Wednesday, November 14, 2012

NURSING IN PUBLIC VS NURSING PUBLICLY

NURSING IN PUBLIC = MENYUSUKAN ANAK DI TEMPAT AWAM
NURSING PUBLICLY = MENYUSUKAN ANAK SECARA TERBUKA
SEBELUM MENULIS SILA FAHAMI 2 TERM OF REFERENCE NI.. SEBAB TANPA PREMIS YANG KUAT UNTUK MENULIS.. TULISAN KITA ADALAH SAMPAH YANG PERLU DIBAKUL SAMPAHKAN..


4 November baru ni aku ada tulis 1 post kat Laman Rasmi Galaksi rentetan postings dan komen kat Kumpulan Ibu Menyusukan berkaitan reaksi/gestures spontan pengacara rancangan tu masa Kiah Propa bergosip pasal artis yang menyusukan anak dan terdedah la asetnya. Posting aku tu mendapat pelbagai reaksi dari beratus komen terkemudia dan hampir 2000 likes.
Penerbit rancangan pun dah jawab tapi ia tidak menjelaskan isu yang diketengahkan iaitu Menyusukan anak di tempat awam sepatutnya tak perlu jadikan gosip dan reaksi/gestures geli geleman apengacara adalah keterlaluan. Aku pun dilabel sebagai PENCETUS KEKELIRUAN...apakah!!! Well aku dah sampaikan apa yang aku rasa, berdasarkan pengalaman aku menyusukan ketiga2 anak. Up to them to nilai lah. Walhal boleh je ketepikan gosip tu.
 
Kemudian kecoh pulak di Mix.FM. Dalam banyak2 benda yang annoying dimata masyarakat ialah breastfeeding in public. Again thread komen panjang berjela dengan mereka yang setuju dan tidak, yang menyokong dan membantah. Isu di situ ialah dalam banyak2 benda kenapa breastfeeding jugak yang dihighlight. Sedangkan boleh je ditapis sebelum on air.
 
Rentetan itu ada lah blogger yang pada aku hanya menangguk di air yang keruh..pada pandangan aku bertujuan menaikkan rating blog je pun. mengambil kesempatan daripada isu yang tengah hangat dengan membuat entry atau entries dengan tajuk sama. Menulis dengan berpaksikan pandangan sendiri tanpa mengetahui pucuk pangkal isu yang diketangahkan dalam laman Rasmi galaksi dan Mix.fm dan tanpa mengetahui apa itu sebenarnya NIP dan mengapa ibu2 di Malaysia ni NIP. Ofcourse dengan entry yang sebegitu akan generate outburst dikalangan ibu2 yang menyusukan anak mereka di tempat awam.

Kumpulan yang memperjuangkan hak ibu2 untuk mendapat bilik2 yang sesuai untuk menyusukan anak dipersoalkan tujuan mereka kerana mengadakan flash mob. Itu kan cara untuk menunjukkan betapa ramai ibu yang menyusukan anak perlukan bilik2 berkenaan. Wondering whether blogger tu study atau tidak? Sama juga dengan cara menghantar petition ke  pejabat menteri..ia cuma 1 cara.
 
Gambar ibu2 yang menyusukan anak di dalam majalah keibu-bapaan dijadikan bahan bukti untuk menunjukkan ibu2 itu tiada rasa malu (tiada secebis pun aset kelihatan) Dangkal bukan? Ofcourse ibu2 juga terasa hati dan mempersoalkan cara pakaian menjolok mata dalam majalah2 hiburan..tidak pula dikatakan tak tahu malu (dosa?) Bukankah ianya dalam majalah keibu bapaan? majalah yang menyokong penyusuan ibu..kalau aku ketengahkan gambar2 breast dalam jurnal2 perubatan bagaimana agaknya? eh.. mungkin blogger itu tidak membaca bahan ilmiah :P

Tapi ye lah.. kalau tujuannya untuk menaikkan rating benda2 seperti ini perlu ada untuk tarik pembaca. so sad kan..
 
Ada juga blogger wanita yang buat entry juga tidak menyokong NIP. Pendapat dan keselesaan masing2 aku tetap hormat cuma agak terkilan dengan pandangan yang menjurus seolah2 ibu2 yang NIP ni mengaibkan diri sendiri. Come on... jangan overgeneralize people just because u tak buat benda sama. so sad kan..nak susukan anak dengan botol ke, nak berlari2 cari surau ke, nak cari nursing room ke..up to individuals cuma jangan condemn ibu2 yang ambil keputusan memilih menyusukan anak di tempat awam.
 
