Aku dapat balik gambar ni masa tengah mengemas kotak-kotak lama untuk dilupuskan. Aku siap hantar kat tempat kitar semula tau. Mengurangkan carbon foot print katanya. Anyway… gambar ni diambil kat Dataran Merdeka pada hari terakhir Program Konvoi Kembara Rakan Muda sempena Sukan Asia 2006 yang dianjurkan oleh Sekreteriat Rakan Muda tempat aku belajar dulu dalam tahun 2000. Dah 9 tahun dah…
Aku Ketua Penyelaras Program dalam konvoi tu. Dekat 2 minggu pusing 1 Malaysia mengumpul tandatangan sebagai tanda sokongan kepada bidaan Malaysia sebagai tuan rumah. Tapi kita kalah dengan Doha. Takper.. semangat tu penting.
Masa telek2 gambar ni aku terfikir… dimana agaknya peserta-peserta konvoi ni sekarang? Selepas 9 tahun…mesti dah ada kerja yang bagus, dah berkahwin dan beranak pinak macam aku jugak.
Bila la dapat ketemu lagi? Agak2 boleh kenal ke? Nama sebilangan peserta dalam gambar ni pun aku tak ingat.. very bad…. very bad...
Soalan aku …. Korang cam aku tak?
6 comments:
teringin nk jumpa kawan lama.ntah dimanalah mereka sekarang
akak punya perangai yang sama mcm ady. susah nak ingat nama org. ngeeeee eh akak dah tukar no tipon kah? few times call tak berangkat ah nombor akak tuh.
duduk, no 2 dari kanan :)
kau yg pakai baju yg sama mcm hishammuddin eh? yg tudung ikat bawah dagu tuh..
kalo itu la kau, sungguh kurus sekali hehe
irfa
sekali sekala berjejak kasih best kan
Ady
tak tukar pun la dik.. 013-268**** jugak
Luna
Betuullllll 10 markah!
Aini
salahhh...
Post a Comment