Ok..cadangnya memang tak balik Klang tahun ni. Somehow perancangan Allah tu melebihi jangkauan akal kita kan..rupa-rupanya plan qurban dah dianjak ke hari Isnin, semalam lah. Jadi aku boleh la balik walaupun cuma menunjuk muka saja lah. Dan malam raya tu, sepupu aku pulak call kata nenek aku (sebelah ayah) masuk hospital sebab kena stroke. So the more reason to go back to Klang kan.
Malam raya aku masak kat rumah mak mertua, ngan adik2 ipar semua. Pagi raya lepas salam2 ummi, aku bertolak balik Klang. Trafik ok. Kami je yang sangat la slow..singgah kat Genting Sempah makan McDonalds, pastu singgah Subang pulak. Pukul 5 lebih baru sampai rumah emak.
Nenek aku..doktor kata DIL (Death In Line) Aku doa yang terbaik untuk dia. Aku taknak cerita banyak2. Family matters ni complicated sikit kan..
Anyway..semua adik beradik ada, mak aku nampak seronok sangat. Emak akan duduk ngan adik aku kat JB mulai minggu ni. Lepas ni istilah balik kampung untuk aku adalah merujuk kepada pergi rumah adik kat sana untuk jenguk emak lah. Another complicated story..takmo cerita.
As for the Qurban, everything went well..cuma aku tak dapat tunggu untuk majlis sebelah malam. Ada tahlil, usrah dan makan-makan. semua within our close families je..adik beradik mak aku. Pakcik aku (adik mak), Imam masjid, jadi takde masalah untuk hal2 berkaitan hatta untuk nikah pun haha..Alhamdulillah tumbang 2 ekor lembu, sempat la buat sesi pembelajaran apa itu Qurban pada Adneen dan Arief dan apa itu lembu pada Riefqi.
Lepas Asar aku dah bertolak balik ke Kuantan. Jalan smooth, ye lah aku kan menongkah arus. Tapiiiii aku tengok hala ke KL, sesak teruk dari sebelum tol Karak dah..hadoiiii camne nak hadap tu? Kesian la..pukul berapa nak sampai KL?
Enjoylah few pics yang aku amik..
Yang depan ni adik bongsu aku..aku memang pendek huhu |
Ni sepupu2 aku, yang masa kecik2 aku la yg baby sit derang |
Ada lagi banyak gambar tapi kat FB lah..sini tayang mana penting je haha..memang terkejut punya plan. Dan aku balik Kuantan bawak gearbox utk buat sup. Best!
Riefqi bambam demam pulak..aku cuti 2 hari. Ni pun aku kerja setengah hari..
Riefqi bambam demam pulak..aku cuti 2 hari. Ni pun aku kerja setengah hari..
5 comments:
plan terkejut sungguh la tu,takpe la yamg penting selesai dengan aman.
banyak tulang?pos la sini sikit.
hehe
akak punya stock daging penuh dalam fridge, seluar ala aladdin, akak pun ada, selesa sangat bila pakai :)
aku la salah sorang pemandu dalam lautan kenderaan yg ko tengok kat karak tu. mmg mencabar kesabaran sungguh, ditambah dengan kebengongan pemandu yg drive kat emergency lane.
Weh Riefqi bambam nampak dah besarlah!
help.. aku dapat gear box tapi tak reti nak makan!!
Post a Comment