Wednesday, April 01, 2009

SIKU BURUK

Balik dari Putrajaya Critical Mass terus ke Kuantan. Sampai rumah jam 5 pagi. unload semer, solat subuh dan zzzzz sampai noon..

Sabtu cuma selesaikan hal rumah,pegi kedai basikal tukar bearing basikal road dan tambah chainlink/setting gearing basikal aku. Sebelah malam pun pegi kedai basikal carik skru shoeplate abang.

Ahad aku join ride. Ada satu group dari Selangor datang bertandang. Associated Cyclosportif Trekkers (ACT) buat ride dari Pekan - Kuantan - Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Aku, abang, abg Rahim ikut join atas tiket Persatuan Berbasikal Pahang dan Kelab Le Tua. Perasmian oleh Presiden Persatuan, datuk Hadi. Exco Pelancongan Pahang, Dato'Syafik pun join jugak kayuh.

Rider perempuan cuma aku ngan Kak Tini (pemilik kedai basikal JBS).

Aku ikut group tengah je. Abang ngan abang Rahim escort Dato' Shafik. Boleh salute la Dato' sebab tu la pertama kali dia ride seumur hidup dia dan boleh ride walaupun slow ke UMP. Abang coach sikit la sepanjang jalan tu kan..

Main group mmg dah kat depan sana dah, aku layan jalan jer sambil kadang2 kayuh dengan ahli ACT yang dah pewai sambil tunggu van ambil derang ni.

Nak jadikan cerita tengah sedap layan jalan, masa tu aku belakang Kak Tini, ntah camne aku tergelincir dan jatuhlah aku mencium jalan raya...

Bangun, memula cek basikal ok, tengok tangan luka, siram air bagi pasir/tanah ilang pastu kayuh semula. Aku cakap ngan Kak Tini aku blah dulu sebab nak carik ambulan cepat..so aku mintak abang Zainal tarik terus ke UMP. Lepas cedera baru merempit hahaha..

AKu tak bagitau abang pun. Lepas dah setel letak iodin semer, abang sampai dengan exco, baru aku bagitau. Soalan standard pertama "basikal ok?"..lepas tu baru tengok tangan n lutut bini..

Dah habis semua acara terus pegi Klinik amik jab dan dress wound. Pedih siut!!!! dapat MC 2 hari dan seplastik ubat untuk 5 hari. Tengahari Isnin balik Klang.

Orang yang tengok aku mesti tanya kenapa dan muka jadi pelik bila aku cakap aku jatuh basikal. Ye lah.. mereka tak tau aku jatuh basikal speed berapa kan...ramai ingat aku jatuh motor.

Adat la naik basikal jatuh...

Aku ngan abang lepas sampai ke UMP - sila abaikan saiz yer hahaha..tu tangan kanan ngan lutut aku cedera tuh.. tapi biasalah bukan tak biasa jatuh...menten jer....seronok tau kongsi minat sama ngan suami nih..selain boleh sihatkan badan (aku perlu lebih kurus huhuhu), aku jugak boleh gunakan peluang pergi ride ni utk spend quality time ngan suami. Dan.. dan...dan...control mechanism hahahaha buleh?

5 comments:

bola2api said...

Kalo aku yg xshare hobby dgn laki ni cmner?

Tp hubby dah bagi g cycling pun dah ckup baik..at least something rite?

Unknown said...

angah,ni cikjah baru nk berjinak2 dgn dunia penyusuan ibu...cikjah dh ader avent manual breast pump, tp sakit la bila guna... ni tgh cari either manual@electrical breast pump yg MOLEK punya...any suggestion angah?

Unknown said...

soalan laki hang tu mmang standart "basikal ok????" heheheh

Angah said...

Aini
yup.. at least dia tak sekat hobi ko kan..

Cikjah
Angah jawab dalm blog cikjah ek..

Heero
Soklan mmg aku dah jangka pun hahaha

Imran said...

takpe yg penting semangat tu kuat...jatuh tu adat la berkayuh.

Imran
ACT