Tuesday, October 18, 2011

HAPPY BIRTHDAY RIEFQI DAN DEGREE IN BF

Sabtu lepas Riefqi dah pun berusia setahun. How time flies! Dan ibu pun dah dapat degree in breastfeeding *pat on my back* Alhamdulillah, Allah perkenankan doa ibu untuk terus beri Riefqi susu ibu. Ibu doa Allah permudahkan perjalanan lagi setahun ni.

Jom recap kelahiran bambam ni. 14 Oktober 2010, birthday aku..dah overdue 4 hari, dan kena serah diri kan. So pegi la serah diri. Doktor cek jalan dah 3 cm dah..walaupun tak sakit apa paun. Alhamdulillah. So doktor buat servix massage dan masuk wad. Lepak je la..contraction pun takde. Sampai la malam. Aku suruh abang balik je.

Pukul 12.30 pagi ada contraction. Ada darah jugak. Aku rilek lagi..timing selang 10 minit, dalam pukul 1.30 pagi dah selang 5 minit, panggil nurse. cek jalan dah 6cm. Air ketuban still intact. Masuk Labour room. Tukar baju, lepak atas katil ngan mesin ctg tu..****cerita biasa dalam labour room, sakit ilang sakit, sakit ilang sakit**** 2.30 pagi doktor pecahkan air ketuban, dan sekali push baby seberat 3.6kg pun tengok dunia.

Doktor bersihkan sikit dan terus letak atas dada untuk bonding dan breastfeeding. Subhanallah..terus baby cari susu. Sambil doktor setel down south tu la..kali ni takde epesiotomy, cuma a small tear saja. Datang doktor lelaki dan azankan baby. Minum milo stgh gelas. Dah setel semua. Pukul 4 pagi, aku dah ada dalam wad semula. Naik kerusi roda je..Kuat gila aku ye kahkahkah..dulu masa Arief ngan Adneen naik katil sorong tu.

Aku baring kejap sambung breastfeed, call abang. Ofcourse dia terkejut aku bagitau aku dah bersalin. Watu abang sampai Aku tengah tidur dengan baby. A kiss from husband..Akak katil depan aku pun terkejut gak sebab mlm tadi aku masih pregnant..pagi dia bangun aku dah kempis. Sebab tak dengar aku sakit katanya..Dah takkan aku nak menjerit kan..Arief pun datang gak..dia belek2 adik dia.."terima kasih ibu bagi abang bb boy" oh syahdu..

Lepas zuhur aku balik dah. Itu la cerita kelahiran Muhammad Nadzhan Riefqi yang simple..

Ibu bangga dipilih untuk jadi ibu pada adik, Ibu doa agar adik membesar dengan baik, menjadi anak yang soleh, yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu di alam kubur nanti. Aminnnn..

Aku buat la sikit birthday party untuk Riefqi Sabtu lepas. Gigih aku bake Red Velvet Cake tau..Panggil adk beradik abang je pun. Haaaa aku pun dapat hadiah birthday tau..

2 Layers Red Velvet Cake with Cream Cheese Frosting
Happy Birhday to you Riefqi!!

Ibu pun dapat hadiah kain pasang ngan tudung dari adik2 ipar.

9 comments:

Ibu Alya afifah said...

Angah dear
happy graduan dear!
semoga ibu dan anak kekal bahagia dan dimudahkan urusan
Baru 34 eih.. semoga angah makin cun..tabah dan yang penting inlaws sayang tu

tengah berdebar ni.. InsyaALLAH November ini nik junior will coming..Kembali ke penyusuan ibu.. i loikeeee very much

oren said...

sebak plak baca cerita labour tuh..betulkan, setiap pregnancy, punya cerita yg berbeza..

ehem..aku setiap kali lepas beranak, mmg sorong guna wheelchair jek..tak pernah la kena sorong ngan katil sekali..maklumla, spital gomen kan..hahahaha...

bestnya lah cerita pasal baby n bf nih..masa bwk awatif pegi check-up td pon, nurse tnya, takmo tambah ka? aku jawab sambil senyum kelat..dak lah kut..

wan nurul hezrina said...

dapat degree ek..beshnyer..pasnie master plak..tahniah=)

Angah said...

Ana..
Thanx dear..dah nak bersalin dah ye..girl ke boy? Selamat memulakan journey!!

Oren
Aku pun tiga2 anak kat sepital gomen je..ada kemudahan free guna je lah haha

Wan hezrina
InsyaAllah..target masters plak

HappyIrfa said...

tahnah dh dapat degree dlm BF.
kagum la sbb full bf..aku gak yg campur2 lepas 6 bulan.hehe

Amy Z! said...

Happy One Year Old Riefqi. :) Semoga menjadi anak yg soleh, kebanggaan mama ayahanda. :)

Semoga dpt teruskan perjuangan BF selagi "on Riefqi demand" Hihi..

Angah said...

Irfa
Takpe..yang penting awal 6 bulan tu..

Amyz
Aminnn...ye selagi ada demand selagi tu la akan supply

mamalisa said...

Bestnya Dapat degree in BF..harap rezeki aku nak BF tahun depan tercapai gak..amin...

Happy birthday Riefqie & Angah..so touch bila part baby duk atas lepas sebaik saja lahir..kuasa Allah pandai plak dia cari susu ibu dia kan?

Take care dear..Am sure Allah love you more because of you are such a lovely wife and mum, definitely!

BAYU KURNIAWAN said...

Jangan lupa mampir and foloow back