Lagi update pasal breastfeeding, pun sebab ada yang bertanya, pun dijawab berdasarkan pengalaman.
Power pumping ni sebenarnya satu method pengepaman untuk boost up milk supply. Boleh dicuba untuk ibu-ibu yang rasa susu merudum atau yang nak relaktasi (part ni cerita kemudian hari lah). Setakat ni aku tak buat sangat power pumping sebab production susu adalah ok. Tak la mencurah2 macam ibu lain. Just ok untuk keperluan Riefqi.
Ye la kengkadang kita ni terikat dengan jadual kerja yang ntah hapa-hapa sampai jadual pam pun lari. Bila jadual lari maka otak akan dapat signal lain lah. Like "oooo baby tak nak susu so tak perlu produce" Jadi disinilah pentingnya PP nih bila kita nak naikkan jumlah susu untuk keperluan bayi.
Ada juga ibu2 yang rajin yang buat PP sekali sehari, setiap hari untuk menten milk supply. Aku malas haha..Aku buat PP bila pergi kursus atau outstation sebab boleh buat 2 kali sehari. Tanpa gangguan lah kiranya.
Agak berbeza dengan pumping biasa yang ambil masa 20-25 minit beberapa kali sehari tu. Secara mudah PP ni ialah pam selama 1 jam iaitu pam 10 minit dan rehat 10 minit, ulang proses sampai 1 jam.
Guna double pump
pam serentak kedua2 breast (of course lah haha) selama 10 minit, pastu rehat 10 minit, dan sambung lagi sampai cukup 1 jam
Guna single pump
Pam sebelah 10 minit dan alih ke sebelah pun 10 minit, ganti2 breast sampai cukup 1 jam. Aku boleh bayang letihnya..
Ok. jangan terkejut bila buat PP ni kita macam pam angin je. Maknanya susu sikit sangat atau tak keluar pun. Takpe..PP ni kan satu cara kita hantar isyarat pada otak untuk suruh hormon hasilkan lebih banyak susu.
Buat sekali dua memang tak nampak hasilnya. Kena buat secara teratur at least sehari sekali selama seminggu atau lebih untuk dapat hasil yang dikehendaki.
Tapi ibu juga kena cukup makan dan minum lah ya..Takde raw material camne nak ada end product betul tak?
Ok dah selesai bab ilmiah..
Bila duduk dirumah pada hujung minggu makanya gatal je la tangan ni nak memasak. Sementelah barang pun ada dan aku ni kalau boleh nak la buat lauk yang berbeza utk makan tengahari dan makan malam kan. Ingat tak aku balik raya haji dulu. Ya Allah tulang lembu masih ada dalam freezer ok! Jadi aku pun rebus buat sup! Abang kata lebih sedap dari yang kat kedai biasa dia makan tu. wah berbunga hati bila dipuji kahhhhh..
Untuk sup ni aku guna resepi ala2 soto sikit. Tambah serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar, sos tiram sikit dan guna batang seleri / daun ketumbar utk naikkan rasa. Memang terangkat! tambah pulak penyek lada dan perah limau.
Pastu petang sikit aku menggodeh muffin pandan, sementelah ada orang tempah kan, aku buat la adunan lebih sikit utk kudap petang2. Pastu goreng kentang cicah mayonnaise. Woii bila nak kurus camni kan? Takpe la..kang aku kurus takde plak orang tu bahan nak kutuk aku..
Muffin pandan ni aku buat guna santan dalam kotak tu. lebih sedap dan aroma lebih best berbanding guna susu. Atas rekues, aku letak almond slice atas tu, kengkadang aku letak gak choc chips..ikut permintaan la. jgn mintak hias dgn daun pandan sudah haha..
3 comments:
kutuk bab size badan?
org jeles mmg gitu :-)
sedap akak tengok sup tu, tambahan hujan kat sini lapar....
tak pe, badan berisi maksudnya happy :)
empuk la sedap..naaa.. bole ke komen camni heheeheheheh
Post a Comment