4 hari yang menyeronokkan buat aku sekeluarga, pergi jalan2 carik pasal ke Sunway Lagoon hari Khamis lepas. Bawak bebudak ramai, jadinya cuma jadi guard bebudak jerlah. Teruna aku cukup syok main air. Nampak dia dah kesejukan.. naik kejap, pastu masuk air balik. Sempat tido lagi, mujur neneknya ikut, ayah ngan ibu amik kesempatan jadi bebudak pulak, main itu ini, cuba itu ini. Lama tak berseronok camtu. Gambar akan diupload kemudian.
Bawak pulak aik2 ipar aku ke Cash Conveters, ke Putrajaya petang Jumaat, sebab mereka tak pernah sampai sini. Teruna akuu dah terlentok kepenatan dah, Kat sini kan ke cuaca panas, maka berlenging jerlah. Rasanya mau bergulung filem habis. Alamanda tak singgah, dah lewat lagipun sesi merabak poket
Minggu depan aku outstation ke Penang. Rasa best plak sebab outstation yang first nih. Kena buat briefing jer. Mujurnya sebelum ni aku mengajar jadi gelabah kat depan tuh tak delah, cuma aku kena belajar gaya orang gomen address audience and pendekatan yang digunapakai masa presentation. masa swasta dulu main redah jer, protokol2 ni tak main. Sekarang 24-7 protokol. Aku lemas sungguh.
Aku dapat prank call. memang kureng asam punya caller. Dedulu aku cuma akan letak balik telefon, sekarang mintak mahap bebanyak. I learn from someone that in order to scare the prank caller off is by being one. Nak sangat cakap benda lucah, nak sangat kacau orang.. berjaya jugak aku buat prank caller tuh letak telefon. I'll spare you the details. But I felt disgustedlah ofcourse. Aku pelik sungguh ada jugak manusia tak betul camtuh.
Tarikh adik aku bertunang sama plak ngan tarikh best friend aku kawen. Camne nih ek.. ehpren kalau aku tak daat pujuk adik aku tuko tarikh, aku ikut ko masa sambut menantu nanti ek. I don't wanna miss ur wedding.
off for some data collection
No comments:
Post a Comment