NIP is common is western countries. Sampai tahap sapa2 yang menidakkan hak ibu untuk menyusukan anak di tempat awam boleh didakwa! Itu di negara barat. Semangat ini yang kita ambil. Semangat bahawa penyusuan susu ibu adalah fitrah, menyusukan anak di tempat awam adalah perkara biasa sebab makan itu juga fitrah. Aku percaya takde ibu kat Msia ni yang NIP macam wanita barat.. bare it all gitu. Ibu2 kat Msia ni akan sebaik mungkin menutup aset mereka. Sampai ke satu tahap terer, org tak tau pun dia tengah menyusukan anak! Jadi apa yang pelik sangat?
 
Tak selesa tengok baby melekap kat dada ibu di tempat awam? Come on lah..ini lah yang dikatakan 1 class facilities tapi 3rd class mentality. Pandang tempat lain je..simple!

Persoalan yang aku ingin lontarkan ialah.. mereka2 yang menolak mentah2 NIP ni faham atau tidak apa sebenarnya NIP ni? Kenapa ibu2 ni NIP? Keperluan setiap anak dan setiap ibu tak sama, tahap konfiden antara ibu2 juga tak sama. Pada ibu2 yang konfiden NIP teruskan lah, pada yang tak konfiden takpe..banyak cara lain utntuk susukan anak juga.
 
Ingin aku lontarkan soalan.. ada ke ibu2 yang menyusukan anak secara terbuka sampai jadi polemik dalam banyak posting dan entries? Kenapa isu sekecil ini dipandang besar? Kalaupun tak setuju dengan apa yang diperjuangkan tak bolehkan cuma angguk dan diam. yang memperjuangkan memang loud and clear memperjuangkan atas banyak reason yang selama ini diketengahkan. Sebab mereka rasa kesannya, mereka mengalami kesukarannya untuk menjalankan amanah Allah ini.
 
Ingin aku tanya sekali lagi kepada yang membantah.. apakah premis anda pada bantahan itu?
 
Malu? bukan anda yang perlu berhati2 membuka cangkuk bra untuk menyusukan anak..
Bukan budaya? Adakah menampakkan lurah dendam dan alur punggung itu budaya kita?
Not islamic compliance? bolehkah anda beri saya bukti?
Menarik pandangan org? anda ada kawalan untuk mengawal pandangan orang jika tiba2 anda terjatuh?
terikut2 barat? Mengapa tak boleh ambil yg baik dari barat? yang buruk2 pun dah banyak kita ikut..
boleh pakai botol? Kenapa menyusahkan diri?
masuk surau kan boleh? anda yakin dalam surau orang tidak melihat?
 
Jawablah persoalan2 aku ni..

13 comments:

Irfa said...

aku ada tulis jugak pasal ni lama dulu.simpan dlm draf sbb tak berani publish..smpi skrg pun aku tak publish sbb takut apa yg aku tulis di salah erti..

so aku baca jelah..tp bab hantar gambar kat majalah tu mmg aku x sokong lgsung..tp bab nak dapatkan bilik menyusu disemua tpt awam..aku sokong 100%

ibuVouge said...

well said darling...
ibu alya

Angah said...

Irfa
Takpe semua org pun entitled to pendapat masing2. Aku hormat pendapat semua pun. pada aku majalah sediakan ruangan..atas kita lah nak hantar ke tak kan. kalau dengan gambar2 tu boleh buat tergerak hati mak2 lain untuk menyusukan anak why not :) aku pun tak hantar ehehe but to criticize and scrutinize ibu2 yang hantar tu sebagai tak tahu malu dan macam2 perkataan lain yg tak sepatutnya mcm too much kan.

Ibuvouge
cuma melontar pendapat :)

oren said...

aku mmg nak like..tapi takde butang like..

*sokong susu ibu, NIP etc..walopun aku punya rekod idaklah cemerlang mana..*

nihadriz said...

diorang tak merasa perasaan kita bila anak melalak lapar tengah2 makan kat restaurant, or tengah shopping. nak2 lagi tempat2 tu semua takde breastfeeding corner.

dan kebanyakan yang tak menyokong NIP ni biasanya -

1. lelaki yang kurang pendedahan (dah berkahwin dan mempunyai anak)
2. lelaki belum berkahwin dan tidak memahami konsep penyusuan ibu
3. perempuan yang belum berkahwin dan belum beranak
4. perempuan yang dah berkahwin dan mempunyai anak tapi tidak menyusukan anak dengan susu ibu.

susah nak fahamkan depa ni tentang penyusuan ibu. kalau perempuan pakai seksi suka je tenung. pang kang.

masyarakat kita ni yang kononnya "ketimuran" marah sangat pasal NIP. tapi bila anak2 masing2 rambut oren biru hijau takleh nak kata apa. anak lelaki pegang2 tangan anak dara orang pun bisu je. padahal yang kita buat NIP tu perkara asas - bagi anak makan :)

Anonymous said...

