Kadang-kadang bila kita terlalu kusut memikirkan masalah, kita jadi buntu dan tak nampak jalan keluar sedangkan tiada masalah dalam dunia ni yang tiada penyelesaiannya.
Bentuk penyelesaian yang dipilih akan menentukan corak kehidupan kita betul tak? Untuk memikirkan baik buruk impak daripada cara yang akan dipilih tu memerlukan masa dan analisa juga kan.
Tentu pendapat orang yang lebih berpengalaman dan tidak berada dalam emosi yang kusut seperti kita amat diperlukan.
Cuma selalunya aku berfikir.. selalu sangat... masalah yang timbul bukan berpunca daripada aku tapi kenapa aku yang kusut fikiran memikirkan bagaimana nak menyelesaikan masalah tu. Kenapa bukan pembawa masalah tu yang selesaikan? Oh aku hampir lupa.. pembawa masalah mana tau yang dialah sebenarnya punca masalah tu..
Aku orang yang bertanggungjwab (ye muntah hijaulah). Oleh kerana masalah tu membawa kesan pada kehidupan aku dan anak2 waktu ini dan mungkin akan terus menjadi masalah pada masa akan datang maka suka atau tidak aku yang bertanggungjwab ni harus memikirkan penyelesaian terbaik kan...
Jadi untuk itu aku perlukan ketenangan....banyak aku baca bila kita bersedia memaafkan dengan ikhlas hati kita akan terbuka luas dan berasa lapang...aku perlukan ketenangan dan kelapangan hati... bukan saja untuk aku tapi untuk anak2 aku...
Aku akan cuba....to forgive and to let go...ya.. apalah yang akan aku rugi? Bukan ada yang kekal pun dalam dunia ni kan....selain amal yang soleh dan doa anak2 untuk bekal aku di akhirat nanti...
6 comments:
so angah just let go mana-mana yang tak best tu
anak-anak perlukakan ibu mereka dalam hidup
so be happy
tiada apa yang kekal dalam dunia ini, hanya amal dan doa anak-anak yang akan membantu di akhirat nanti :)
yes betul tu.
sbnrnya setiap mslh tu ia mmg perlu berlaku, supaya kita berusaha belajar memperbaiki diri dan mjadikan kita lebih baik dr semalam.
mcm kita makan la, kalo asyik makan yg manis je pun x elok juga...sesekali rasa lah juga yg pahit dan masin kelat baru lah lengkap pengalaman kehidupan.
buakn saja kene let go, tapi lets go pegi cuti cuti mesia. Ke medan ke, ke tioman island ke, ke pulau redang ke, atau ke surabaya, gi tengok kain & beskal, bawak anak anak sekali. Gi enjoi. Buat pe nak kusut masai kan pikiran.Bukan nye tak leh independent. Ada ke tak de, u mmg boleh independent kan kan kan ?........
setiap perkara yg berlaku ada hikmah yg tersembunyi yg kita jarang2 sekali nampak sbb kdg2 perkara tu berlaku akan datang...then masa tu kita akan kata..
"syukur alhamdulillah...nasib baik lah bla bla bla bla.."(contohnya..)
cuma pada masa sekarang ..kita kena bersabar dan bertawakal..disamping berusaha memperbaiki mana yg kurang cun tu..jd lebih baik..
apa2 pun ko mesti ingat satu jer..
hidup ni macam roda...hari ni A kat atas...esok lusa hari kita pulak...
ALLAH maha KAYA ngah..
take care beb!
tini
bukan senang sebenarnya nak didik hati supaya bersikap tenang dan memaafkan..
tapi tak salah mencuba (kalo tahu takat kemampuan diri)..
take care sis!
*hugs*
jumaat ni jgn lupa bawak jajan hehehe
Post a Comment