Tuesday, June 26, 2012

RAMBUT BARU

Qiqi berwajah baru. Makin hensem anak aku.

Semasa kejadian, memula ok..lepas tu ada sikit drama
Kannn hensem kannn..upah pisang.
Pada saat aku menulis ni Qiqi ada kat Klang. Adik aku nak jaga. Kan plannya tidur taska sebab aku pi meeting. Pastu sambung pegi court case kan..tetiba adik aku emo hahaha..kesian kat anak sedara. Jadi makcik ni ponteng kelas sebab nak jaga anak sedara. Asalkan aku tulis surat bagi cikgu dia. Exam pun dah lepas, nak nunggu exam MUET je sblm STPM ujung tahun. So aku bagi can lah..Makanya ahad lepas aku bawak Qiqi sekali. Isnin lepas meeting aku balik Kuantan sbb ari ni kena setel few contracts payments. Petang ni bertolak ke klang semula.

Budak motok hensem ni dah 20 bulan. Lagi 4 bulan je untuk aku lunaskan tanggungjawab menyusukan dia. Lepas tu boleh stop pumping slow-slow.

Alhamdulillah. Aku dah happy balik. Apa ke benda macam yoyo kejap sedih kejap marah kejap happy. Dah aku kan manusia ye tak? Mana pernah surut dari semua emosi ni kan..layan je la...bak kata quotes ni :-

Never apologise for being sensitive or emotional
Let this be a sign that you've got a big heart
Aren't afraid to let others see
Showing your emotions is a sign of strength..

Juga sangat terkesan dengan quotes yang ini..yang seharusnya jadi peringatan kepada insan2 yang selalu melukakan hati insan lain..

"Orang yang menyanyangi mu akan memberi mu peluang dan peluang lagi, yang kedua, ketiga dan seterusnya, jangan kau sia-siakan peluang yang diberi mereka kerana mungkin tiba masanya mereka akan berputus asa denganmu, terluka dan meninggalkan kamu buat selamanya"

Jadi..bersyukur dan hargailah amaran peluang yang telah diberikan. Bila dah kena saman tinggal nanti sendiri gigit jari..menyesal pun takde guna.

On the happy side lah... Renovation on the way. Harap boleh siap sebelum raya. Boleh makngah beraya dengan dapur baru hikhik..Tak sabar ok!

Jumaat ni balik Kuantan dengan adik aku sekali. Malam tu adik ipar plak nikah. Sabtu umah pempuan dan ahad belah kami. Aku dah macam tetamu lah plak..tapi dah cakap ngan ummi, ngan adik beradik abang yang aku kena hadir mahkamah. Tak boleh elak.

Oh..tadi pi bank amik geran kereta Fiat Marea aku. Dah habis bayar tahun 2010 baru terhegeh2 nak amik geran. Bangga plak pegang geran asal kereta tu..harta yang dah sah aku punya. Rasa nak framekan je kahkahkah..Tapi napsu kannn...tahun 2011 beli plak kereta lain, menambah hutang! Takpelah..ada keperluan, bukan suka suki.

Ok..keter dah siap cuci dah..dah takde kesan2 kotor yang mencemarkan kereta aku. Boleh drive dengan tenang. Tak suka tau..orang kotorkan kereta kita dengan buang2 sampah sarap dia..buang la dalam kereta sendiri kan..

Wednesday, June 20, 2012

CAMPUR SEMUA SEKALI

Isnin..iaitu kelmarin, patutnya aku le Lipis sebab kontraktor penyelamat nak masuk tapak, lepas tu straight ke KL kan..nak jadi cerita kakak ngan Qiqi demam pulak, aku dah serba salah. Jadi ingatkan batal ke Lipis (hantar Penolong Jurutera je), bawak bebudak pi klinik pastu shoot ke KL lah..dalam masa sama aku berdoa sangat supaya dimudahkan kerja aku. Ye laaa anak demam ok..abang plak kat KL sejak Jumaat. Ya Allah...pertolonganNya datang pada masa yang tepat kan..HQ called cakap mesyuarat sebelah pagi ditangguh ke 25hb. Alhamdulillah...alhamdulillah. Jadi aku terus ambil cuti. Balik rumah mak mertua instead of rumah sendiri. Anak2 yang demam pun dapat perhatian yang lebih dari Tok Mi derang..siap buatkan air asam jawa letak daun bunga melati/bunga raya lagik..Qiqi punya suhu 38.9! lepas nyusu, dia tidur..dengan aku pun tidur..bangun je Ummi suruh makan. Dah mana tak gemok! Bawa ke malam dah cergas balik dah anak2 ibu.

