Makin lama makin jarang pulak aku update ya. Hidup rutin sangat la huhu..Hari ni ada la masa senggang sikit lepas siapkan laporan bulanan Prestasi Fizikal dan Kewangan projek2 Kementerian.
Kelmarin aku bertolak ke Lipis lepas office hour ngan Juruteknik aku. Sebab dah gelap dan hujan agak lebat, jadi aku decide ke Lipis ikut Hulu Dong / Benta instead biasanya ikut batu Malim / Tersang. Sebab jalan ikut Hulu Dong ni besar. tak la seram sangat haha.. Sampai Lipis, Boss aku dah siap bookingkan bilik dan tengah tunggu kat restoran, siap orderkan makan lagik. gila best Boss aku kan!
Semalam lepas sesi taklimat, kami pegi melawat few projects. Singgah kat Kg, Sempadan, Kg Sungai Berjuang, Kg Peruang kat Benta Lipis. Lunch kat Jerantut. Pastu terus ke Mentakab tengok Projek Tadika. Baru balik Kuantan. Sampai rumah dah lepas maghrib. Gila penat nak mampos! Boleh ke aku komplen? senyum je la..
Hari ni pukul 8 dah terpacak kat opis. Siapakan laporan. Esok ada meeting sebelah pagi kat Temerloh pastu aku nak pegi tengok projek bina rumah kat Kg. Bangau Parit ngan Projek Bekalan Air kat Kg Rumpun Makmur.
Lusa meeting kat Rompin pastu nak tengok projek Gerai baru take off kat Janglau ngan Sepayang. Lepas tuuuuuuuuuu baru boleh bercuti dengan senang hati.
Oho..11 Disember lepas, adik ipar aku bertunang dengan adik kepada biras aku..pening tak? Kira Abang kawen ngan kakak, adik kawen ngan adik la ni. Jodoh kan. Semoga selamat ke jinjang pelamin lah insyaAllah. Tempoh 8 bulan je, hantaran RM10K serba satu.
Lepas sarung cincin tunang. Senyum lebar mak mertua aku nak dapat menantu baru. Ni memantu perempuan kedua selepas aku nih. |
Susu aku agak berkurangan la lately. Aku rasa sebab aku penat sangat. Bila penat otak pun penat, bila otak penat susu pun malu-malu nak keluar. Few days ni aku pam at deficit la. Cikgu pulak cakap Riefqi minum susu banyak. Dah 2 minggu ni aku tambah stok ke Taska. 4 botol. Tapi aku tak risau sangat. Masa ni la bersyukur sebab ada stok beku dalam freezer. Jadi susu untuk Riefqi masih cukup. Dah 1 tahun 2 bulan. Aku ada 10 bulan je lagi untuk accomplish misi penyusuan ni. Doakan perjalanan aku dipermudahkan.
Ni tuan punya susu, sebok nak tolong ibu punggah EBM. Habis dikecahkannya ais tu penuh sedapur. Pastu gelak2 sebab tangan sejuk haha. Ayah la tukang mop dapur lepas tu.
Ini la rutin aku setiap kali balik dari outstation, pindahkan EBM dari botol le storage bag. Sebab pegi 3 hari je aku tak bekukan EBM. Walaupun plastik tu boleh isi sampai 12oz tapi aku cuma isi 3oz je. Ngam2 sekali feeding. Senang nak cairkan.
Ok nak pam susu plak..
10 comments:
Padatnya jadual Angah! Kalau penat tu memang patut la, merata tempat kena pi tu, dengan kena tulis laporan lagi, haisy..
Kiut sgtla Riefqi korek2 nak ambik susu tu, boleh nampak ais kat lantai tu, haha! Agaknya dia kata, "semua ni saya punyaaaaaa!" Kihkih!
Anak aku tgk pic riefqi. dia ckp adik buat apa? adik main air batu!
respek ah.. aku tak sanggup buat camko ni.. naper masih ada org yg ckp tak best kat ko.. patutnya kat ibu mcm aku la.. ngelat beli susu. tapi aku BF gak smpai 2 tahun.. campur2 la tapiee..
busynya kijer ko ek...esok esok boleh jadi YB ni asyik melawat kawasan jer hehehe
kenapalah ko rajin sgt yer, tapi bagus okeh bila malas aku mesti fikirkan ko terus jadi semangat n rajin balik...thanks dear :-)
tadi aku dah komen dah tapi check balik takde plak pastu aku dah lupa aku komen apa tadi..huhu..
angah, tak lama lagi boleh dapat dato lah ye hehehehe :)
itulah bila stress atau penat susu pun macam malu-malu nak keluar :(
sibuk sungguh ko angah.
aku yg keje 8.30 balik 5.30 travel naik keta 30 minit pun rasa penat sgt
aku tabik ko..penat gila keja cam ko, tapi still menten nak senyum..kalo haku, mmg jadi gorilla terus..hahahaha...
nanti nak carik jugak coleman mcmni sebab kalo outstation tade la gune polistrin putih tu. tak lawa nmpaknya. hehehehe..
Intanruzlynn
Beli jgn tak beli..rm178 je
Dear Puan,
Boleh tau beli kat mana cooler pink tu?
suzailinelfrida@yahoodotcom
Post a Comment