Tuesday, October 18, 2011

CINTA DAN KAHWIN

Tetiba nak cerita..sebab ada yang bertanya..jadi share lah..nak tag entry pun boleh..ceritanya berkaitan bagaimana perjalanan cinta sehingga bergelar suami isteri..Ok ini cerita aku..

Bulan November 2000. Aku join Lumba Basikal Jelajah Malaysia. Aku jaga accomodation. Lepas few days aku perasan memang mamat Komisar ni la yang akan amik kunci bilik utk member2 dia. Aku mula cakap ngan dia kat Kedah.

Sampai KL, dia ajak aku dinner ngan geng2 komisar. Boleh je. Oooo nama dia Mazlan, komisar Pahang. Masa tu cerita Mohabaten tengah hot! Borak2 lebih kurang lah setiap kali jumpa. Sampai la abis race.

2 minggu lepas tu dia start call aku..setiap hari! 2 ke 3 kali sehari. Sms pun berderet. Ok lah. layan je la kan, bukan aku ada boipren pun masa tu. Ada lagu best kat radio pun tepon tuju lagu haha..bajet romantik la tu. 2 minggu lepas tu dia propose! seriously..dia propose dan nak datang rumah jumpa family to discuss on enggagement and marriage. Aku cakap datang lah jumpa mak ayah aku kalau betul nak serius.

Masa bulan puasa dia datang sekali ngan coach dia. Terus jumpa bapak aku. Gila serius. Aku rasa benda ni yang bukak hati aku untuk terima dia. Raya dia datang beraya dan nak bawa aku balik jumpa family dia. Aku cakap, kalau bapak aku bagi aku pegi la. Yup! dia datang masa raya dan aku ikut dia balik 2 malam. Jumpa ummi, jumpa ayah, jumpa adik beradik dia. Well semua pun terkejut sebab dia ni tak pernah ada history bawak pempuan balik rumah. Dead serious kan..

Berkenalan ngan family dia bukak chapter baru dalam hidup aku masa tu. Ummi pesan, ummi cerita dan ummi kata susah sangat dia ni, tapi ngan aku senang sangat dan dia mmg bgtau dia nak kawen.

Dia hantar aku balik rumah. Ayah ngan mak aku suka dia sebab satu benda. Dia datang dengan beradab jumpa mak ayah dan cakap terus nak serius ngan aku.

2 minggu lepas raya Ayah aku meninggal dunia. Sedih..dan orang pertama aku call lepas aku tau ayah meninggal pukul 2 pagi tu adalah dia. A sign that I accept him kot eh..sebab masa tu perasaan aku pada dia adalah hmm..I have feelings la tapi tak le cinta asyik masyuk..Dia sampai awal pagi tu gak..the relationship began I think afterwards...

21 April 2001 100 hari ayah menginggal dunia, buat tahlil dan sekalikan dengan majlis pertunangan kami. Pun masa ni aku ada feelings tu..slowly develop into love kot eh..

25 Mei 2002 majlis nikah.

So itu la cerita cinta kilat aku.

Aku ikut pesan ayah aku..kita kawen lah ngan orang yang betul2 suka kat kita. Jadi kita takkan ada penyesalan, InsyaAllah..dan aku ingat ayah pesan, lelaki ni kalau betul2 dia nak buat kita jadi isteri, jadi ibu pada anak2 dia, dia akan datang dengan adab, dengan niat baik untuk ambil kita jadi isteri. Dia takkan tunggu lama dengan bermacam janji dan alasan. sebabnya kalau dah sayang takkan nak tunggu lama2 nanti dikebas orang..

Betul juga kan..

Jadi bagaimana cerita kalian?

7 comments:

HappyIrfa said...

kan?mak aku pesan pun sama.pilih yg suka kita bukan kita yg gila sangat2 kat dia.aku malas nak tag.tapi nak komen je :-)

satu opis..dia ada gelfren..aku adan banyakkk boifren.pastu gefren dia tinggalkan dia sbb jumpa cinta baru.pastu dia gi mekah ngan mak dan nenek dia.balik mekah dia ajak aku kuar makan.aku on je anggap abang2 opis.bulan Feb kuar pertama kali..bulan Oct dia jumpa mak ayah aku siap bawak mak bapak dia..bulan Nov kawen..hehe

Jojoe said...

ko tak dating ke ngah? ada naik basikal sesama tak?

Jojoe said...

gambar kawen satu

mamalisa said...

hehe pantas yer pencintaan ke alam perkahwinan..I guess the blessing from both family united korang berdua..moga bahagia hingga akhir hayat :)

aku cinta MIRC bawa hingga ke jinjang pelamin..auwwww..

Angah said...

Irfa
Aku rasa mak-mak kita memang pesan camtu kan..pergh ada banyak boipren katanya..hevatss ko jah haha..

Joe
Aku tak dating sebab sorang kat selangor sorang kat Pahang . naik basikal sama lepas anak dua beb. Gambar kawen errr nnt aku post

Mawar
Pantas perkenalan kot eh..aku rasa perasaan cinta aku tu develop lepas kawen. Yup family blessing tu la segalanya.

oren said...

sama tang tarikh last tu jek

*moga korang akan terus kekal smapai akhir hayat*

Ummi said...

semoga bahagia hingga ke syurga, amin :)