Dia org ni bg sy ✗ boleh nak fikir luas.. Ape yg dia org pikir menyusu kat public 2 mesti breast terdedah..
Nursing in public adalah "perbuatan"
Tpi ape yg dia org pikir nursing in public adalah dri segi "sifat/ ciri2" di mana bila kita NIP je mesti memperlihatkan aurat/ breast.
Bukannya kita NIP secara terbuka.. Selak baju terus nampak breast..
Bgi sy

Ummi said...

pernah sekali akak ke nandos alamanda, si nufah nangis bagai nak rak, tak nak botol, nak nonon mak dia gak, nak bangun, anak-anak lain tengah makan,

akak pening kepala masa tu, dah lah nursing cover tak bawa, last sekali akak dok sorok kat penjuru, bagi nonon terus diam, tapi ada mamat dan minah sebelah meja pandang akak macam nak terbeliak biji mata, dia ingat akak syok sangat ke nak tunjuk nonon akak, dah cover dengan segala mak nenek lagi tak bagi orang perasan :(

moral dari peristiwa tu, akak akan bagi nonon siap2 dalam kereta sebelum sampai destinasi yang nak di tuju:(

tapi akak paling suka pergi jusco sebab memang baby friendly sangat :) senang mak-mak nak menyusu kat dalam tu, siap ada tandas khas untuk mak yang bawa toddler lagi :)

mizura said...

well said angah! aku rasa diorg ni mmg xde isu lain dah nak tulis, so menangguk di air keruh lah. i do NIP all de time, anywhere n anytime my baby wants. ya, aku xmalu. as long as xnmpk aurat, nak malu apa kan?

baizura

nonie said...

Nak tekan LIKE jugak! Do it all the time jugak... sebab my power puff girls semua jenis tak kira... kalau nak jam2 tu jugak... tak dapat derang jerit je... bayangla ada sekali tu travel berdua je dgn cik afifah masa dia setahun lebih... satu flight boleh dgr dia jerit "nak tek!". So, x pedulik org nak kata apala... ko nak tengok ke nak mengata ke ko yg dapat dosa... bukannya pi selak baju dia pun... ahahal

Anonymous said...

setakat nk mencelah...wpn sy bkn fully bf my daughter...mmg bagus bgi bf cuma pakailah cover masa bf tu...ni selamba bukak gitu smpai my husben kata..."ma derang xmalu ke bukak mcm tu tanpa cover..." ntahlah ma xtau nk ckp sbb klu pakai shawl pn buleh klu xmampu beli kain cover nursing tuh....pendek kata tepuk dada tanya diri sdiri....

liza said...

Pada sy NIP is not an issue at all as long as x nmpk cik B. Kalau dah terselak2 tu lain la cite. Sy pon BF anak sy in public. Boleh je BF tanpa terselak2. Pakai la tudung labuh2 sket. baju pon jgn yg sendat2. Insya allah tak ternampak perkara yang tak sepatutnye. Memang dah jadi tanggung jawab seorg ibu untuk susu kan anak smpi 2 tahun. Siapa mereka yg nk mempertikaikan kejadian Allah.

Fifi Nadhrah said...

memang terbaik la post ni.. nanti nak buat post tentang NIP jugak lah dekat blog.. kite duta2 kecil ni kene ketengahkan isu ni.. saye selalu NIP.. tapi alhamdulillah.. setakat ni takde pon org nak pandang jeling2.. agaknye confident level tu tinggi sikit kot.. jadi muke pon slambe je.. hahaha.. kekadang org tak perasan pon saye NIP.. :)

Luna said...

pdpt aku...punca ialah kurang 'edukesyen' ttg NIP, baik yg NIP atau public yg nengok tu. pglmn aku, yg educated dan ada maklumat mmg NIP dgn cara yg sgt proper, patuh syariah manakala yg kurang maklumat (bkn x pandai, tp kurang pendedahan,perkongsian ilmu ttg NIP ni), akan melakukan sebaliknya...ada ibu2 yg NIP buat aku salute dan ada yg buat aku malu sbb auratnya ternampak.tapi tak la sampai aku jd anti org yg NIP tu.tapi kalau semua public places atau offices ada nursing room tu paling baik la.Majikan2 pun kena support hal ni.