Thursday, November 05, 2009

IN LOVING MEMORY

WELLINGON NGELAMBONG ANAK BINJI EDWARDS
(22 SEPT 1975 - 4 NOV 2009)

"Are you well, Well?"
"Yes Angah, I'm Well"
"No.. i asked are you well"
"Yes I am Well, and I am well thank you"

And we laughed our heads off..that was way back during our DPA in 2005. He is one of us, the 334 of batch 2/2004.

Lepas DPA, kami jarang2 jumpa, cuma bersapa melalui Yahoo Groups dan updates di Facebook. masing-masing dengan kerja.

Dapat berita tentang keadaan Well dari masa ke semasa melalui sahabat2 yang rapat dengan mendiang, yang dekat untuk melawat semasa mendiang dirawat di Hospital. Mendiang dijumpai di rumahnya dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dibawa ke hospital dan otaknya dijangkiti kuman.

Semalam baru aku dapat peluang untuk melawat mendiang. Melihat keadaannya yang terlantar dan hidup dengan alat sokongan hayat buat aku sebak, buat aku teringat Well yang lincah, yang aktif, yang sentiasa senyum, yang sentiasa tak kisah bila diusik.

Melihatkan ibu Well, yang tak putus-putus membisikkan kata-kata semangat buat anaknya, walaupun dia tahu yang anaknya tiada harapan untuk hidup tambah buat aku sebak.

Hampir penuh ruang wad dengan sahabat 334 2/2004. masing-masing cuma mampu merenung kosong tanpa bicara, ya.. kalau biasa tu memang gegak gempita. Masing-masing kelu bila diberitahu alat sokongan hayat akan dicabut dan urusan kenderaan jenazah sedang dibuat. Realiti yang kami akan kehilangan seorang lagi sahabat 334 2/2004 susah untuk kami terima.

Melihat mendiang pada ketika itu mengingatkan aku pada sahabat 334 2/2004 yang kembali ke rahmatullah pada 13 Oktober 2008. Al-Fatihah untuk Monaliza binti Hamzah. Perasaan yang sama kami rasai sekali lagi...

Jam 3.30 petang semalam Well menghembuskan nafasnya yang terakhir, mendiang diterbangkan ke Sarawak untuk pengebumian hari ini.

Pada masa-masa begini aku cukup bangga dengan esprit de corps batch aku. Aku cukup bangga jadi salah seorang daripada batch ini. Walau dekat walau jauh, bantuan dan sokongan untuk mendiang tetap hadir dalam berbagai cara. Love you guys!

Rest in Peace my dear friend
You will be deeply missed by us all...

5 comments:

Irfa said...

dear angah..
rest in peace utk
kawanmu yg bernama well

Ummi said...

semangat setiakawan yang buatkan kita kuat :)

rest in peace untuk well

Pnut said...

alahai angaha..
walau tak kenal Well
tapi akak sebak baca entry ni...

rest in peace buat dia..

moga keluarganya tabah...

dugongsenyum said...

salam takziah

Hambali ® said...

.... really dunno what else to type. RIP Well.

owh ya. Dah lapor diri ke putrajaya angah?