Malam tu aku tidur umah adik ipar. Sbb memang cadang tinggalkan anak2 kat situ lah sbb aku outstation ni kan. Pagi selasa Qiqi pun ok so anta la pi Taska dan aku ke KL. Meeting bong bang bong bang pastu pegi amik abang kat Mandarin Court. Lepak la kejap ngan geng2 commissaire. Lama tak berborak. Berkenalan gak  ngan fellow commissaire from Indonesia n Filipina. Ye la aku mana la aktif sekarang kan. Pak Ibrahim, UCI Commissaire yang jadi pegawai penilai masa aku exam dulu yg bukak cerita. Siap cakap aku la best student masa tu..wahhh!!!! kembang vontot tau. See abang..I made u proud kan? Pak Ibrahim minta aku aktif balik sebab keperluan adalah mendesak untuk commissaire wanita yang aktif dan boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

On the way balik tu borak la pasal the course, the tests etc ngan abang. Well since tahun depan kemungkinan besar abang akan terlibat dalam jawatankuasa teknikal utk LTdL, boleh la aku nak join semula. Qiqi pun dah 2 tahun lebih. Dah boleh wean off menyusu badan. Abang kata boleh la aktif balik. I guess I will. Kan hari tu cadang nak conceive tapi kena kensel plan at least sampai bulan 3 tahun depan. Boleh meligat kejap dengan basikal semula. Harap2 boleh kurus. Ya harapan je la kot eh. Sampai Kuantan dalam pukul 9.30 terus amik qiqi dan tidur lagi umah adik ipar. Penat nak berkemas balik. Pagi ni lepas hantar kids, balik rumah bersiap dan masuk opis. Gila berdedikasi! Eh..dah camne plan umrah aku sbb LTdL kan bulan 2 gak? Kena carik tarikh lain nih..

Esok boss kata tak payah ikut pegi lawatan kerja TPM kat Pos Betau, Lipis ngan Raub. Yeay!

Habis kerja ni nak pegi kedai kabinet dapur. Nak buat custom made kitchenette utk rumah aku. Aku kan suka duduk dapur, maka kabinet dapur harus la hevats. Angan2 nak buat island siap dengan sinki..pastu ada kaunter dan ada separate table top utk baking sahaja. Bajet? errrr gugur gak bulu-bulu yang ada.

Saturday, June 16, 2012

SABAR ITU INDAH

Hujung minggu with kids only. Abang pegi kursus Komisar Elite. Isnin plak aku kena Pantos kat Lipis, pastu terus ke KL utk meeting hari Selasa. Tricky sket sbb laki bini outstation. So mlm selasa Qiqi tidur taska n abg kakak tidur umah Ashu derang.

Aku tidur kat hotel tpt abg menginap je la..jimat duit.

Well...life has to go on regardless how big are the obstacles..so redah je la...

On the other note. Thanx for prayers, calls, sms from u guys..sangat lega mendengar kata2 perangsang dari kengkawan yg ambil berat.

On legal action. In progres. Cannot write much sbb dah bawah urusan peguam.

Rasa a bit happy of what happened recently..a ray of hope..slight one but a hope nonetheless..

Tu lah..signs and helps from Allah come in various forms and ways kan...asal kita sabar.

Sekarang ni aku nak berlapang hati, nak berbaik sangka..penat dowh buruk sangka ni...aku selalu cakap choose to be happy..jadi kena lah buat ye dak...

Selagi hak aku..kita enjoy!

Oh..aku daftar umrah musim sejuk. Bulan 2 nanti. Doakan niat aku ni tertunai. InsyaAllah pergi sefamily.

Sent from Yahoo! Mail on Android

Wednesday, June 13, 2012

USAHA DAN REDHA

Ustaz Don Daniyal cakap..

Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak disangka..

Pertolongan Allah juga tidak datang terlalu cepat, tidak juga terlalu lambat, tetapi pertolongan Allah selalu datang disaat yang tepat..

