Dapat sms daripada Kak Pnut ajak main boling kat Alamanda, tapi aku tengah bersukaria ngan teruna aku, jadi tak dapat nak join, lenkali aku musti join jugak.
Berulang alik dari Klang ke tempat kerja bukanlah option aku buat masa nih atas sebab tol yang menyenakkan perut. Pergi balik jer RM 11.80. Mampuih. Baik aku menyewa kat sini walau dalam hati tuhan jer yang tahu dok berjauhan ngan anak dan suami.
Le Tour De Langkawi, malam tadi mereka bermalam di Kuantan. Syokler abang... Sabtu nih berkunjung ke mari. Sah2 jalan tutup sedari pagi, aku nak gi kerja ikut mana ek? Tapi ok jugak, ada peluang jumpa member2 lama masa aku pun ikut Le Tour nih. Tahun nih dah naik taraf ke 2.0 hors. Maknanya dah setaraf ngan Tour De France dan beberapa lagi jelajah antarabangsa, aku masih jugak menunggu lebih banyak pasukan professional join jelajah nih. Haraplah penganjuran thn nih ok, kalau tak mahu status diturunkan thn depan. Cuma aku terfikir, Proton T-Bikes tuh pasukan professional ke? Sebab setau aku UCI punya ruling nak bagi pro status nih ketat giler, duit pun banyaklah nak habis. Emmm... mungkin cuma pasukan jemputan cam Telekom All Star dulu tak? Ntah, lupa lak nak tanya abang. Teringat zaman bersama mereka, dekat 2 minggu berkelana... naik hitam kulit, penat giler usung beg naik turun hotel. Tapi pengalaman tuh priceless. Dapat jugak pergi ngan tunang, pehtu ngan suami, dah ada anak nih bersara ler. Cuma pergi di stage2 tertentu tengok perlumbaan. Yang paling aku suka stage di Genting ler. Memang best tengok mereka berkayuh ke atas. Biasanya masa nihlah jersi kuning jadi fragile, sensapa pun ada peluang untuk rampas. Nak tengok kalau2 result LTdL 2002 berlaku semula. 8 stage pegang jersi kuning, sekali kena pintas masa stage 9, terus bertukar badan.
Semalam kena bebel oleh orang dihujung talian, baru aku faham kenapa sesetengah pegawai yang menjawab panggilan boleh hangin. Aku pun dekat nak hangin dah. Satu caller nih marah2 bila aku bagitau yang resit untuk sumbangan Tsunami tuh dikeluarkan satu untuk satu cek. Kesnya dia ramai2 derma guna 1 cek. Aku cuma ikut arahan Treasury MOF. Aku cuma keluar cover letter jer.
Dia : Kalau camtuh saya amik balik lah cek saya..
Aku : Amiklah (dalam hati jer)
Dia : Ni lah masalahnya dengan government officer, MALAS. Bukan susah nak buat resit tuh kan. Camner nih?
Aku : Encik boleh bercakap ngan Puan ***** dari Treasury untuk maklumat lengkap.
Dia : Ni yang saya tak suka ni pass around.
Aku : Puan ***** yang incharge bahagian nih semer, saya hanya menyelaras penerimaan sumbangan dan hantar ke sana.
Dia : Sapa K.S.U (Ketua Setiausaha Kementerian) awak?
Aku :Lerrrr, nak mengadu sampai KSU ke (dalam hati) Bukan KSU encik, kami KSN (Ketua Setiausaha Negara), Tan Sri Samsudin Othman
Dia : Errr... errr.. oklah saya telefon Puan tu... apa nombor?
Aku : ********
Dia : ----- (letak telefon)
Aku : Tadi berani sangat, hampeh!
Hilang ler selera nak makan tengahari semalam. Based on kerja mamat tuh, professional tapi hilang dah keprofessionalannya dalam telefon. Entahlah..... Sabar jer Angah.. belajarlah memendam rasa.
Pagi nih baca paper... buka ruang sastera dan budaya, nampak Tok Rimau. Glamer sekejap yer Tok. Kak Sri Diah nampak lain plak. Lepas nih mesti ramai yang nak berblog ye tak..
Off to sambung paper work...
No comments:
Post a Comment