Tuesday, October 11, 2011

PINGGAN

Set Bunga Kobe
Satu lagi entry propa hiks..Aku dapat dah 3 set corelle ni masa puasa tu lagik. So sekarang ni aku guna set ni lah untuk kegunaan seharian. Senang kerja aku dari dapur terus ke meja, nak hangatkan masuk microwave letak balik kat meja. Tak banyak la nak membasuh kan.. jadi set vantage yang aku pakai selama ni dah selamat berehat semula dalam almari. dan yang best set ni cantik dan ringan. Aku suka..aku tengah tunggu set periuk Amber plak sampai ujung bulan ni.

Teringat plak masa mak mertua aku jaga aku dalam pantang, bising dia pasal aku takde periuk biasa..aku pakai vision. kan tahap panas vision ni tinggi, pastu lepas kita padam api tu tetap la dia menggelegak kan..dah ummi rebus ubi badak asyik hangit hihihi...

Mesti ada yang cakap buat apa la beli pinggan mangkuk mahal2 ni. Pada aku ianya satu kepuasan bila dapat kumpul penggan mangkuk. Aku ada banyak set dah dari Vision, Corelle, Corningware, Luminarc, Amber, Noritake, Vantage dan tupperware jugak. Sekali sekala guna rasa best. Tapi semua pun aku letak dalam almari, dalam kotak kat store. Takde display bagai..malas nak mengelap habuk lah. kang letak dalam rak display cakap aku menunjuk plak haihh..

Barang yang cantik dan mahal dan susah nak dapat ni memang kita sayang dah jaga elok2 kan. Ye la sebab kita usaha nak dapatkan. Lain ngan barang yang murah, bersepah-sepah dan senang dapat ni. Pakai sekejap je pastu rosak la, luntur la hapa la..cepat sumbing pastu lukakan tangan plak. Lain ngan yang ada kualiti ni. Chip and break resistance youuuu walaupun terhentak berkali-kali, dicuci berkali-kali..tetap utuh dan kekal cantik..Beli 10 tahun lepas pun masih cantik. Barang sekarang ni masih kat display pun dan hazabbb...

17 comments:

oren said...

perenggan last tu, mmg makan dalam sungguh...hahahahaha...

ke aku jek yg baca in double meaning?

Angah said...

Oren
Terpulang pada pemahaman yang mentafsir kannn..aku cerita pasal pinggan mangkuk aku hiks..

mamalisa said...

hehehe..dalam tu pada yg memahami dan ada akal la kan?

aku ada set correlle & vision jek..lepas beli terus pakai yg jenis berat-berat seme dah simpan. best pakai sebab ringankan dan cam best gitu..dah beli buat ape nak simpan yer dak? kalau ada rezeki nak beli yg jenis mangkuk dia plak utk hidang lauk cam ko cakap tuhla, from microvawe terus ke meja dining..i like :)

Angah said...

mawar
kann alah membeli menang memakai. kalau ko nak aku boleh belikan..murah gila nak mampos. bayar max 10 kali.

Irfa said...

'barang susah' dapat lebih dihargai dr barang 'mudah dapat'..
no value ;-) spt juga cinta

Irfa said...

angah..sapa jual smpi 10 kali bayar ni?ko jual ker?

Arena said...

Angah,

Aku nyesal tak beli kat perth dulu. Murah nak mampos tapi design lama2 la. Tapi tak kisah sangat la kan. Wei berapa harga tu, aku sangat naaakkk beli..

Angah said...

Irfa
hanya jauhari mengenal manikam kann haha

Irfa/ Arena
Aku beli kat PERNAMA through biras aku.. Ujung bulan ni mula balik..korang nak aku boleh belikan..aku balik Klang nnt aku bawak la..aku amik tambahan delivery jek boleh? Harga corelle tu dalam 400++ je 1 set

Dinas Aldi said...

Mak datuk banyak tu pinggan! Kalau suka apa salahnya, kita beli dengan duit sendiri maa.

Papa, Mama & Azra said...

Angah, kau beli satu set berapa? Aku tengah mengorder set Corelle square design 16piece 350. Sama tak?

Angah said...

Dong..
Aku tak ingat harga perset tapi 3 set ni jumlahnya RM1160. 20piece + 16piece + set corningware 3 piece..tapi kalau bahagi 3 tak sampai 400 pun satu set.

Arena said...

Lerr mana aku reply siang tadi. Aku tanya berapa pieces yang 400++ tu? Kalau aku minat nak order aku inform tau. Nanti bila aku balik ktn aku gi collect hehehe ok ke?

Diyanazman said...

huhuhuhu.. aku pong adlah seorang peminat pinggan mangkuk, periuk belanga, tupperware dan sebagainya...
dan untuk pengetahuan anda.. aku selalu je kena kutuk makcik2 la.. cam org tua laa etc... tapi mmg betul satu kepuasan kalau pakai barang2 yg kualiti ni...

ps ubi badak tu apa?

Angah said...

Arena
20 piece..boleh je amik kat umah aku sambil2 bawak lasagna ko kan haha

Diyanazman
memang puas hati pakai kan..ubi badak tu err..nnt aku amik gambar ek..rupa macam sengkuang, isi mcm keladi sket, ada yg warna putih, ada yang warna purple..rasa sedap mcm campuran keladi ngan keledek..boleh imagine tak?

Nida Shaari said...

set corelle square adalah my wishlist ar.. best rasa dpt serve pinggan cantik..

eh, angah pernah try ke corningware guna direct atas api spt yang dikatakan dlm warranty? nak buat tapi takut

PERNAMA tuh yang tentera tu eh?

Angah said...

Nida
biasa dah guna atas stove. ok je

Unknown said...

Apa beza corelle dan noritake