Lamanya tak update blog. Dah ilang kerajinan. Sebab semua pun rutin. So nak membelog pasal travel ke India awal bulan ni selama 2 minggu. Kalau orang tanya apa pengalaman aku. Jawapan aku adalah pengalaman yang sangat menginsafkan. Kita yang duduk kat Msia ni bawak-bawakla bersyukur lahir2 je dan senang.
Flight dari KLIA terus ke Hyderabad jam 10.35 malam. Penerbangan ambil masa 4 jam. Sampai Rajiv Gandhi Airport jam 12.00am. Selang masa adalah 2 jam setengah. Sampai sana dah ada yang menunggu. Rupanya flight ni ada sekali peserta dari negara2 Asia Tenggara.
Imigresen dan kastam sangat lah ketat. Mcm pesalah pun ada gak rasanya. Mujur juga dapat Gratis Visa jadi mudah jugalah perjalanan tu. Aku rasa Indonesia bagus sebab memang guna Passport Diplomatik jadi terus boleh pegi lane diplomatik.
Pukul 2.30 pagi sampai kat International Institute of Rural Development. Yer aku kursus ni kat kampus bukan kat hotel. Suhu adalah dalam 17c. Dah hujung2 winter katanya. Bilik adalah macam hostel ye. So bermula lah episod 10 hari penuh pengalaman menarik dan juga menyakitkan hati sepanjang berkursus.

Suka aku tempat ni..rasa nak golek2 je atas rumput tu..dalam kampus. |
Bangun pagi.. turun sarapan.. capati and more capati to come ye haha..berjalan ke kelas dengan disambut pemandangan dalam kampus yang sangat menyegarkan. sejuk pun ye..
Sepanjang 3 hari pertama adalah classes dan country presentation. kami kena sediakan country paper yang merangkumi banyak benda pasal pelaksanaan pembangunan luar bandar.. Aku untung sebab yg pergi ngan aku tu memang kerja kat Bhgn Perancangan Strategik kementerian aku ni. So aku sangat terhutang budi kat dia pasal country paper nih..So our presentation smooth alhamdulillah. Regarded the best!
Hari ke 5-7 kami dibawa ke Field Visit 400km dari Hyderabad iaitu di daerah Ananthapur, Orvakal dan Kurnool.. yang ini merupakan gist pada keseluruhan kursus la pada aku. memang sangat-sangat menginsafkan. Ada masa mengenang juga air mata melihat anak2 kecil di sana..lagi2 bila bandingkan dengan anak2 sendiri yang hidup mewah.
Ni pelajar tahun 4 di salah sebuah sekolah Community Based di Orvakal, Kurnool. Masih duduk atas lantai guna papan kecil menulis. |
Ini ialah ladang kacang kuda. Haaaa camni la rupanya pokok kacang kuda yee.. |
Hari ke 8 -10 sambung lagi dengan kelas dan sesi perkongsian. banyak input yang bagus aku bawa balik untuk dibawa ke pengetahuan pengurusan tertinggi Kementerian. Infact ada yang boleh diaplikasikan pun.
Aku malas nak cerita pasal apa benda yang aku trainingkan sepanjang kat sana. nanti aku cerita lah benda2 menarik sepanjang kat sana tu termasuk hal pam susu jugak.
7 comments:
lama myepi rupanya jauh terbang.
nnt citer lg ye...negara dia kotor.betul ke?
org la citer
Angah, lamanya tak update. Sedihnya tengok bebudak tu masih duduk atas lantai di sekolah sedangkan di sini meja kerusi kena conteng sakan & sengaja dipatah2kan pun ada..
Angah bila free check email ya.
Irfa
bandar dia ok je..kalau masuk pekan dan kampung tu memang sebijik cerita tamil tu la..jalan tanah, berdebu..
Kak dinas..
Sangat sedih kak.. nanti angah share banyak lagi gambar akak boleh guna kat kelas utk bagi kesedaran kat murid2.
memang wajar panjatkan rasa syukur banyak-banyak tinggal di Malaysia ni. yang penting rajin berusaha kan!
mmg insaf... nanti blh tunjuk gambar ni kat anak2 supaya jgn suka komplen sgt...
angah, dari kementerian mana yeaa.. saya awal januari 2014 akan ke sana gaks kursus 2 minggu.. nak mintak tips apa yg nak kena bawak boleh ker? salwani209@oum.edu.my
Tq. For the info. Boleh bagi email kah kak untk dapatkn banyak info. Sebab saya akan ke Aardo utk berkursus selama 3 bulan bidang SME. Saya Ali dari MARA Sabah dihantar oleh KKLW. Ini email saya alim@mara.gov.my. Kalau tak keberatan tolonglah share. Tq
Post a Comment