Tuesday, April 14, 2009

OF IQ AND EQ

Lama rasanya tak bercerita pasal buah hati aku yang berdua ni. Lepas baca entry Nonie, rasa nak menulis pasal anak2 la plak..

Arief makin suka pergi sekolah. Alhamdulillah dah boleh mengeja simple words. Sekarang ni sibuk nak gosok baju sendiri. Susu masih la maintain 5 tin sebulan walaupun dah umur 5 tahun dengan berat 26kg. Sama sibuk jugak kalau aku basuh kain, lipat kain, masak, dan segala kerja rumah yang aku buat. Tapi bagus jugak dalam pada dia menyibuk tu aku suruh la dia eja atau kira.. aku ada cakap tak aku ni cikgu yang bagus (mati la perasan hahaha)

Adneen akan genap 2 tahun hujung bulan ni. Cepatnya masa berlalu. Rasa baru jer aku balik dari hospital mendukung anak dara aku nih. Aku bersyukur sangat dia masih exclusively breastfeed. Kira perjalanan wajib breastfeeding aku akan tamat hujung bulan ni la kan.. mungkin aku akan kenalkan dia dengan Pediasure jugak. Senang kongsi susu ngan abangnya kan.

Milestone plak, Adneen dah boleh cakap sikit2 la. Baru one word stage. Aku tak kisah sebab aku tau lain budak lain la perkembangannya. walaupun masih banyak cakap German tapi itu dah memang fasa perkembangan bahasa dia. Yer.. aku ada cakap tak aku dulu belajar Linguistics (mati la propa lagik..)

Dia pun ikut sama sibuk dengan abangnya. Kengkadang nak gak aku jadi tarzan tapi cepat2 la aku ingatkan diri yang dia nak explore dunia baru, nak perbaiki motor skills, nak berfikir dan dia budak.. tak tau benda apa pun dia buat. Asalkan tak membahayakan diri sudah la. Kalau sepah aku kemas balik.

Ni berkaitan dengan entry Nonie tu la. Aku setuju sangat la yang anak lelaki ke perempuan ke lasak sama jer. Dalam kes aku kan, aku rasa anak dara aku lagi lasak daripada abangnya masa seusia la.

Abang pulak jenis tak kisah adik nak buat apa pun kat dia. Memang tak membalas balik. Lebih-lebih pun dia jerit jer la atau dia beralih ke tempat lain. Jangan orang lain 'tegur' adik dia, mmg kena leter la ngan abang hahaha..

Kenapa aku kata tegur? sebab bila aku marah aku kata aku tegur dia. Aku saja guna positive association/connotation of words. Bila cakap marah kan negative kan..

Dua2 permata hati aku ni pun dah tau kalau aku panggil nama penuh tu maknanya aku nak menegur la tuh hahaha..

Ibu : Muhammad Mifdzal Ariefffff
Arief : ibu nak tegur abang la tu kan
Ibu : ye la...abang buat sepah2 camni kan ibu penat nak kemas, nanti kalau kakak terlanggar kang jatuh sakit la kan, nanti kena pegi klinik la, kesian kat kakak
Arief : ye la abang simpan dalam beg, lepas tu ibu cium abang ye, kena la upah kan
Ibu : ok (dengan bestnya menggomol anak bujang debab tuh hahaha)

Yer.. upah untuk anak2 aku cuma cium saja...untuk semua benda pun upahnya adalah cium. Sebab aku pernah baca anak2 yang mendapat sentuhan dari pelukan/ciuman ibu dan ayah dan jugak melihat kemesraan diantara ibu dan ayahnya melalui sentuhan (yang tak berlebih2 la maksudnya tuh) akan membesar dengan EQ yang bagus. Aku pun rasa camtu sebab dia rasa keperluan emosinya cukup. Actions speaks louder than words kan...

IQ pun penting jugak tapi apalah sangat dikejar kepandaian semata jika jiwa kosong kan. Lebih baik seiring IQ dan EQ. Kalau kita tak pandai mengajar membaca, mengira macam cikgu kat sekolah tak per la, kita boleh terapkan nilai2 kasih sayang, tanggungjawab dsb kat rumah kan.. untuk lengkapkan pakej anak2 supaya dia bersedia nak hidup sendiri nanti.

