Friday, July 29, 2011

RAMADHAN

Ramadhan menjelma lagi. Bersyukur dapat ditemukan dengan Ramadan sekali lagi. Harap2 tahun ni puasa tetap penuh. Oh..sejak kawin rasa aku sekali je puasa aku tak penuh. Selebihnya samada tgh mengandung atau tengah menyusukan anak hihi..dah lepas setahun lebih baru cik period datang menjengah.

Puasa tahun ni merupakan tahun kedua dapat sambut di rumah sendiri. Alhamdulillah. Tahun lepas tengah sarat pregnant Riefqi. Tahun ni bam bam tu dah nak berjalan pun.

Aku terkilan la dengan iklan2 sekarang ni. Puasa pen belum dah sebok iklan raya, sale sana sini. Pastu iklan bufet Ramadhan punya la banyak. Macam bulan2 lain tu tak pernah makan ye..Beza sangat dengan Indonesia. Kat sana iklan sotkaba ke, iklan tivi ke, majoritinya mengajak kita beramal ibadah dalam bulan Ramadhan ni.

Aku rasa ramai setuju ngan aku kalau aku cakap masa bulan Ramadhan ni la kita banyak membazir sebenarnya. Jumlah makanan yang masuk ke tong sampah adalah lebih banyak dari yang masuk ke perut kan.

Aku nasihatkan diri aku jangan buat camtu. Aku nasihat diri aku untuk bersederhana. Aku nasihat diri aku untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah beri kat aku. kat negara luar tu orang mati tak makan. Kat Malaysia ni orang mati sebab terlebih makan.

Selamat menyambut Ramadan Kareem. Semoga Ramadhan kali ini membawa perubahan dalam diri kita dengan pertingkatkan amalan2. Supaya kita jadi yang lebih baik insyaAllah.

Mlm tadi ayah mertua aku anjurkan kenduri tahlil. Aku tolong bawak tikar je haha..Lama tak berborak dengan dia. Dia tanya camne hal aku tu..aku cakap tanya la empunya diri yang bawak masalah tu. Dia senyum je.. "nanti ayah tanya..kalau tak setel lagi tau la nasib dia nanti" Aku senyum je la..sebab aku dah pasrah kan..

Tetiba teringat plak Kak Ahan cakap...Angah remember the rule of the bitches DONT GET ANGRY...GET EVEN! haha..u are absolutely correct dear..ofcourse I'll get even..in my own way that is...

Sempat juga aku siapkan tempahan untuk Majlis Perpisahan

Moist Choc cuppies with ganache and fresh strawberries

Monday, July 25, 2011

KUDA HITAM DAN GUNUNG LEDANG

Seminggu tak update blog..gila lama. Minggu lepas aku ke banyak daerah buat siasatan tapak untuk bina baru gerai dan bengkel. Dekat2 4 juta la allocation yang aku kena setel by December. Jika aku terkincit dikejat dateline, bayangkan technician aku nak buat 20 BQ! Jadi aku pun borak2 ngan Boss dan akhirnya..bagi je subwaran pada Pejabat Daerah untuk pelaksanaan. Jadi kerja awalan aku selesai lah. Cuma kena siapkan pembentangan di peringkat Kementerian dan proceed ngan projek. Ada kawasan cadangan tu mcm tak logik je jadi kena la mohon NOC (Notice of Change) alihkan ke tempat lain. Disebabkan pihak Pejabat Daerah pun dah setuju untuk subwaran maka kerja aku cuma buat pemantauan berkala mcm biasa je lah. Alhamdulillah.

Hari Jumaat lepas bertolak ke Gunung Ledang lepas Isyak. Lambat gila sebab menyiapkan dokumen untuk Audit Bekalan Air Luar Bandar. Ada 3 syarikat terlibat. Letih otak plak makngah ye..tapi jangan tak tau sempat aku buat choc chpis muffin 100 biji untuk kenduri cukur rambut tau..ala 2 jam je pun setel. Oven besau kan..2 kali bakar je pun *motif cakap oven besau? hahaha

Choc Chips Muffin. Aku tambah almond sikit.

