Kasar kan tajuk entry aku. tapi memang itu tujuan aku pun. Aku cuma nak tanya camne sorang minah ni boleh claim yang walaupun mulutnya laser tahap cipan, hatinya baik. Kalau tanya aku laa yang ilmu tak sedalam mana ni, kalau dah mulut tu bau longkang, bawak cerita sana sini, cerita seinci jadi sekaki, pulak tu semua cerita tu tak betul, camne boleh cakap hati baik? bukan ke apa yang terkeluar dari mulut tu cermin hati?
Aku malas nak layan makhluk camtuh, biarlah dia dalam dunia dia sendiri. Aku cuma bagi warning kat minah ni masa aku jumpa dia weekend lepas, kalau aku dengar apa-apa cerita keluar daripada mulut dia yang boleh menjatuhkan maruah aku dan keluarga aku, siap laaaa... kalau dia mulut longkang, aku akan bertukar jadi mulut kumbahan! That is a promise.Okeh. Full stop la cerita yang menyakitkan hati nih.
Makan-makan menggemukkan badan
Sabtu malam Ahad ni, iaitu esok,lepas maghrib, ada majlis makan-makan sket kat rumah aku di Klang. Abang aku yang buat untuk kengkawan dia, aku pun tumpangla dua kaki menjemput kengkawan aku dan hubby sekali sebab kebetulan hubby aku ada kat sini weekend nih. Ada fun ride kat Kajang.So aku jugak extend invitation pada semua yang baca blog aku, yang teringin nak jumpa aku ekekeke.. jemputla ke rumah di
Jalan Benteng Lama Kanan
Kampung Tok Muda
42200 Kapar, Klang, Selangor
Kalau dari Shah Alam tuh halakan jerla kereta ke Kapar, Ikut Meru boleh, ikut bandar Klang pun boleh. Rumah aku lepas pekan Kapar tuh jek. Aku bagilah teaser menu nanti. Rasa-rasa nak makan nasi dagang, soto ayam, rojak buah (ni kuah rojak mak bee nih) creme caramel, pecal dan adalah satu dua lagik menu, silalah datang ke rumah.
Tepon la aku kalau tersesat dihujung jalan tuh o13-2680495 / 03-32503476. Nak datang lebih awal pun boleh, tapi aku jamu air sirap ngan belen kuih raya jek lah yer.
No comments:
Post a Comment