Aku rasa lebih ramai orang yang berjaya sekarang bukan semata2 bersandarkan IQ saja. Banyak sangat contoh2 manusia2 genius dengan IQ above average yang kecundang dalam hidup kan..

Jadi peluklah dan ciumlah anak2 kita ya...renung-renungkan dan selamat beramal...

14 comments:

Ummi said...

ummi setuju 110% :)

anak yang mendapat belaian kasih sayang dan lahir dari keluarga bahagia kebanyakkanya akan berjaya dalam hidup mereka

tapi tak semuanya lah, ada gak yang tidak berjaya

dan anak yang lahir dari keluarga bermasalah pun ada yang berjaya kerana mereka jadikan masalah itu sebagai cabaran untuk mereka berjaya dalam hidup :)

Anonymous said...

tips yang bagus.. nanti aD praktikkan selalu :)
bab peluk-peluk nih.. aD memang lajuuuuu jer.. hihihi

NONIE AZIZ said...

aku pun setujula Ngah...sebab lebih banyak kita peluk dewang makin banyak perasan kasih sayang timbul diantara kita sekeluarga...

NONIE AZIZ said...

apapun aku suka gambar adneen henyak kepala Arief...brutal!!!

ibuVouge said...

ahak! sungguh brutal si adneen ni.

betullah angah laki ka pompuan ka sama saja lasaknya

ana pun kalau marah Alya mesti sebut nama penuh..

kalau hadif

kita baru sebut Nik Mohammad...
dia dah sambung Afif Hadif mengadap bos!

cemana ibu nak marah..dia lagi pandai diplomasi..hiks

oren said...

nice entry...

aku akan amalkan seberapa segera...thanks..

Iza said...

aaaa.... tak jumpa lagi ngan Adneen... tapi tengok gambaq memang sejibik Arief, ek! hihi.. sib baik saiz lain. teringat angah habaq dulu muka anak Utz Hilmi muka fotostet.. ingat tak? sebab sama kan.. :D

pB said...

kejab jer kan , masa tu bergerak

Irfa said...

salam angah..
betul tu.saya setuju sesangat.
peluk dan cium sbg tanda kita sayang mereka.ibu bapa saya dulu xbuat camtu.mgkin cara mereka didik anak lain ,tp saya tahu mrk sygkan saya.

cik puan daun said...

aku pon nak tiru jugak.. murah je upah peluk cium tu.. ahaha.. :P

Hambali ® said...

Sama la. Anak dara aku si Qaseh pun laaaaaaaaaaaaasak sangat.

Baru je balik Johor uma mentua aku, dia dah pecahkan vase org tua tu. Tak sempat aku nak selamatkan pasu dia.

La ni dia tengah jeles dgn adik dia. Baru tinggal jap dia dah tenyeh pala adik dia dengan bantal.

Apa-apa pun anak2 ni la buah hati kita.

Pnut said...

betoi puan ptd..
saya setujuk...

most of my fren yang anak murid kesayangan cikgu sbb bijak laksana masa sekolah, (dua tiga org la..) paling hebat pun sekarang jadi kerani bank je..

ni mak pnut yang tak lulus matematik, yang disumpah cikgu maths kunun akak cuma bakal pekerja kilang je, akhirnya leh gak masuk universiti.

pandai wat cupcakes lagi..
propa kan..riak...riak...riakk...

HAIDIL said...

Salam Angah..selalu nmpk Angah ni aktif kat chat BBS..anyway..seronok tgk kerenah anak n diorg membesar depan kita..tiap tahun ada saja 'improvement' yg diorg dpt..

Man CIOCC said...

Salam Angah,
Bg Man ada ada 4 orang bebudak.
14 - 10 - 6 - 3 tahun.
Semuanya berlainan pe'el.

Kasih sayang mmg penting, termasuk IQ & EQ. Body contact penting untk eratkan hubungan kekeluargaan.

Nak letak komen sikit, untuk tatap semua. Masyarakat sekarang terlalu menerapkan budaya "melebih" dari orang - lebih terra dari orang tu & banyak sifat kebendaan. & yang teruk bila attitude mak-bapak yang "menghahalkan" perbuatan tak betul anak-anak kerana anak-anak mereka ini pandai / terrra.

Pendapat saya - kalau terra mcm manapun tapi perangai tak elok, lagi tak guna.

"Moderation in everything" yang terbaik. Mmg kalu tak dapat strike a balance, hanyutlah kita.