Sampai Gunung Ledang dekat 2 pagi. Dah sebab berhenti hantar muffin la, makan la, kencing la..tau la bebudak. Aku tidur kat Ledang Resort. Bilik pun so and so jek. Adneen bangun pagi cakap "Ibu..kata nak bawak kakak tidur kat hotel" ye...bebudak tak pandai menipu kan..

Hujung minggu dihabiskan dengan berendam sesuka hati kat air terjun. Eh..tak..air sungai je. Takdenye aku nak ke Air terjun atas2 sana tu. tak terkejar aku bebudak tu weh. Spisis anak itik kan..Abang memang sibuk dengan program Jamboree dia. Jadi ada sikit tak best disitu. Ada macam aku ni janda bawak anak 3 orang main air. Tapi sebelah petang abang ada lah..boleh aku duduk kat tebing lepak2 sambil tengok gelagat budak2 muda buat maksiat. Tetek ngan pepet je tak pegang. Duduk atas batu peluk2, raba2..sejuk la kunun Nak aje aku sound sorang2. 

Arief rilek je..Adneen dah kesejukan. Riefqi tgh tdo
Oh aku pun kena sound ngan sorang makcik ni sebab aku biarkan Riefqi mandi sungai. "ish tak boleh nanti ketegur, kan bayi lagi tu" Aku senyum je lah..patutko laserkan budak2 buat maksiat tu makcik oiii..

Eh..aku kan nak cerita pasal cuti2 aku kan..

Pegi Tangkak. Dah aku ni bukan jenis yang suka berhimpit2 berpeluh ketiak sebab nak cari kain murah. Setakat beza singgit dua tu memang aku tak tengok la..baik beli kat Nagoya dalam Mall..sejuk dan aman kan haha..Untung laki aku tak habis duit di situ ye.. Makan malam yang ntah hapa2..

Hari Ahad pun sambung main air 2 round. Checked out dlm pukul 2.30 pastu balik Kuantan lah. Singgah makan durian kejap. Sedap lagi Durian Hijau Beserah.Sampai rumah dekat nak maghrib.

Itu je la cerita cuti aku. Moral of the story jangan la ikut laki yang tengah bertugas tu. Memang tak rasa macam bercuti pun haha..mcm amah jaga budak je. Takpe la..bukan kena bayar pun stay kat sana kan. lenkali kita pegi cuti bebetul ek..

Oh..aku kan kena buat siasatan tapak kat Pulau Tioman untuk Program Bantuan Rumah dengan Jalan Perhubungan Desa. Pergi hari Khamis, buat kerja hari Jumaat dan sambung bercuti Sabtu dan Ahad. Sure ADUN ngan Tok Empat sudi bawak aku jalan2 kan..*wink*

Oh ada yang nak tengok basikal aku ye..ye lah..aku letak gambar. Dah upgrade sikit lagi. Fork dah tukar SID. Crank dah tukar Brothers. Wheelset ngan hub pun dah tukar Brothers jugak. Seat post dah tukar Thomson. Yang lain tetap pakai XT ngan XTR. I like!!

Ni tajuknya Titus Motolite aka Kuda Hitam

Monday, July 18, 2011

KENYANG PERUT SUKA HATI

Ujung minggu yg sibuk untuk aku. Abang setel trek kat Ledang, aku tinggal ngan anak2 je. 2 hari memang penuh jadual dengan mengemas dan mengemas.

Membasuh, melipat, menyusun baju yang menggunung tinggi tu. Aku sort out baju anak2 jugak. Guess what..3 beg plastik besar baju bebudak tu yg samada dah ketat, dah singkat, dah terlalu lusuh atau yg mereka tak nak pakai aku asingkan. Akan dipilih semula untuk sedekah dan buang.

The whole time Arief lah yang jg adik-adik dia. Untung ibu dpt ank mcm abang. Upahnya air sunquick ais dan sandwich goreng je.

Tapi aku kan ibu mithali. Jadi lepas siap semua dan Riefqi pun tgh lena, aku buat choc and almond cookies. Dapat la 2 balang. Seronok tgk anak2 makan sambil tgk tv.

Sambil tu aku buat roti jugak. Pagi ni anak2 bekal roti dan biskut ke sekolah.

Mlm masak heavy dinner. Encik suami balik kan haha..so aku masak sup daging, ikan sebarau goreng, ayam goreng, sayur campur dan sambal belacan. Licin nasi 3 pot.


Ada pulak ubi kayu mak mertua bg. Dalam pd mkn mlm tu aku rebus ubi tu. Dah empuk, buang air rebusan pastu masukkan gula melaka.

Lepak ngan abang sambil makan ubi sira dengan teh o panas. Bebudak sambung marathon biskut sambil buat workbook memasing.

At 1.00am..semua dah setel, semua dah tidur, aku duduk depan tv tengok channel 703 sambil minum horlicks panas dan makan biskut..my me time...life's a bliss..

Sent from Yahoo! Mail on Android

Thursday, July 14, 2011

RESEPI SUP UNTUK BAYI

"Angah, share resepi sup utk rifqie tu boleh?"

Puan Anonymous tanya aku melalui komen kat entry sebelum ni. Of course boleh. Sharing is caring kan. Lagi ramai tanya lagi luas perkembangan ilmu pasal natural parenting ni. harapnyalebih ramai parents yang akan mula amalkan konsep ni dalam membesarkan anak2 ya. Kalau tanya aku kenapa bersusah payah sangat..jawapan aku memang susah untuk dapatkan yang terbaik kan.

Sebenarnya resepi masakan untuk bayi ni tak jauh beza dengan resepi untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Cuma bezanya ialah kita TAK PERLU letak sebarang perasa samada gula atau garam. Taste buds bayi ni tak tau lagi benda2 camtu. Dan bayi yang menyusu ibu sepenuhnya amat senang nak terima natural solid food.

Aku start buat sup bila umur anak2 dekat2 8 bulan camtu. Masa tu tekstur makanan pun dah kasar sikit dan mereka dah mula makan bite sized food.

Panjang mukadimah ye..teruskan dengan resepi lah. Aku bagi yang sangat basic dan boleh la ubahsuai ikut kreativiti ibu2 ya, ikut taste anak mana dia suka, mana dia tak suka.

Sup Bilis

Bahan- Bahan
  • Sejemput bilis
  • Bilis kisar (yang ni memang aku ada stok, goreng bilis tanpa minyak dan blend)
  • Batang celery / daun sup
  • Air / stok ayam
  • bawang goreng
Cara memasak
  1. Panaskan air / stok ayam
  2. Masukkan bilis dan bilis kisar
  3. Masukkan celery / daun sup
  4. Tunggu hingga celery empuk dan masukkan bawang goreng
Rasa masin adalah daripada bilis dan rasa manis adalah dari celery. Bawang goreng tu savoury. Kalau nak tumis sikit bilis tu pun ok tapi aku tak suka sebab berminyak. Not good for babies.

Ok..dari basic resepi ni, kita boleh ubah suai ikut suka kita lah. Bahan asas semua sama. cara masak pun sama. Most of the time aku letak bilis kisar untuk penambah rasa sebab ayam kan mcm tawar sikit kan..Antara yang aku selalu buat. Sayur2 dibawah ni potong bite size since anak pun dah mula diajar pegang dan suap makanan sendiri (latihan motor)
  • Sup bilis + lobak merah + kentang
  • Sup ayam + kentang
  • Sup sayur (brocoli / kobis bunga)
  • Sup daging + celery + lobak merah (daging tu aku makan)
  • Sup ayam + keledek / labu manis
Most of the time aku dah campur siap2 lobak merah / kentang / keledek / labu dalam bubur nasi. Sagat je dan campur dalam beras masa nak masak. So nasi tu sendiri dah rasa manis kan. Jadi compliment ngan sup2 tu dan sayur2 dalam sup tu boleh jadi finger food untuk anak. Kengkadang aku pun tumpang sekali makan haha..

Disamping tu aku juga bagi anak-anak makan buah fresh. Yang manis-manis lah since yg citrus tak boleh lagi kan. Aku biasa bagi pisang atau betik.

So nampak diet anak kita seimbang kan..dan bukan susah pun penyediaannya. Aku ni working mom jadi semua kena amik jalan pintas.
  1. Masak bubur + apa jenis sayur dalam slow cooker
  2. Rebus sayur mayur bite size . Esoknya tu campak dalam kuah sup. Nak buat sup dalam slow cooker terus pun boleh tapi aku suka buat fresh. 15 menet je pun pepagi.
  3. stok buah-buahan sentiasa ada.
Dengan 2 basic resepi ni (bubur dan sup) menu anak2 seharian akan jadi camni
  1. Sarapan susu ibu je hihi
  2. Kudapan finger food sayur dalam sup tu la..
  3. Susu ibu lagi sebab sedap
  4. Makan Tengahari bubur dan sup
  5. Susu ibu lagi dan lagi
  6. Kudapan buah atau sayur dlm sup
  7. Makan malam (ye ke malam..lewat petang la) bubur dan sup dan buah
  8. Susu ibu jugak lagi..
Ni basic je..nampak mcm takkan banyak ni anak aku nak makan..meletup perut dia. Eh tak de laaaa..bukan sekali makan tu banyak pun. Perut dia bukan besar pun. Anak-anak aku pun masa bagi kudapan tu ada la seketul dua je masuk perut, yang lain atas lantai. Buah pun sepotong je biasanya. yang berpotong2 lain masuk perut ibu haha..Yang utama masih la susu ibu. Makanan sebagai pelengkap. Kita sediakan je untuk dia explore tastebud dia kan..

So Puan Anonymous..selamat mencuba ya..

Wednesday, July 13, 2011

MODU DAN FREE STYLE

"Salam, nk tanye cket, ari tu angah beli breastpump modu kan? then, beli medela FS. kenapa? sy nk tahu sbb sy tgh konpius nk beli modu ke FS? sbb kalu suction die sama, sy nk beli modu sbb murah sket. angah tolong wat pilihan utk saya..timakacih.."

Ini soalan yang aku dapat dalam komen. Aku jawab kat sini lah supaya boleh bg manfaat kepada semua ibu dan bakal ibu yang nak invest membeli breastpump.

Ya, hari tu aku beli MODU lepas bateri FS aku pecah berderai tu lah hehe..reason being murah dan kecil jadi mudah juga untuk bawa travel. Alhamdulillah performance MODU ni ok. Suction level boleh pilih. Memang takde automatic 2 phase suction mcm FS tapi aku set manually. Memula guna level rendah, bila dah rasa letdown reflex tu tukar level tinggi yang sesuai. Aku biasa guna level 5. Jumlah perahan adalah lebih kurang FS juga. Bunyi agak keras berbanding FS. Dan yang aku rasa best sebab didatangkan dengan nasal suction. Pernah guna masa anak aku selsema. And it works. Cumanya MODU ni kan guna elektrik. Ada sedikit keterbatasan disitu sebab masih kena cari soket.

Atas sebab faktor kerja yang berkehendakkan aku travel jauh ke kawasan pedalaman dan masa is an essence for me dan aku jugak rasa agak bersalah bila minta driver aku berenti kat memana yang ada soket letrik untuk pumping session dan most of the time agak susah sebab aku masuk pedalaman, dan kengkadang hampa sebab surau or masjid tu soketnya tak boleh guna. dan most of the time aku kena guna Medela Harmony dalam kereta dan sangat tak selesa..ye la kalau dah 20 minit x 4 sesi kan membuang masa perjalanan kan..

Jadi aku pun ambil keputusan untuk beli FS semula. Atas sebab tuntutan kerja. Bukan sebab performance pump. Kat opis masih guna MODU jugak. Kalau on the go aku guna la FS. jadi sekarang ni aku cuma suruh driver pandang depan dan aku pam kat seat belakang dengan guna nursing cover lah.

So Puan Anonymous..pilihan untuk puan beli samada MODU atau FS sebenarnya berbantung pada corak penggunaan Puan. Kalau saya pekerja pejabat yang tak travel, maka saya akan beli MODU. Performance ok, harga berpatutan dan dengarnya car adapter pun akan dipasarkan tak lama lagi. Cuma MODU ni tak didatangkan dengan keperluan BF yang lain macam cooler bag, ice packs dan sebagainya. Botol pun takde penutup.

Tapi kalau kerja Puan menuntut Puan ke sana sini macam saya, dan masa menjadi keutamaan maka FS adalah penyelesaiannya. Beg tote yang didatangkan sekali tu la handbag saya sekarang hihi.

