Tuesday, October 25, 2011

BERCUCUK TANAM

Tetiba datang angin rajin menyelia pokok2 bunga kat rumah. Selain baking aku rasa main ngan pokok bunga dan sayur sayuran juga adalah satu bentuk therapy yang boleh mendamaikan jiwa aku. Eh jgn tak tau yang masa entry 'wrong timing' tu..yang salah masa bagi sms tu, lepas sedikit drama..aku siapkan tempahan mufin sehari suntuk. Kelassss kan..boleh la bayangkan ala2 "I wish u burn in hell" masa masukkan muffin dalam oven. Panassss kannn.. eh..melalut plak..

Hari Sabtu lepas, pegi nursery kat Giant, beli tanah, pasu, baja, benih bagai lah. Cadang nak alih pokok2 bunga yang masih dalam pasu plastik tu ke pasu besar. Nak membaja sikit. Kesian pokok2 aku, makin terabai plak. Pastu aku tengok cantik pulak bunga2 daisy nih. nak beli kang takut mampos je. tau la bunga2 ni kat nursery kemain molek lagi, bawak balik tak dan sebulan dah layu and eventually mati. Tapi abang kata kalau dah minat tu beli je la. dah ada yang nak bayar kannn...beli la 7 pasu sekali ngan pot stand. Ye harap2 aku istiqamah la menjaga pepopok nih.

Cantik kan..mcm aku haha
Haaa..hari Ahad ngan semalam gigih la aku mengadun tanah, mengalih pokok, mengtrim pokok dan membaja pokok. Si Adneen ngan Riefqi pun tolong jugak. Tolong menyebok. Takpe la..kata natural parenting kan..biar la bergelumang ngan tanah, janji tak masuk mulut sudah.

Yang ni beberapa jenis pokok yang aku dah alih ke pasu besar. Sebelah kanan tu anak2 pokok dari pokok asalnya. Dah beranak dah. Pastu ada pokok lily ke hapa yang daun mcm daun pandan tu, beli kat cameron Highland dan pokok daisy dlm pasu plastik tu asalnya 1 pasu besar aku amik dari rumah adik ipar aku. Pecah2kan jadi 4 pasu. Dah baja siap2..harap2 cantik la berbunga.


Ni pokok kemboja cina yang ada dlm entry aku sblm2 ni. Dah aku trim lepas berbunga ari tu, nak bagi dia bercambah dan rendang. Eh tak de la letak kat situ pasu2 tu. Aku tak larat nak angkat. Biar la abang angkat nanti.

Kat tepi2 pagar rumah pun ada aku tanam pokok bunga bawang. Hari tu masa orang datang potong rumput di zassss nya sekali. Haih..terus aku potong 20 hengget upah dia jadi 40 hengget jek. Ni kena la tunggu bertunas balik.

Aku ada beli planter box jugak. Projek tanam sayur la plak. Nak tanam bayam ngan salad. Masih tak sempat nak buat. Sebab aku baking plak, buat roti, muffin dan kek, ada tempahan kenduri cukur jambul dan akikah.

Nanti2 aku update la perihal mini garden aku nih..harap2 la istiqamah ye..Bila ntah nak buat something ngan laman rumah aku yang luas nih..penuh rumput jek huhuhu..tgk rumah corner lot alin kat area sini wahhh memang cantik la drang buat lanskap. Aku hadooo..masa takde, duit pun yilek.

10 comments:

Ummi said...

seronok kalau masa masak-masak boleh pi belakang ambik sayur yang kita tanam macam dalam AFC channel tu :)

HappyIrfa said...

aku baru je semai biji sawi..2 pasu tapi belum pindah ke tpt lebih luas..jangan la mati sawi ku itu

Dinas Aldi said...

Suka la yg gambaq first tu, cantik berwarna warni!

Aida Manap said...

aku plak, laki aku yang mengemaskan pokok2 ni...aku takat tlg siram je bolehla...heheheheheh

jojoe said...

aku baru je kemas tunas cili tadi... baru besar taugeh hahaha..lagi sebulan gaknyer dpt ke makan cili?

Carrie-Ma said...

rajin btol ko ni ye angah. selamat bercucuk tanam.

p/s: aku link blog ko ye.

Angah said...

Ummi
Memang itu la tujuannya..bebas racun kan..ngan anak2 boleh join

Irfa
kena cepat pindahkan, kalau tak nnt cinonet jek

KDinas
hiks..tak teer mcm akak amik.

Angah said...

Aida
Kita terbalik..laki aku tukang siram

Jojoe
sebulan? baik ko beli dulu haha

Carrie-ma
link jgn tak link..

nadilah said...

salam kak,
Dila nak tanya kak guna potting brand aper ?

Angah said...

nadilah
potting ada brand ke hadoiidik.. akak memang buta benda2 gitu.. semua keperluan beli kat nursery kat Giant je dik. takde brand2 pun.