Friday, July 29, 2011

RAMADHAN

Ramadhan menjelma lagi. Bersyukur dapat ditemukan dengan Ramadan sekali lagi. Harap2 tahun ni puasa tetap penuh. Oh..sejak kawin rasa aku sekali je puasa aku tak penuh. Selebihnya samada tgh mengandung atau tengah menyusukan anak hihi..dah lepas setahun lebih baru cik period datang menjengah.

Puasa tahun ni merupakan tahun kedua dapat sambut di rumah sendiri. Alhamdulillah. Tahun lepas tengah sarat pregnant Riefqi. Tahun ni bam bam tu dah nak berjalan pun.

Aku terkilan la dengan iklan2 sekarang ni. Puasa pen belum dah sebok iklan raya, sale sana sini. Pastu iklan bufet Ramadhan punya la banyak. Macam bulan2 lain tu tak pernah makan ye..Beza sangat dengan Indonesia. Kat sana iklan sotkaba ke, iklan tivi ke, majoritinya mengajak kita beramal ibadah dalam bulan Ramadhan ni.

Aku rasa ramai setuju ngan aku kalau aku cakap masa bulan Ramadhan ni la kita banyak membazir sebenarnya. Jumlah makanan yang masuk ke tong sampah adalah lebih banyak dari yang masuk ke perut kan.

Aku nasihatkan diri aku jangan buat camtu. Aku nasihat diri aku untuk bersederhana. Aku nasihat diri aku untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah beri kat aku. kat negara luar tu orang mati tak makan. Kat Malaysia ni orang mati sebab terlebih makan.

Selamat menyambut Ramadan Kareem. Semoga Ramadhan kali ini membawa perubahan dalam diri kita dengan pertingkatkan amalan2. Supaya kita jadi yang lebih baik insyaAllah.

Mlm tadi ayah mertua aku anjurkan kenduri tahlil. Aku tolong bawak tikar je haha..Lama tak berborak dengan dia. Dia tanya camne hal aku tu..aku cakap tanya la empunya diri yang bawak masalah tu. Dia senyum je.. "nanti ayah tanya..kalau tak setel lagi tau la nasib dia nanti" Aku senyum je la..sebab aku dah pasrah kan..

Tetiba teringat plak Kak Ahan cakap...Angah remember the rule of the bitches DONT GET ANGRY...GET EVEN! haha..u are absolutely correct dear..ofcourse I'll get even..in my own way that is...

Sempat juga aku siapkan tempahan untuk Majlis Perpisahan

Moist Choc cuppies with ganache and fresh strawberries

10 comments:

HappyIrfa said...

aku pun berazam nak makan ala kadar bulan posa ni .lagipun dah 3 tahun aku 'black list' pasar ramadhan..kat opis ni cafe ada jual juadah lagi hebat dr pasar ramadhan..konfem sedap..membeli belah bawah ekon tak perlu menapak jauh :-)

Arena said...

Aku bulan tak pose yang cam haram sket membeli belah. Disebab aku ni suka pening kepala masa bulan puasa dan Ed tak suma makan luar, juadah berbukalah yang humble sekali. Sebab most of the time;masak. Pastu nak masak berie pon, kol baper sampai rumah kan. Selamat berpuasa Ngah, maaf salah silap. Dalam sebok2 sempat gak baking.Wa respect lu sis!

Dinas Aldi said...

sejak food poisoning makan benda yg dibeli kat bazar ramadhan, hampeh tak pi lagi dah. kalau beli pun, beli kat kedai yg dah memang kenal kebersihannya.

semoga Angah terus tabah :)

irah-aku.ummi said...

Selamat Berpuasa

jojoe said...

aku plak.. bulan lain clear.. bulan pose plak dia pandai cet cet.. sabar jela weiii .. best la ko 1 tahun je tak full?? fuh.. nikmat tu beb

selamat berpuasa angah sekeluarga. kitorg masak simple-simple je.. bazar ramadan mmg x pegi sebab sempat balik masak.. kalo org rushing mebilah pegi jugak tapau apa2 kan..

oren said...

get even tu, maksudnya mcm mana eh??

-dari org yg failed english-

Angah said...

Irfa
Aku pegi param kalau terdesak jek..selagi boleh masak, aku masak

Arena
Slmt puasa Cekna..baking ni therapy untuk aku sebenarnya..

kakDinas
betul kak..banyak lauk recycle. Thanx kak..doa untuk angah ye

Irah
Selamat berpuasa juga.

mamalisa said...

selamat berpuasa buat Angah sekeluarga.

Angah said...

Oren
Maksudnya jangan kalah ngan cabaran tu. jangan kalah dengan manusia yang mencabar tu. Bukan la kena tumbuk ke, kena kurang hajo mcm dia.

Kita kena kuat dan usaha untuk saingi cabaran tu selagi kita mampu.

kalau cabaran tu buat kita sedih, kita cari bahagia dengan cara lain. kalau cabaran tu buat kita marah, tak perlu kita samakan taraf kita dengan dia.

We are strong and beautiful person with lovely kids and wonderful life. Buat apa stuck kan diri kita dalam masalah yang orang lain cipta.

Kita banyak jalan untuk cari redha Allah kan..itu yang paling utama pun. Persetan dengan semua cabaran yang datang.

GET EVEN!! Kalau kita masih boleh bahagia walaupun dilanda cabaran, make do of whatever u have to stay happy with your kidds, with your work, with your sewing.

Believe me dear..kekuatan dan keredhaan tu akan hadir sendiri..cari bahagia pada Allah, cari bahagia pada anak2..itu bekal kita di akhirat nanti. yang lain2 tu boleh tolak ketepi.

*hugs*

Ummi said...

suka dengan statement angah GET EVEN, be strong ye :)

buat apa nak sedih-sedih kan angah, lebih baik bahagiakan diri dengan anak-anak :)