Cerita aku pi cek kandungan selasa lepas. Dah 28 minggu alhamdulillah. On the way to klinik tu aku hantar mak mengurut orang bersalin dulu, balik dari Klinik amik mak semula. Senang buat check up kat Klinik Desa nih. Setengah jam semua selesai. Ye lah, sekampung tu berapa ramai yang pregnant ye tak. Dengan jururawat tu pun dah mesra. Dia bersalin dulu pun mak aku yang mengurutnya ehehehe
Anak aku bagus sungguh perangainya masa aku nak pergi kerja lepas check up tu. Selalu kalau aku bertolak lewat dan dia dah bangun memang kuat la siren nak mengikut. Hari ni lain plak. Dia buleh suruh aku pegi kerja "ibu pegila keje petajaya, abang ngan nenek aje kat rumah, tak nangis. Hari jemaat ibu balik beli susu abang, beli pampers abang, beli kete abang" Panjang berjela dia bercakap sambil tarik tolak kereta mini dia yang berpuluh banyaknya tuh.
Masa abang nak betolak ke OCM untuk konvoi ke Langkawi, anak aku cool jek. Cuma mintak ayah dia bawak ronda naik kereta. Lepas ronda seround, dapat cashew nuts sepaket, dia pun ok jek babai2 ayah dia. "Ibu, ayah pegi keje basikal kan, esok ayah balik beli roda basikal abang, rosak dah rodanya tu."
Kengkadang aku sebak fikirkan anak aku yang terpaksa tinggal ngan neneknya. Ada ayah, ada ibu tapi tinggal jauh. Kengkadang aku rasa macam aku menidakkan hak anak aku untuk dapat kasih sayang sepenuhnya daripada kami suami isteri. Jadi aku memang manjakan anak. Aku tak kisah orang nak cakap apa pun sebab aku yang berada dalam situasi macam ni. 2 hari hujung minggu sajalah dapat jumpa anak aku, logik la kalau aku nak manjakan dia pun kan. Tetap la ada batasnya.
Alhamdulillah anak aku takde la sampai tahap menangis guling2 tak dapat barang, tantrum ke apa. sebab aku tak tangankan anak, aku tak ajar anak menangis sebab aku tau dia akan jadikan tangisan tu senjata dia untuk dapatkan apa yang dia nak. Aku lebih banyak bagi rasional kenapa dia tak boleh dapat satu2 benda, atau takbolehbuat satu2 benda. Setakat ni aku bersyukur la, pendekatan aku tu berjaya.
Yang aku selalu amalkan ialah bagi nasihat, kata perangsang, doakan dia, bagitau harapan aku pada dia masa dia baru nak lena. aku usap ubun2 dia, baca al-fatihah 3 kali dan aku cakap la apa aku nak cakap. "Ibu suka kalau anak ibu dengar kata ibu / anak ibu ni dah pandai sebab dia tak pakai pampers siang hari, dia nak kencing pun cakap dengan ibu / anak ibu ni bijak sebab rajin tulis, ibu sayang bila abang belajar tulis / ibu doakan anak ibu biar jadi anak yang taat, abang yang jadi pelindung dan sayang adik dalam perut ibu" banyak la yang aku cakap masa dia baru nak lena tuh.
Lagi satu aku suka buat lepas sembahyang, aku dudukkan dia kat pangkuan aku dan doa sama2, aku sebut satu persatu doa untuk dia biar dia dengar dan aminkan sekali. Pendekatan ni mak aku yang bagi. Alhamdulillah sedikit sebanyak terbentuk fikiran dia sepertimana yang aku inginkan. "Ya Allah, jadikanla abang (anak aku) budak yang baik sebab ibu sayang kat abang / Ya Allah, abang ni sayang pada ibu dan ayah dia, bagi abang pandai ya Allah" Aku gunakan bahasa budak2 biar anak aku suka dan nasihat aku tu tertanam dalam dirinya.
Aku jarang sungguh anak aku sebab aku kesian kat dia. Dia budak, apa la yang dia tau. Kalau pendekatan nasihat, rasional yang aku guna sekarang ni berkesan, kenapa aku nak guna cara kasar. Sebab pada aku anak aku cuma akan jadi takut, cuma akan tau kalau buat ibu pukul, kalau buat ibu marah. Pada aku lebih baik dia tau apa kesan pada dia kalau dia buat sesuatu, tak kisah la buruk ke baik. "abang tak mo ikut la bibik, panas nanti abang demam sapa nak jawab" masa adik aku ajak dia main bawah pokok waktu tengahari.
Anak aku la harta aku paling berharga. Aku takkan sia-siakan harta yang satu ni InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment