Tahniah pada Rudy dan Insyirah atas kelahiran putera sulung mereka. Dan seperti biasa... ucapkanlah selamat datang pada kehadirannya dan selamat tinggal pada tidur yang nyenyak untuk 2 tahun akan datang, at least..
Arief anak ibu..
Hari ini 17 February bersamaan 8 Muharram, Muhammad Mifdzal Arief bin Mazlan dah genap setahun (ikut tahun Hijrah). Memandangkan anak aku takde birthday tahun ni kalau ikut tahun Masihi, aku akan meraikan ulang tahun kelahirannya ikut tahun Hijrah sahaja. Sayang anak ibu.
Dalam masa setahun jadi ibu ni banyak suka duka aku alami, sakit bersalin itu lumrah, kalau ditanya bagaimana sakitnya sampai sekarang aku pun tak dapat nak jawab. Memang sakit. Dan sekarang aku faham perasaan ibu bapa yang hatinya disakiti anak2.
Membesarkan seorang bayi sendiri, tanpa pertolongan ibu yang berpengalaman menjadikan aku lebih sabar, dan miraclenya, perjalanan hidup aku, jadual hidup aku lebih tersusun.. penat itu jangan cakaplah. Tapi betul kata mereka, penat camnepun akan hilang bila dapat menatap wajah anak.
Demam, sakit pening anak kecil memang memeritkan. Bayi cuma tahu menangis kan, sedaya upaya aku cuba cater to his needs. Alhamdulillah. Tak pernah Arief didatangi penyakit yang teruk, demam atau selesema tuh perkara biasa.
Kalau ada perkara yang paling membahagiakan aku pastinya sebab aku berjaya eksclusively breastfed Arief lebih 10 bulan. Baru2 nih lepas aku dapat kerja baru dan Arief dok jauh ngan nenek dia, aku terpaksa beri formula juga pada dia. Memang agak susah sebab dia tak nak terima.. lama2 alhamdulillah bolehlah walau intake sehari tu tak banyak mana. Aku masih supply EBM, aku masih menyusukan dia bila balik 2 kali seminggu ke Klang. Arief pun masih mahu susu ibu. Pandai anak ibu...
Bulan ni genap setahun aku bergelar ibu, satu perasaan yang amat manis. Teruna aku pun dah pandai bertatih setapak dua... what more could I ask? I feel blessed to be able to experience motherhood.
Arief sayang, ibu sentiasa berdoa agar Arief jadi insan yang berguna bila besar nanti. Ibu sentiasa berdoa agar Arief jadi anak yang soleh bila besar nanti, yang boleh mendoakan kesejahteraan ayah dan ibu di'sana' nanti.
Apa? Adik Arief... nanti dulu, biar Arief puas bermanja dengan ibunya....
No comments:
Post a Comment