+ Minggu lepas aku pergi pulak Tarining of Trainers anjuran BTN. Lepas ni aku akan handle BTN untuk Sistem Saraan Malaysia. Kursus untuk semer pejawat awam sbg syarat untuk kenaikan pangkat dan pergerakan tangga gaji. Satu pengalaman yang aku rasa banyak faedahnya untuk aku.
+ Ramai tanya kenapa aku tak update. Jawapannya senang jer, aku takde cerita. Aku sekarang dalam kemarau idea. Kalau setakat nak tulis apa aku buat dari pagi sampai malam, baik aku tak tulis.
+ Aku beri pendapat tentang satu arahan yang dikeluarkan, aku tak setuju dengan beberapa alasan yang aku rasa konkrit. Aku asa aku tak lupa gunakan bahasa yang sopan.. yelah target audiencenya orang atasan. Aku dapat reply dalam e-mail, biasalah tu. yang luar biasanya ialah email tu ditulis dengan font 16, warna merah siap bold lagik.
" Sila jelaskan bagaimana kerahsiaan soalan pepriksaan akan terjejas jika soalan itu difotostat oleh pensyarah sendiri, dan bagaimanakah boleh dikatakan ianya akan melibatkan banyak prosedur berbanding sebelum ini dimana ianya difotostat oleh unit peperiksaan"
Memula tu rasa cam nak marah ler, tapi lama2 aku rasa cam kelakar pulak. Tanya macam soalan periksa pulak. Tak perlah. Salah aku nak masuk tak ketuk pintu. Lain kali aku akan masuk apabila di suruh sahaja. Aku akan ketuk pintu, bagi salam pastu tunggu sehingga disuruh masuk.
Akan datang : Mok Yang dan anak2 saudaranya
No comments:
Post a Comment