Thursday, July 14, 2011

RESEPI SUP UNTUK BAYI

"Angah, share resepi sup utk rifqie tu boleh?"

Puan Anonymous tanya aku melalui komen kat entry sebelum ni. Of course boleh. Sharing is caring kan. Lagi ramai tanya lagi luas perkembangan ilmu pasal natural parenting ni. harapnyalebih ramai parents yang akan mula amalkan konsep ni dalam membesarkan anak2 ya. Kalau tanya aku kenapa bersusah payah sangat..jawapan aku memang susah untuk dapatkan yang terbaik kan.

Sebenarnya resepi masakan untuk bayi ni tak jauh beza dengan resepi untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Cuma bezanya ialah kita TAK PERLU letak sebarang perasa samada gula atau garam. Taste buds bayi ni tak tau lagi benda2 camtu. Dan bayi yang menyusu ibu sepenuhnya amat senang nak terima natural solid food.

Aku start buat sup bila umur anak2 dekat2 8 bulan camtu. Masa tu tekstur makanan pun dah kasar sikit dan mereka dah mula makan bite sized food.

Panjang mukadimah ye..teruskan dengan resepi lah. Aku bagi yang sangat basic dan boleh la ubahsuai ikut kreativiti ibu2 ya, ikut taste anak mana dia suka, mana dia tak suka.

Sup Bilis

Bahan- Bahan
  • Sejemput bilis
  • Bilis kisar (yang ni memang aku ada stok, goreng bilis tanpa minyak dan blend)
  • Batang celery / daun sup
  • Air / stok ayam
  • bawang goreng
Cara memasak
  1. Panaskan air / stok ayam
  2. Masukkan bilis dan bilis kisar
  3. Masukkan celery / daun sup
  4. Tunggu hingga celery empuk dan masukkan bawang goreng
Rasa masin adalah daripada bilis dan rasa manis adalah dari celery. Bawang goreng tu savoury. Kalau nak tumis sikit bilis tu pun ok tapi aku tak suka sebab berminyak. Not good for babies.

Ok..dari basic resepi ni, kita boleh ubah suai ikut suka kita lah. Bahan asas semua sama. cara masak pun sama. Most of the time aku letak bilis kisar untuk penambah rasa sebab ayam kan mcm tawar sikit kan..Antara yang aku selalu buat. Sayur2 dibawah ni potong bite size since anak pun dah mula diajar pegang dan suap makanan sendiri (latihan motor)
  • Sup bilis + lobak merah + kentang
  • Sup ayam + kentang
  • Sup sayur (brocoli / kobis bunga)
  • Sup daging + celery + lobak merah (daging tu aku makan)
  • Sup ayam + keledek / labu manis
Most of the time aku dah campur siap2 lobak merah / kentang / keledek / labu dalam bubur nasi. Sagat je dan campur dalam beras masa nak masak. So nasi tu sendiri dah rasa manis kan. Jadi compliment ngan sup2 tu dan sayur2 dalam sup tu boleh jadi finger food untuk anak. Kengkadang aku pun tumpang sekali makan haha..

Disamping tu aku juga bagi anak-anak makan buah fresh. Yang manis-manis lah since yg citrus tak boleh lagi kan. Aku biasa bagi pisang atau betik.

So nampak diet anak kita seimbang kan..dan bukan susah pun penyediaannya. Aku ni working mom jadi semua kena amik jalan pintas.
  1. Masak bubur + apa jenis sayur dalam slow cooker
  2. Rebus sayur mayur bite size . Esoknya tu campak dalam kuah sup. Nak buat sup dalam slow cooker terus pun boleh tapi aku suka buat fresh. 15 menet je pun pepagi.
  3. stok buah-buahan sentiasa ada.
Dengan 2 basic resepi ni (bubur dan sup) menu anak2 seharian akan jadi camni
  1. Sarapan susu ibu je hihi
  2. Kudapan finger food sayur dalam sup tu la..
  3. Susu ibu lagi sebab sedap
  4. Makan Tengahari bubur dan sup
  5. Susu ibu lagi dan lagi
  6. Kudapan buah atau sayur dlm sup
  7. Makan malam (ye ke malam..lewat petang la) bubur dan sup dan buah
  8. Susu ibu jugak lagi..
Ni basic je..nampak mcm takkan banyak ni anak aku nak makan..meletup perut dia. Eh tak de laaaa..bukan sekali makan tu banyak pun. Perut dia bukan besar pun. Anak-anak aku pun masa bagi kudapan tu ada la seketul dua je masuk perut, yang lain atas lantai. Buah pun sepotong je biasanya. yang berpotong2 lain masuk perut ibu haha..Yang utama masih la susu ibu. Makanan sebagai pelengkap. Kita sediakan je untuk dia explore tastebud dia kan..

So Puan Anonymous..selamat mencuba ya..

5 comments:

HappyIrfa said...

emm..sup yg bagus dan berkhasiat.
dulu rajin jugak kisar bilis yg goreng tanpa minyak tu..skrg dah besar makan nasi biasa je

Anonymous said...

Amazing things here. I'm very happy to see your post. Thanks so much and I am taking a look ahead to contact you. Will you please drop me a e-mail?

my blog post baseball bat

Anonymous said...

Akkk banyak membantu sy..tq sbb bg idea.

Sheila Mutalib said...

sy pun working mom..so stok ikan bilis pn da ready siap2..lg satu, sy blend beras..mule2 sy sangai kering dulu..pastu blend.. so xde amek ms nk msk..lg satu, x ya ssh nk blend lag pastu...

www.shelovevitamin.com
www.kidslovestyle.blogspot.com
www.shelovestyle.blogspot.com

Syazwani Mohd Noh said...

Thanks bgi idea....boleh cuba untuk baby saya 8bulan +++