Thursday, April 27, 2006

HAMPEH

PUNYALAH AKU NI USAHA MACAM-MACAM, SIAP TOLONG DIA LAGIK! (BAGI DUIT TAU!!!!) TETIBA TELEFON AKU KATA DIA TAK DAPAT NAK BUAT APA.
HELLO!!!!! NI APA CERITA NI? MINTAK BALIK DUIT AKU!!!!
HAMPEH SUNGGUH LAH... MARAH SUNGGUH AKU!
KALAU TAK YAKIN JANGAN LER BERJANJI, JANGAN BAGI AKU HARAPAN.. EIII MEMANG BONGOK LAH..
ALL RIGHT WE'LL PLAY IT YOUR WAY.. LET SEE WHO WILL WIN....LEPAS NI JANGAN HARAPLAH DENGAN MUKA SADIN TU AKU BOLEH BAGI BELAS KASIHAN..

Wednesday, April 26, 2006

banyak urusan

Tadi merayau serata alam menyelesaikan urusan rasmi, separa rasmi dan tak rasmi. Buruk aku menunggu kat satu bank ni, umat yang menunggu ramai tapi kaunter yang dibuka cuma dua.... sapa kata kaunter kerajaan jer tak effisien?

Aku sempat menghantar seorang budak sekolah ke PJH. Aku nak masuk ke parcel C masa budak tu sapa aku "makcik(?) masjid putra kat mana? Aku pun cakaplah kan lokasinya. Aku tanya, dia nak ke sana ke? Rupanya dia nak ke PJH. Punyalah jauh kalau berjalan kaki dari parcel C tuh. Aku pun pelik camne dia boleh sesat barat ke parcel C tuh, tengahari rembang pulak, kesian berpeluh2 muka confuse.

Aku pun suruh dia tunggu kejap, lepas aku selesaikan urusan kat parcel C tu, aku bawak dia pi minum pastu aku hantar dia ke PJH. Aku dok terpikir kalaulah itu anak aku, aku pun nak dia dilayan baik oleh orang lain. Berborak ler kami dalam kereta, rupanya dia tertinggal bas rombongan sekolah. Alahai kesiannya. Mujur dia ingat lepas tu akan ke masjid putra sembahyang zuhur dan ke pjh plak. Lepas aku pastikan dia dah ok bertemu ngan group dia semula, aku balik opis.

Cikgu2 dia.... hampeh! ucap terima kasih pun tidak, dibebelnya budak tu lagik ada....eeeiii nak kena cikgu tuh!

Moral value : kiralah anggota rombongan betul2 sebelum mulakan perjalanan. kalau tua bangka cam aku takpe, ni budak kecik... kesian...mereka dah diamanahkan oleh mak ayah kepada penganjur rombongan... pikullah amanah tu.

Tuesday, April 25, 2006

Goblok

Blogger went GOBLOK.. very hard to publish an entry lately.

Will be going to Tasik Kenyir this weeked for Kenyir International Mountain Bike Challenge. Since abang is one of the commissaires, thus I'll menyebok lah.. My teruna will be with his granny. This weekend is for ayah and ibu.

Monday, April 24, 2006

Kembali lagi

Rumah aku bersawang lagi. Seminggu di Kuantan melangsaikan kerja, merekrut tenaga kerja. Alhamdulillah selesai jugak. Memang mencabar! Macam2 personaliti yang aku jumpa sepanjang urusan. Pesan aku pada calon2 temuduga.. do your homework! at least pasal bidang tugas jawatan yang dipohon. Ikuti sikit isu semasa kat Malaysia ni. Sell yourselves to the interviewer.

By the way, seminggu yang menyeronokkan untuk Angah & Co. Jam 3.00 petang dah usai kerja. Ada banyak masa untuk dihabiskan bersama abang dan teruna kami.

Takde benda nak diblogkan. Noktah.

Wednesday, April 12, 2006

Kembali

Hampir bersawang rumah aku, tak dijenguk lebih 2 minggu. Ni nak bersihkan sawang dan habuk dulu, sebelum catat apa2 cerita baru.
Sepanjang minggu kat Melaka, Kursus Induksi Khusus. Oklah kiranya, sebab aku cuma perlu hadir, tadah telinga sepanjang masa. Lulus pun.. Alhamdulillah. Sekarang cuma perlu tunggu pengesahan lantikan dan pengesahan jawatan. Mintak2 cepat selesai urusan semua tanpa ada sebarang masalah. Sapa kata senang laluan kerja gomen nih?
Seminggu dok kat Melaka tu, tak sekali pun hotel tu sediakan asam pedas....chet! Nak keluar hore2 takde transport plak. Had to make do dengan apa yang ada jer lah. Ok lah.. enough with cerita kursus yang tak ada apa yang menarik pun.
Balik dari Melaka aku sambung cuti sampai semalam. Puas 4 hari dok kat rumah dengan teruna aku. Hari ni nak ke opis pun satu penyeksaan rasanya. Like usual, atas meja dah bertambun kerja yang kena bereskan minggu ni jugak. Pelan2 Angah... prioritize kerja... 3 hari jer untuk beres semua nih... I can die standing huhuhu
Sabtu ni bertolak ke Kuantan plak. Seminggu kat sana untuk kerja lagi. This time around I'll mix work and pleasure hehehe. Dok kat rumah jer lah claim lodging. Abang akan babysit teruna kami sepanjang aku bertugas. Biarlah dua beranak tu habiskan masa bersama dari pagi sampai petang. Jangan diswastakan penjagaan dah lah yer bang.... Hopefully dapat jumpa Uda kalau ada masa terluang.
Memang takde cerita nak diceritakan, cuma tugas rutin seorang ibu di hujung minggu.