Friday, May 06, 2011

DUDUK


Umur budak botak ni 6 bulan stgh. Dia dah boleh duduk tanpa sokongan. Tahniah diucapkan. Sekarang ni tengah belajar berdiri. Semua dipautnya sebab nak berdiri. Teruskan kecemerlangan okeh..aku rasa by 9 months dah boleh berjalan si botak ni. Tapi mulut berat sket lah..Gigi masih 2 batang.

Sekian laporan dari ibu.

Ahad ni ada potluck hi-tea ngan geng2 MNS kat Telok Chempedak. Aku bawak muffin je lah. Sekaligus sambut hari ibu. harap tak ujan. Dan si botak ni behave hihi..oh..sibotak ni dipanggil bambam oleh makcik2 MNS tu..

Minggu depan kena ke RPS Betau untuk mesyuarat penyelarasan pelancaran Jalan Luar Bandar RPS Betau ke Pos Lenjang kat Lipis. Oh...belum pegi dah rasa penat. Jalan teruk huhuhu..harap lepas jalan ni siap dalam masa setahun ni, selesai la masalah jalan kat sana.

DANNNNN...

Aku sangat happy!! tak payah tanya kenapa..I just feel happy. Rasa macam batu besar kat atas bahu ni dah diangkat..dan aku bersyukur Ya Allah..

Memang betul, kalau kita sandarkan bahagia pada manusia, memang kita takkan jumpa bahagia. Tapi kalau kita sandarkan bahagia pada Allah. InsyaAllah kita akan bahagia dan tenang...

Selamat Hari Ibu..aku bangga jadi seorang ibu pada 3 anak yang sangat comel (eh anak aku tentu la comel pada mata aku kan)...Arief buatkan aku air sirap malam tadi sempena Hari Ibu. Ya..cuma air sirap tapi ingatan dia pada ibunya ni yang penting kan...dia cakap "selamat hari ibu..abang sayang ibu, kalau orang buat ibu sedih ke nangis ke ibu bgtau abang, nanti abang marahkan dia" how sweet kan...aku peluk dia lama2..he'll always be my baby..

SELAMAT HARI IBU...

2 comments:

Dinas Aldi said...

Sweetnya Arief cakap camtu!

Comel bebenor si bambam tuh, geram nengoknya. Kalau ada dekat, harus lebam ku cubit2 pipi, nasib baik jauh, kahkah!

Selamat Hari Ibu untuk Angah!

oren said...

sweet :)

tahun nih, takde wish, takde apa2 utk hari ibu..mokcik sedih :((