Alhamdulillah..

Terimakasih sahabat-sahabat yang mendoakan aku, Makcik Oren yang tiap malam tanya aku ok ke tidak. No worries..Angah ok!

Cakap ngan makcik oren..kalaulah sabar itu ubat untuk kurus maka aku sekarang ni patutnya dah masuk tahap anekresia (camne eja ntah) kurus kering nampak tulang temulang hihi..tapi tetap la aku tambun kannn..namun tetap ayu, kaya raya, berpangkat dan berharta *mati la masuk bakul angkat sendiri*

Ok..kan aku pernah cakap akan sampai masa aku akan gunakan lunas undang2. Jadi masanya telah sampai untuk aku gunakan lunas undang2 itu. Bukan berhasrat untuk menyusahkan sesiapa tapi dah penat diperkotak katikkan. Jadi this time around I mean business. Sampai bila nak berpegang pada hearsay kan. Pihak ni cakap gini, pihak tu cakap gitu..dua2 pihak gelak2 aku yang tersepit menganga. Jadi this is the right time lah.

Aku berdoa dipermudahkan jalan yang aku ambil ni.

Bukan senang nak buat keputusan camni. Tapi this is for the best interest of my family. InsyaAllah

Allah suruh kita usaha dan lepas tu tawakkal. Jadi aku tengah usaha.

Doakan kejayaan aku *wahhhh mcm nak pi exam*

Monday, June 11, 2012

KEKUATAN

Pada saat ini aku bermohon pada Allah untuk beri aku kekuatan hati, kedamaian jiwa dan ketajaman akal untuk aku mendepani ujian yang getir ini.

InsyaAllah.

Friday, June 08, 2012

OLE-OLE BANDUNG

Mak mertua baru balik dari Bandung. Aku dapat tudung. Tima kasih Ummi.. dia kata warna kena ngan muka aku hihi..

Lunch break ni ada projek ngan ummi. Nak angkut bunga2 orked yg dia tanam kat rumah lama adik ipar aku. Dia suruh aku bela kat umah. Cantik wooo...nnt aku amik gambau.

Adik ipar aku pun bagi kain pasang bersulam, pastu ada kek lapis betawi n clothes for kids..

Oh terasa diri begitu berharga..

Mlm td anak2 tidur bersepah. Abang kat rumah makngah, kakak kat rumah maknik. Qiqi tidur awal..supaya ayah ngan ibu boleh mantik2 kihkihkih..


Sent from Yahoo! Mail on Android

Thursday, June 07, 2012

NURSING IN PUBLIC (NIP)

Menyusukan anak adalah tanggungjawab ibu yang tak mengira masa dan tempat. Breastaurant adalah dibuka 24 jam. Allah ciptakan buah dada untuk memberi makanan pada anak. Bukan untuk perhiasan dan ditenung oleh mata2 yang tidak berhak.

Satu dilema pada ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu untuk memberi anak makan (ofcourse dengan buah dada) di tempat awam. Banyak mata2 yang memandang dengan pelik. Aku sendiri pun tak terkecuali. Tapi ada aku kesah! Anak aku lapar. Budak kecik tau ke kalau disuruh tunggu kejap?

Ada beberapa postings kat FB, dan beberapa blog entries pasal isu ini. Ada yang rasa tak selesa bila terpaksa berhadapan dengan situasi dimana ibu tengah menyusukan anak. Yang lelaki pandang dengan imaginasi yang macam-macam, yang perempuan pandang dengan "yek eleh..mcm takde tempat lain nak susukan anak" Eh..ibu tu susukan anak ngan breast kau ke? pandanglah tempat lain..Simple. Yang korang plak rasa tak selesa apsal?

Yang aku nak ketengahkan ialah mentaliti masyarakat kita pasal isu ni. Kita terlalu memandang negatif sesuatu yang sangat positif. Ibu menjalankan tanggungjawab tak kira masa dan tempat, dengan aurat yang tertutup. Kenapa dipandang serong? Bukankah ibu kita juga pernah menyusukan kita suatu waktu dahulu?.

Sesuatu yang negatif pula selalu dipandang sebagai biasa. Anak2 dara berpakaian seksi, nak tersembul breast tu keluar, nampak lurah dendam segala, berkepit pula dengan boipren..tak pula dipandang serong. Kenapa?

Untuk mendapatkan keyakinan menyusukan anak ditempat awam ni amat susah ok. Tak semua ibu mampu melakukannya. Ramai ibu yang terhalang dek suami tak mengizinkan (takpe itu hak suami untuk melindungi aurat isterinya), juga ramai yang tak yakin. jadi terpaksa cari nursing room (kalau ada..itu pun kadang2 dipenuhi bapak bapak orang yang menunggu isteri beri botol susu pada anak..kamon lah!!), cari surau, kat tepi tangga, kat restaurant yang agak tersorok dsb. Sebab nak elak pandangan orang. Aduhai..sampai begitu sekali..

Tapi para suami pun sebenarnya boleh beri kerjasama dengan sokong isteri, cover sikit masa isteri nak bagi susu kat anak. Cukup bagus isteri tu nak susukan anak dengan susu sendiri. Dah la free, korang tak payah bangun malam membancuh susu, tak payah keluar duit beli susu, support isteri nak menyusukan anak pun susah? Bukan sikit yang marah isteri bila anak nangis nak susu..haih..

Bila timbul pula komen2 dalam FB oleh kata-kata nakal yang berimaginasi macam2..lagi la susah nak praktikkan NIP ni. Betul juga sebab rata2 yang bagi komen2 camni ialah mereka yang takde pengalaman. tetapi itu jugak tak menghalalkan perlakuan jelik tu ya adik2.

Untuk ibu2 menyusukan yang tengah cuba nak prektik NIP ni..teruskanlah..bukan salah pun. Anggap je la mata2 yang memandang serong, yang rasa tak selesa tu macam kentut. bau busuk kejap je. Sekarang ni dah banyak rekaan baju menyusu yang menutup aurat, tak payah menyelak pun. Dah banyak gadget mcm sling, mobby wrap, nursing cover dan poncho untuk kita tutup mana yang patut. pakai towel kecik pun boleh.

Aku sekarang ni NIP openly. Asal cover dengan baik sudah. Korang nak pandang sampai terkehel leher pun silakan, nak duduk sebelah aku tanya ke kutuk ke sinis ke silakan jugak. Aku tak kesah. Aku cuma jalankan tanggungjawab aku sebagai ibu. yang penting suami aku izinkan, aku jaga aurat dan anak aku kenyang.

Tak malu ke? Apa aku nak malukan..bukan aku yang tayang betik ranum sana sini semua orang nampak. Patutnya yang tayang betik ranum tu yang malu. Patutnya yang bayangkan macam2 tu yang malu. Aku dapat pahala nyusukan anak, korang dapat apa?



Monday, June 04, 2012

HOLDING STRONG

Here I am..still holding strong. Come what may..I will always stay strong. Always...things came, I nearly fell into believing. But as always..HE has ways to show me the truth..therefore..I will always believe in HIM.

Ummi pun dah naik risau tengok aku..ish aku ok. Heroin rilek je. Ummi cakap biarlah apa yang nak jadi, lama-lama penat berenti lah tu. Oh..Ummi tu mak mertua aku.

Okeh nak share 1 cerita kelakar seram..Jumaat lepas la..cik peot belum menjengah..dah lewat la few days. Cakap kat abang cik peot tak bg salam lagi..he was like.."ermmm okay" (sambil senyum2)balik kerja ujan lebat nak mampos! Singgah area Semambu. Abang Beli UPT. (haruskah aku terkejut atau haruskah aku senyum?) balik rumah. Susukan Qiqi sampai dia tertidur. Pastu naik atas nak mandi. Pastu..cik peot pun bagi salam hahahahahaha!!!!

Maka masih ada lah UPT tu. Tunggu la bulan depan ke, bulan lagi satu ke ye bang..

Mlm tu balik dari mana ntah dia.. abang tanya. "ayang dah test ke?" Aku senyum je.."abang tu yang kena test..test bersabar sampai minggu depan untuk projek tanaman fertegasi" Gelak macam nak pecah perot..anak2 muka konpius sorang2 hihi..

Tanaman fertegasi? Lahai..kan tanam pakai air je *teeeeettttttttt..selowww laaa uollss nih.

