Monday, April 02, 2007

Al-Fatihah- Engku Ruhil Salwana

Minggu lepas dapat call dari kawan aku mengkhabarkan teman se course masa kat UIA dulu koma sebab blood clots pecah di otak. Ini kali kedua ada blood clot dalam otak teman kami ni. Pertama kali dulu dah buat pembedahan. Setiap hari akan ada update pasal teman kami ni. Ye lah kami bukannya ramai. Dalam 30 orang jer satu intake. Hari Sabtu dapat update keadaan teman kami ni dah stabil dan doktor akan jalankan pembedahan dalam 1 hingga 2 hari. Pagi Ahad jam 5.30 pagi aku dapat call. Somehow aku dah jangka berita yang akan aku dapat. Teman se-course aku Engku Ruhil Salwana telah kembali ke rahmatullah dalam usia 31 tahun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Al-Fatihah...

Aku ingat-ingatkan balik, baru beberapa minggu lepas aku berborak panjang dengan arwah. Aku panggil dia Wie. Seronok dia bercerita tentang tugas baru dia, mengajar di MRSM Kuala Terengganu, lepas habis buat Master. "Ni nak tunggu buat kursus dalam cuti ni Angah" dia cakap. Sebak aku ingat-ingatkan balik bila aku usik dia pasal jodoh. Wie kata siapa lah nak kat dia sebab dia bukan cantik. Aku cakap orang baik cam dia ramai orang nak. Macam biasa Wie cuma gelak.

Aku teringat jugak, lepas grad dan aku mengajar di Kuantan. Wie dapat kerja di Kolej Yayasan Pelajaran Mara. Dia tumpang rumah sewa aku sampai dapat rumah sewa sendiri. Pagi aku hantar dia, petang aku ambik. Sampai dia beli kereta. Kengkadang waktu lapang kami jumpa minum2, makan2... sampailah dia berhenti kerja sebab nak sambung master. Husband aku pun dah kenal baik dengan Wie sebab kalau kereta dia ada problem, dia akan datang bengkel.Majlis perkahwinan aku pun Wie datang jugak.

Sejak zaman belajar, sampai zaman mencari kerja dan zaman bekerja perhubungan persahabatan tak pernah putus. Kadang-kadang aku contact Wie, kadang-kadang Wie contact aku. Cuma tak berjumpa je. Sepanjang kenal, Wie memang seorang kawan yang amat baik. Walaupun sikit pertolongan kita hulurkan, Wie ingat dan sedaya boleh dia cuba balas pertolongan tu. Lembut tutur katanya, manis orangnya.

Damailah di sana
Di sisi Pencipta mu
Tenanglah di sana
Menanti hari abadi

Doa kami mengiringi
Pemergianmu..

Al-Fatihah....

No comments: