Masih cerita bunga yang tak la berapa nak banyak. Tetap happy sebab dah nampak hasilnya. Harus lepas ni aku cari lagi anak benih.
Masa awal-awal kembang, warna mcm tak berapa nak cantik, Aku ingat camtu je la warna dia.
Ni dah kembang sepenuhnya kot. Warna bunga tu makin pekat, cantik la pulak kan.
Orang lain sekebun tanam bunga ye tak..aku ni sepasu dua pun heboh hahaha..takpe, heh sepasu ke seratus pasu ke effortnya sama tau.
Ok cerita pasal aku la plak ye. Minggu lepas tu kan aku henyak buat siasatan untuk bantuan rumah ke 3 daerah sekali gus. Malam baru sampai rumah. Sempat la aku ngambik gambar gedik2 kat jambatan gantung kat Kg Aur Gading, Lipis..ferrrr seram je terbuai2. Oh dan sempat juga singgah Bentong pekena durian. Nyaman sehhh...
Pastu 3 hari aku berkampung kat Persidangan DUN Pahang. Isnin sampai Rabu kursus kat PD. Semalam meeting dan hari ni pulun kerja kat opis la..tinggal dekat 2 minggu koooooo...pening kejap aku nak sorting dan delegate kerja kat staff.
Tapi mampu gak update blog ye? Kelassssss..
Oh. Masa kat PD aritu aku sebilik ngan staff aku. Saja ajak sebab aku tak suka duduk sorang-sorang. Dia pun nyusukan anak juga. Jadi sesi mengepam secara berjemaah la. Abang cakap aku imam kahkahkah..Her first experience la transport EBM segala. Aku kan boss yang baik. Aku la tukang susun susu dia dalam bekas, letak ais dan seal terus. Baru uruskan EBM aku pulak. Takpe..bagi sokongan pada ibu yang tengah bersemangat. Bawak bekas yang kita biasa isi nasi panas tu je pun. Apa salahnya, boleh juga janji boleh kekalkan susu sejuk.
Sepanjang kat sana aku memang tak berapa sihat. Jadi aku rasa susu aku agak merudum. Cuma sangat bersyukur tetap cukup untuk keperluan Riefqi. Kiranya takde la surplus stok. Cukup-cukup ganti stok yang dia guna kat Taska tu je.
Sejak semalam aku lepak ngan anak-anak je. Abang pegi KL, ada kejohanan Basikal Trek Piala Asia kat Velodrom Cheras. Aku plak masih tak berapa sihat. Mujur ada Arief tolong aku tengok-tengokkan adik-adik dia.
So hujung minggu ni akan dipenuhi dengan aktiviti berkisar kain baju. Yang nak dibasuh, disidai, dilipat, disimpan, digosok. Tengok yang belum berlipat pun aku rasa nak nanges huhuhu...ada gak aku hello adik ipar aku pinjam bibik kang haaa..
Minggu depan hadoiii..Isnin petang bertolak ke Lipis sebab Selasa ada taklimat. Rabu nak ke Pekan dan Jumaat ke Rompin sebelum whooshh ke JB, bercuti2 Malaysia. Kot sempat nak seberang ke Singapura. Kot sempat la..Cuti Krismas ni takut manusia mcm ulat plak. Serabut aku.
So guys happy weekend ya..
4 comments:
Angaaaaaaahhh, baca pun penat pasal keja Angah tu..
Durian tu nampak mengancam okeh. Mana gambar gedik2 kat jambatan gantung tu? Akak suka jambatan gantung!
ngah ko pegila JPO yg baru bukak tu pastu ko roger la kat sini.. aku punye coach dah nak barai dah ha.. beli yg diskaun bole beli besar sikit yedak??
lama hilang.sibuk sungguh yer
tak sangka pulak aku pokok tu boleh hidup kat sini.aku igt kat oversea je
baguihnya dpt bos mcm makcik angah..
so, harap menjadiklah cuti2 mesia ko tuh..anak2 aku cuma bising jek, sbb dh lama tak balik umah maktok kat penang..hahaha..nak balik apanya..dh maktok dtg almost 11 hari temankan the boys yg bersunat..
nih, ada order utk jahit clothpantyliner plak..40 pcs tu beb..harus aku memerap lagi kat umah..
Post a Comment