Friday, October 17, 2008

ALFATIHAH - MONALIZA BINTI HAMZAH

Isnin lepas dalam perjalanan ke Kuantan. Aku dapat SMS dari Nani, kawan aku. "Mona dah takde". Aku speechless. Cuma airmata je laju sambil otak aku replay kenangan dengan arwah.
Mona kawan satu batch PTD ngan aku, satu jabatan dan satu rumah masa memula berkhidmat kat JPM. Orangnya kecil molek, cantik, baik budi bahasa dan sangat la senang nak mintak tolong dari dia. sangat determined dalam satu-satu kerja yang dia buat.
Lepas dapat posting tetap, aku di Pekan Pahang, dia di batu Pahat Johor. Kami sama-sama Setiusaha Keselamatan Daerah (SKD) masa tu.
Masuk Diploma Pengurusan Awam (DPA) 6 bulan. Dia sidang B, aku sidang C. Tapi masa penggal dua kami sama dalam sidang C. Sekumpulan jugak masa modul BTN.
Lepas DPA posting dia kekal di Batu Pahat dan aku balik ke ibu pejabat di JPM Putrajaya. Tapi tetap berhubungan terutamanya bila aku buat kursus. Seboleh-bolehnya nak bagi geng-geng SKD join sekali sebab mereka ni jarang dapat join program. Mona jumpa dengan suami dia pun dalam satu kursus yang unit aku anjurkan.
Masa aku bertukar ke SUK Selangor, Mona ditempatkan di Jabatan Perangkaan. Dengan sibuk dan segala macam alasan memang tak berhubung sangat.
Tahu-tahu email sampai kata Mona masuk hospital sebab kanser serviks dah tahap 3. Terduduk kejap aku dengar. Bila dia dipindahkan dari Hospital Sultanah Aminah ke HUKM kami kengkawan satu batch jenguk2 dia jugak.
Lepas beberapa cycle radiotheraphy nampak Mona dah semakin sihat. Alhamdulillah.
Minggu lepas dapat email kata condition dia semakin teruk dan tak boleh nak buat rawatan susulan chemotherapy. Updates keadaan dia sentiasa circulated dalam email group dan sms. Terkilan juga tak dapat lawat dia minggu lepas. Cuma kata-kata semangat dan perangsang lewat sms dan panggilan telefon.
Allah lebih sayangkan sahabat aku Monaliza Hamzah. Pada 13 Syawal jam 5.00 dia dijemput Allah ke alam baqa'. Kalau la aku ada di Klang masa tu tentu aku drive ke HUKM untuk menziarah jenazah.
Damailah di sana
Disisi Pencipta mu
Doa kami
Mengiringi pemergianmu
ALFATIHAH UNTUK ALLAHYARHAMAH MONALIZA BINTI HAMZAH (1977-2008)

1 comment:

banjarconverto said...

hello cik,

minta maaf saya nak tanya, kebetulan saya pun mencari seseorang bernama monaliza gak, asal dari Klang. ada adik perempuan namanya rosmaria. dulu monaliza ni sekolah dgn saya di SRK jalan meru..
adakah kawan cik ni menepati orang2 yang saya cari?..tq..