah. Memang banyak cabarannya dok berjauhan dengan husband. Stress weh.. Take care dear.. And lupa pulak Congrats!

HappyIrfa said...

SALAM ANGAH..
tahniah,dapat naik pangkat.
harap permohonan yg di impikan berjaya

ibuVouge said...

dear!
sihat???
lama tak dengar cerita...
anak anak ibu kat jitra ni kirim salam kat auntie angah