Harap dapat menjawab soalan ya..

Monday, July 11, 2011

BEKAL

 Yang ditunggu dah tiba. 29 Jun lagi aku dah dapat. memang sangat-sangat lega dapat guna semula Freestyle ni. Eh jangan tak tau ada yang kata aku menunjuk2 beli breastpump mahal ni. Lantak la nak kata apa pun kat aku. Dah lali dah. Duit aku, aku punya suka la. Bak kata Oren, ada je parents yang beli baju branded, stroller branded, mainan branded kat anak2 derang. Ada aku persoalkan? Jadi tolong la hormat pilihan aku ok...
 Yang ni bekal Riefqi pegi Taska. Biasanya camni la, ada bubur karot/kentang/keledek/apa je lah..dengan sup ikan/bilis/ayam (tanpa garam/gula/perasa) juga biskut yang aku isi dalam bekas Thermos nih. Sangat praktikal tau bekas nih. Sampai petang masih hangat lagi makanan dalam tu. Aku beli lama dah, masa Adneen kecik lagi. Tak tau sekarang ni ada ke tak jual.

Ni pulak bekal Arief dengan Adneen pegi sekolah/Tadika. Choc chips muffin saiz besar. Persediaan setengah jam je pun. Sambil dukung Riefqi je aku buat haha..

kengkadang tu aku buat juga pizza untuk bekal. Eh tak susah la..guna roti arab ngan sos spegeti je. Topping tu ikut suka anak2 la..pastu tabur cheese. Mozarella mahal aku bantai cheddar jek. Nak lagi seronok biar bebudak je buat sendiri pastu kita bakarkan je. make it fun..mess tu ofcourse la tapi pikir je la quality time yang kita habiskan dengan mereka kan..gambar takde..nanti la kalau buat lagi aku tepek.

Friday, July 08, 2011

IKUT HATI IKUT RASA IKUT IMAN

Kalau ikut hati yang marah, kalau ikut rasa yang kecewa memang aku dah pegi rumah budak tu, lempang muka dia dua tiga das depan mak dia, depan adik beradik dia.
Tapi aku bukan manusia yang ikut hati dan ikut rasa. Sebab ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Perlu apa aku rendahkan martabat dan maruah aku sebagai seorang wanita, seorang isteri dan seorang ibu. Apa bezanya aku dengan budak tu nanti...
Aku bersandarkan iman kepada Allah. Aku sandarkan bahagia pada Allah sebab itu yang akan kekal selamanya.
Untuk maafkan..ya aku sedia memaafkan sebab manusia penuh khilaf. Untuk melupakan mungkin tidak.
Kalau ditanya apakah aku bahagia? Tentu jawapan aku YA aku bahagia dengan kehidupan aku yang dipenuhi dengan segala nikmat yg diberi Allah.
Kalau ditanya apakah aku tak risau ianya belum berakhir? Jawapan aku TAK..aku tak risau, aku cuma simpati sebab mereka cuma rasa bahagia yang berlandaskan nafsu dan bahagiakah mereka yang menyeliputi diri mereka dengan dosa?
I am content with my life now Alhamdulilah. The rest....I leave it to The Almighty for He knows what is best for me.....

Sent from Yahoo! Mail on Android

Thursday, July 07, 2011

KURSUS

Sedang berkursus. Sedang revise MS Project yg dah lama aku tinggalkan. Karaaattttts


Sent from Yahoo! Mail on Android

Saturday, July 02, 2011

REHAT

Aku kat Klang. Minggu dpn ada kursus. Abang hantar pastu dia pegi recce jalan utk ride dari Fraser ke Cameron Highland.

Lama tak dapat rasa rehat hujung minggu. Rehat dalam erti kata 'my me time' hari ni dpt juga rasa rehat sbb anak2 dengan makcik mereka.

Abang dah kat Cameron. Aku tak nak ikut pun sebab dah masuk tahap boring naik sana. Dah projek bekalan air, elektrik dan rumah yang aku pantau buat aku pegi sana sebulan at least 2 kali.

Cuma minggu depan aku ingat nak pegi Genting Highland bawak anak2.

Puas dpt rehat hari ni..


Sent from Yahoo! Mail on Android