Nak mula kat mana ya?
Jumaat lepas aku drive sendiri ke Fraser Hill untuk bagi taklimat pasal Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar kat satu Seminar. Driver jabatan takde, pergi kursus. Cuma aku cuak sikit la sebab kan musim hujan, jalan naik ke Fraser tu kecik gila dan kiri kanan adalah gaung! Jadi aku bawak la 4wd projek naik atas. Alhamdulillah all went well. Bertolak pukul 10.30 dan sampai pukul 1.30. Sempat la aku meronda kejap atas tuh..pergh kabus tebal gilak! lepas taklimat aku balik terus. dalam pukul 5.30 camtu. Amik Riefqi kat Taska, beli dinner, dan sampai rumah pukul 10 malam!
Sabtu, abang balik awal plak dari Kuala Terengganu. So habiskan hujung minggu dengan family je la ye tak. Hujan sepanjang hari, apa yang nak dibuat? Sidai baju pun tak kering. Mujur makngah ada dryer kannn..
Ahad pegi meronda kejap, Abang beli ketam nipah ngan udang galah. Wah! sangat syiok buat masak lemak. Sebab udang cuma 2 ekor jadi aku masak sekali dengan ketam. Belasah je la kan..pastu buat sambal belacan dan masak sayur sikit. Licin!!
Wokeh..kan aku nak cerita pasal hadiah betul tak? biasa la dah lama tak update jadi semua benda pun nak tulis kan. Aku ni setiap hujung tahun akan beli something untuk diri aku sendiri. Macam hadiah untuk raikan hardwork aku pada tahun tu la. Biasanya aku beli yang agak mahal haha..dah duit aku kan..my hard earned money okay..so tahun ini aku akan menghadiahkan diri sendiri dengan BENDA INI!
SAMSUNG GALAXY NOTE
Lama jugak aku compare gadjets yang ada di pasaran to suit my needs and my wants. Ipad, tabs, HTC, u name it! semua aku kelebet! Dan bila benda alah ni launched maka aku dapat dah apa yang aku nak. Bukan sekadar smartphone tapi jugak tabphone.
Banyak benda aku consider tau, memori, applications, saiz, eh banyak laaa..yang aku suka sebab ada pen tu. Akan membantu sangat masa aku pegi site visit. Sbb lepas amik gambar aku boleh buat note terus atas gambar dan email terus pada boss aku. Dan dengan saiznya camtu, tak perlu la aku ada 2 device nak usung sana sini. Boleh masuk handbag dan boleh masuk poket jugak.
Harga dia dua ribu lebih. Tapi sebab aku dah memang pakai plan Celcom, jadi aku cuma convert plan dan bayar RM 1600++ saje.
Dan yang pasti!!!!!!! bateri akan habis dengan cepat sebab anak-anak aku main game angry birds!
Ok sekarang sila ucap tahniah kat aku sebab dapat hadiah ni..walaupuunnnn sendiri beli..
11 comments:
walaweh...ketam tuh...mmg menyelerakan....huhu ^_^
syabasss beteh utk hadiah samsung galaxy! Thumbs up! :)
Tahniah
tahniah
sedapnya :) terliur akak tengok
tahniah...
hiks..aku jenis tak pandai gajet..so, aku tidaklah terliur..
dok pikir2, apalah hadiah utk diri aku sendiri tahun nih? ahaaa..yg aku beli sewing machine sebelum ramadhan tu..best :)
anak wak pon sukak main angry birds jugakkk... eeeeE wak dh datang nii nak komen komennnnn.....
tahniah..
mmg berbaloi la usaha penat lelah berbaloi w,pun beli sendiri.aku lom mampu w,pun nak hadiah utk diri sendiri..
saya pun macam Angah suka hadiah benda untuk diri sendiri. nak tunggu orang bagi ... berzaman laa.
Ketam, udang & Samsung Galaxy Note tu sama2 menyelerakan! I LIKE!
Akak pun selalu beli hadiah untuk diri sendiri. Kadang2 terlebih2 pulak, kehkehkeh!
Syabasss gak. Aku suka gak mereward diri sendiri nih.. Banyak gak dah aku reward diri sendiri nih, breadmaker, kamera, and another one, coming january 2012 hehehe..
Hadiahkan phone tu untuk saya juga, boleh ?
Post a Comment