Wednesday, April 18, 2007

Hijrah

Jumaat lepas aku dapat surat arahan pertukaran jawatan dan tempat bertugas berkuatkuasa 23hb April 2007 (Isnin depan). Aku anggap ini rezeki yang Allah kurniakan untuk kami sekeluarga, rezeki yang Allah janjikan untuk baby yang bakal melihat dunia bila-bila masa saja ni.

Ada duka dalam suka juga masa dapat arahan. Suka sebab Aku akan kerja di Shah Alam, dekat dengan anak-anak setelah hampir 2 tahun tinggal berasingan dengan teruna aku. Kalau selama 2 tahun ni cuma 2 kali seminggu je jumpa dia, mula minggu depan aku akan tinggal serumah semula dengan anak aku. Klang - Shah Alam tak jauh mana. Aku bersyukur Ya Allah. Ini rezeki baby dalam kandungan. Kalau penempatan aku masih di Putrajaya aku akan berulang setiap hari dari Klang ke Putrajaya, yang kalau dikira perbelanjaannya hampir RM700 sebulan (minyak dan tol). Sebab berulang? Sebabnya aku nak exclusively breastfeed baby aku macam abangnya dulu.

Duka juga sebab aku dan anak-anak tetap akan jauh daripada abang untuk beberapa tahun akan datang, kecuali aku minta dan merayu pada Jabatan berkenaan untuk ditukarkan ke Pahang. Abang kata dah dapat kat Shah Alam pun dah cukup baik sebab aku tak payah penat2 badan, tak payah penat2 otak fikirkan macam2 benda, terutamanya pasal anak dan perbelanjaan. Belanja pun dah kurang sikit, boleh channelkan ke benda lain. Setakat jumpa sekeluarga tu kita boleh usahakan camne lepas ni. Dah 2 tahun boleh survive. InsyaAllah boleh survive juga nanti.

Kengkawan aku pun majoritinya bertukar Kementerian dan Jabatan. Aku sebenarnya tak bersedia sangat nak menggalas tanggungjawab baru di tempat baru. Dengan suasana dan bidang kerja yang sangat berbeza. Di pentadbiran persekutuan lain, di pentadbiran negeri tentu lain. But I'm up to the challenge. InsyaAllah kalau pandai aku bawak diri, aku akan berjaya juga tak kiralah kat mana dicampaknya aku. Doakanlah survival aku ditempat baru....

No comments: