Wednesday, June 20, 2012

CAMPUR SEMUA SEKALI

Isnin..iaitu kelmarin, patutnya aku le Lipis sebab kontraktor penyelamat nak masuk tapak, lepas tu straight ke KL kan..nak jadi cerita kakak ngan Qiqi demam pulak, aku dah serba salah. Jadi ingatkan batal ke Lipis (hantar Penolong Jurutera je), bawak bebudak pi klinik pastu shoot ke KL lah..dalam masa sama aku berdoa sangat supaya dimudahkan kerja aku. Ye laaa anak demam ok..abang plak kat KL sejak Jumaat. Ya Allah...pertolonganNya datang pada masa yang tepat kan..HQ called cakap mesyuarat sebelah pagi ditangguh ke 25hb. Alhamdulillah...alhamdulillah. Jadi aku terus ambil cuti. Balik rumah mak mertua instead of rumah sendiri. Anak2 yang demam pun dapat perhatian yang lebih dari Tok Mi derang..siap buatkan air asam jawa letak daun bunga melati/bunga raya lagik..Qiqi punya suhu 38.9! lepas nyusu, dia tidur..dengan aku pun tidur..bangun je Ummi suruh makan. Dah mana tak gemok! Bawa ke malam dah cergas balik dah anak2 ibu.

Malam tu aku tidur umah adik ipar. Sbb memang cadang tinggalkan anak2 kat situ lah sbb aku outstation ni kan. Pagi selasa Qiqi pun ok so anta la pi Taska dan aku ke KL. Meeting bong bang bong bang pastu pegi amik abang kat Mandarin Court. Lepak la kejap ngan geng2 commissaire. Lama tak berborak. Berkenalan gak  ngan fellow commissaire from Indonesia n Filipina. Ye la aku mana la aktif sekarang kan. Pak Ibrahim, UCI Commissaire yang jadi pegawai penilai masa aku exam dulu yg bukak cerita. Siap cakap aku la best student masa tu..wahhh!!!! kembang vontot tau. See abang..I made u proud kan? Pak Ibrahim minta aku aktif balik sebab keperluan adalah mendesak untuk commissaire wanita yang aktif dan boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

On the way balik tu borak la pasal the course, the tests etc ngan abang. Well since tahun depan kemungkinan besar abang akan terlibat dalam jawatankuasa teknikal utk LTdL, boleh la aku nak join semula. Qiqi pun dah 2 tahun lebih. Dah boleh wean off menyusu badan. Abang kata boleh la aktif balik. I guess I will. Kan hari tu cadang nak conceive tapi kena kensel plan at least sampai bulan 3 tahun depan. Boleh meligat kejap dengan basikal semula. Harap2 boleh kurus. Ya harapan je la kot eh. Sampai Kuantan dalam pukul 9.30 terus amik qiqi dan tidur lagi umah adik ipar. Penat nak berkemas balik. Pagi ni lepas hantar kids, balik rumah bersiap dan masuk opis. Gila berdedikasi! Eh..dah camne plan umrah aku sbb LTdL kan bulan 2 gak? Kena carik tarikh lain nih..

Esok boss kata tak payah ikut pegi lawatan kerja TPM kat Pos Betau, Lipis ngan Raub. Yeay!

Habis kerja ni nak pegi kedai kabinet dapur. Nak buat custom made kitchenette utk rumah aku. Aku kan suka duduk dapur, maka kabinet dapur harus la hevats. Angan2 nak buat island siap dengan sinki..pastu ada kaunter dan ada separate table top utk baking sahaja. Bajet? errrr gugur gak bulu-bulu yang ada.

7 comments:

oren said...

waahh..

kabinet dapur aku nmpak mcm senget..adeehh..kalo le tetiba runtuh, habis la patah kaki..camana nak masak? (mcm la masterchef sgt memasak hari2..hahahaha..)

aku suka tgk ko bersemangat semula :)

Ummi said...

biar gugur bulu yang ada asalkan bulu-bulu tu dapat bagi kepuasan kat kita hehehe

sibuk sungguh kerja angah, kalau akak keje macam tu, anak-anak entah dok mana,

Allah tu maha pengasih dan maha mendengar, so dia selalu mudahkan kerja kita :)

)

Angah said...

Oren
hihihi..masak ni terapi tau..alhamdulillah..dapat semangat baru dari kengkawan mcm ko :)

Ummi
kaannnn bukan amik bulu orang utk kepuasan kita pun. Tu la..sibuk ngalah menteri, dah nak buat camne ye tak..Betul kak..janji kita doa tak putus Allah tolong.

nonie said...

Wah... Mcm2 planning... Meriah!

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah miting tu tangguh ke tarikh lain, boleh pay attention lebih kat anak2.

Boleh terbayang2 kat mata nih island kat dapoq tu dengan kabinet baru, hehe..

tentangseseorang said...

ce tanya, boleh bayar dengan bulu mata yang gugur tak kicen kabinet tuh angah ehehehe

Jojoe said...

island? wow.. umah luas je yg bole buat island ni.. umah sempit manekan ado..