Oh makngah sangat happy bila pokok2 bunga yang disiram dan dibaja telah pun berbunga. Ini la nikmat gardening ni walaupun dalam skala kecil sajork..Sila refer entry bercucuk tanam ni untuk bandingkan pokok2 yang sama ya..
Pokok ni asalnya dari rumah adik ipar aku. Aku minta bawak balik. Alih pasu, baja dan siram. Tengok dah ada kudup bunga warna kuning kan..
Yang ni pun sama juga, asalnya 1 pasu tapi aku cerai2 kan jadi 4 pasu. Cantik naiknya. Pun dah mula berbunga.
Pokok Mawar. Teruk asalnya kena serangan menda apa ntah yang warna putih2 tu. Ni dah ok dan start berbunga tapi kelopak masih tak berapa cantik.
Kemboja Cina yang aku trim nak bagi rendang pun dah mula nampak kudup bunga. Seminggu dua nanti dah mekar sure cantik.
Selain memasak dan baking aku rasa gardening ni pun salah satu cara aku utk divert fikiran aku. Escapism la kiranya dari masalah negara dalam otak ni... Bila uruskan mini garden aku ni rasa tenang je..Seriously memula macam malas la nak buat semua ni tapi bila dah hooked memang akan peruntukkan masa untuk membaja, menyiram dan membelek pokok2 jugak.
Aku rasa semua yang minatnya berkebun akan rasa seronok bila tengok proses tumbesaran pokok dari benih ke pokok, berbunga dan berbuah. Satu kepuasan sebab kita tahu itu hasil kerja kita. sama macam baking jugak. Tengok roti, kek dan muffin menjadi tu wahhhh perasaan nya best!
Oho nanti boleh tepek gambar planterbox aku yang dah penuh dengan sayur2 pulak. lepas ni projek pokok menjalar pulak. Kena belajar buat topang pokok menjalar la plok..
Mesti tanya aku kan..mana la aku curik masa buat semua tu dengan kerja, dgn anak kecik dengan order kek bagai..Oh..its all in the mind! its all in the mind! Benda kita minat kan, kot mana pun kita akan carik masa jugak. These things make me happy. Allah beri kita 24 jam sama rata, jadi atas kita la camne nak bahagi masa. Think smart, work smart.
12 comments:
setuju..
aku sekarang sejak si ekcik dah besar boleh ajak dia main tanam2 pokok/sabru ahad balik key el umh mentua..aku siap bawak balik utk mil pucuk ubi kayu..daun kunyit.daun kari..daun kesum dan daun kucai.mil punyala suka :-)
itu hasil tanaman aku
mak ai..banyak nye typo error :-(
Yalah, kalau dah betul2 minat tu, takda istilah 'takda masa' atau 'tak cukup masa'. Boleh cari nya masa tu. Macam akak, bila siang sibuk, sebelum tidoq pun ku menganga jugak baca novel. Janji dapat baca 3-4 pages sehari pun jadilah :)
tabik spring toink2... terer membahagikan masa... diri ini masih terkial2 huhu
Sis,
Aku suka gak gardening walaupun banyak gak mampos, tapi ada gak yang survive (finally!). Nanti amek gambar planter box tu yer. Macam nak buat. Pastu kan cemana nak kasik ilang putih2 tu aaa? Daun2 tak gemok sangat and bunga sikit2 jek jadinya, tak macam masa sebelum serangan mender putih tu. Ada la sembur ubat apa entah, tapi satu pokok tu sampai mati dibuatnya.
jiran aku dulu rajin berkebun. kalo masalah mende putih2 mcm debu kat daun tu.. cuba trick ni.. amek bwg putih seulas.. lecek2, tambah 1 sudu besar minyak masak, 1 cawan air.. renjis kat pokok tu.. or spraykan..
pokok kunyit dah naik sejengkal.. pokok cili baru ada 5-6 daun.. hehehe jadilah buat suka ati. berjanggut jugakla tggu dorg tumbuh. x sabar nak tuai
Joe, gitu kee? Nanti aku cuba try..hehehe.
ish..tanaman herba aku seme x menjadi, tanam pokok limau kasturi, tanam pokok pandan mati..kebetulan aku guna pasu yg sama lepas pokok limau mati tanam daun pandan..faktor tanah kah?
Irfa
aku plak terbalik..mil lagi la rajin tanam menanam nih..
KDinas
Setuju..sebab dah minat/suka sanggup buat apa saja
Nonie
You can do it too
Arena
nantyi aku tepek ek..sama kes la teruk dikerjakan dek menatang putih tu grrrr
Joe
Oh ye ke..nanti nak try gak
Mawar
Pokok pandan perlu tempat yang agak lembap
angah, akak suka :)
ni yang bagi akak kuat semangat nak tanam pokok ni, thanks joe for the info, nanti nak wat kat pokok2 akak :)
pisau seramik tu macam best aje, nak kena cari gak ni :) ok kan angah? :)
Post a Comment