Friday, June 01, 2012

KERJA ITU IBADAH

2 minggu yang sangat memenatkan. macam tak cukup tangan buat semua benda. Tapi tak boleh la aku komplen sebab dah memang kerja aku kan. Hadap je laaaa..

Semalam lawatan Menteri ke Lipis dan Raub. Yup kena la pegi jugak. Sebab tentatifnya sampai 7 petang maka aku siap2 dah hantar qiqi tidur taska. Sebab sampai Kuantan mesti dekat pukul 11 kan. Kesian plak nak amik pastu kang hantar balik pagi2 limun. Lepas program tu aku singgah makan lemang dengan Pengarah JAKOA Pahang. Pastu berhenti kat solat kat Bentong sambil pam 3rd session. Smpai rumah pukul 10.30. So malam tadi berhoray2 je la ngan encik suami..*wink*

Pagi ni masuk opis macam biasa. Ada meeting peringkat negeri. Ding dong je kepala dalam meeting. Pulak tu dalam beberapa hari ni aku memnag rasa tak sedap badan. Macam nak demam pun ada. Penat sangat kot. Dato Pegawai Kemajuan negeri pun tegur muka aku macam nak mati katanya! Penat Dato! Mintak nyawaaaa..

Sebab penat terkejar sana sini, Production susu pun agak merudum. Biasanya sehari dapat 15-18oz..seminggu ni dapat 8-9oz je. Tapi takpe..kena bersyukur, itu rezeki untuk Qiqi. Mujur stok beku ada. Mengorek stok la kerja aku skrg ni. tetap aku pastikan pam ikut jadual. Nanti2 ok balik la. Qiqi pulak masa ni la tetiba macam growth spurt plak..tetiba consume lebih banyak susu banding makan.

Minggu depan pulak hari Selasa kena handle Mesyuarat Agensi bawah Exco kat KL. Lepas tu pulak..tadi dapat sepina saksi untuk kes tanah. Kat Mahkamah Tinggi Shah Alam 7-8hb. Dalam masa yang sama pulak Waran peruntukan pembinaan 24 Gerai dan Bengkel dah turun. Adalah dalam RM 4 juta. Nak kena siasat tapak, release surat kuasa, itu ini bla bla.. Pastu kena setel lantikan pengendali kursus dalam RM 400K. Semua ni kena setel bulan ni jugak. Oh disamping kerja2 pemantauan berkala biasa yang aku buat dan jugak mesyuarat2 biasa yang kena hadir

Oh..dan pulak Menteri akan turun ke Lipis 14hb ni.

Despite all these craziness aku masih bersyukur sebab aku ada kerja!Walaupun kadang2 aku rasa nak menangis huhuhu..

Bila balik rumah jadi isteri dan ibu pulak ya..doublekan kepenatan disitu! Kena bersyukur sebab aku ada suami dan anak.

Walaupun penat, walaupun stress kena tetap positifkan fikiran. Apa yang aku buat ini adalah ibadah. Biar hati jadi tenang. Biar boleh teruskan kerja yang agak gila ni dengan fikiran yang waras. Sebab kalau aku pun tak berapa nak waras..waduhhhh kesian staff aku nanti kan.

DAN YANG SEBENARNYA!!!!!!!!

DISEBABKAB SEPINA HADIR MAHKAMAH ITU AKU TERPAKSA KENSEL PLAN HANIMUN! CUTI DAH APPROVED HOKAY!

Takpelah..abis kes nnt, amik cuti 9hb tu..pegi la memana kejap bawak anak2. Aquaria KLCC ke, Pusat Sains Negara ke, Genting Highland ke..

p/s : Nonie..terima kasih atas komen yang super best tu! sangat2 melegakan. Ya..angah akan anggap ia seperti kutu pada rambut. Yang meninggalkan telur, melekat macam gam, yang sangat susah untuk dibuang. Terpaksa guna syampu busuk, ubat kutu busuk, sampai sakit2 kepala kena sikat kutu. tapi sebab sayangkan rambut, hadap je la cara bunuh kutu yang busuk tu. Betul kata Nonie..kutu ni lepas hilang dia akan datang lagi..dan sebab kita sayang rambut maka kena la cuba juga buang kutu tu semua.