Ya..berhentilah kacau aku. Takde maknanya..kalau dah bertahun2 pun ko masih gagal..agak2 ko akan berjaya tak? *tetiba teringat lagu Jamal Abdillah ngan Malique -aku maafkan kamu, tak perlu kita bertemu cukup kau tahu yang aku maafkan kamu jadi teruskan hidup jangan sebut namaku-*
Ok STOP!
Esok Makcik Oren datang..aku yang eksaited hihi. Last jumpa dia aku rasa tahun 2008 kat hotel Armada.
Minggu depan aku kerja 2 hari je. Aku nak balik JB jenguk emak. Aku tak cerita pun kat sini yang mak aku kena mild stroke. Dah stabil alhamdulillah. Since minggu depan cuti sekolah maka boleh la duduk sana lama sikit. Bawak cucu jumpa nenek bagi dia gembira sikit kan.
Pastu aku kena hadir Bengkel Penilaian Outcome 4 hari dari 19-22hb. Kebetulan pulak kementerian buat kat Cherating jadi tak payah la aku bermalam kat sana. Alhamdulillah. Projek untuk lawatan kerja pun dah decide.
Pastu Jumaat tu terus sambung outstation ke Pulau Tioman. Nak buat pemantauan untuk projek jalan, rumah ngan gerai. Angkut sekali suami ngan anak2 sebab hujung minggu kan. Mixing work with pleasure katanya. dan yang aku boring..mentang2 nak pegi Pulau Tioman wahhhh ramai pulak offer diri nak ikut. Masa aku buat pemantauan kat daerah2 pedalaman tu takde pulak yang bukak mulut nak ikut kaannnn..boleh blah ler.. limited invitation to HQ Officer jer.
Pastu masuk opis semula mesti pengsan tengok kerja bertimbun atas meja kan hahaha
Ok..cerita gembira pulak. Alhamdulillah dengan kenaikan 13% gaji dan RM50 elaun COLA. Rezeki anak2. Boleh la tambah anak ye hihihi...maknanya kena tambah 13% performance kerja juga. banyak jugak naik tu..musti banyak jugak PCB. Tapi akan aku infaqkan sedikit insyaAllah..sebab dalam setiap rezeki kita tu dah tertulis sedikit rezeki untuk orang lain kan. The more u give the more you get..
Dan 29hb ni aku dapat jemputan untuk sesi perkongsian penyusuan ibu bekerjaya kat DBKL. Specifically pengalaman ibu2 yang banyak outstation mcm aku lah. Alhamdulillah semoga perkongsian ni dinilai sebagai dakwah juga kan..sedekah ilmu. kalau dimanfaatkan ilmu tu aku pun dapat share insyaAllah. Boss pun dah beri pelepasan sebab jemputan rasmi melalui ketua jabatan. Kena asah skill public speaking semula. Sebab sekarang ni skill membahan kontraktor je yang aku ada.
Eh dah pukul 5 lebih. nak balik, nak makan sate.
13 comments:
choose to be happy :)
tabiklah ngan ko angah boleh manage family dan kerjaya sekaligus
kim salam kat kak oren yer
Napela dia camtu ek, dh kde org lain ke dia nak jatuh cinta iskisk
kalau otak dah weng camtula...penagih kasih tegar tu hahahaha kesiannnnn
nasibla angah ni power, mmg tabiklah!
kim salam oren yeah...enjoy ur weekend
just be strong....i thing you should must be strong after this...i thing unexpected will be happen...by the way ALLAH will with u...kerana makin kuat kita di uji makin rapat kita dgn NYA.....
Hah, ingatkan nak berhenti blogging, nak pitam dah akak tadi! Nasib baik bukan :)
Mak akak pun pernah kena mild stroke tahun 2003, alhamdulillah dengan kekuatan semangat dia dah sihat & boleh berjalan semula lepas 6 bulan. Akak doakan semoga mak Angah pun akan dikurniakan kesihatan yg baik olehNya, amin.
Irfa
Bukan senang,kengkadang meroyan gak letih tp bila tengok muka anak2...jd lbh kuat.
Lilithfair
Takpe..itu dugaan Allah untuk dia.
Mawar
Hikhik..tak power cuma dah kalih. Yep will definitely enjoy this wiken
Anon
InsyaAllah..come what may and I will walk through it.
Kdinas
Isy..takkan berenti tulis blog. Mak lps ayah takde mcm dah tak kisah kesihatan. Harap kami adik beradik dpt jg dia dgn baik.
Salam,
Angah, x pasti betul ke x, yg k.ina nampak.. tadi kami on the way dr KT nak balik Paka, berhenti breakfast kat chendering, rasa mcm nampak yr hubby kat kedai tu dgn geng2 basikal dia..@ pelanduk 2 serupa...
ina paka
Ina Paka
Tak lah..kami ada kat JB ni bercuti. Pelancuk dua serupa lah tu.
Ina Paka
Tak lah..kami ada kat JB ni bercuti. Pelancuk dua serupa lah tu.
Salam kak,
saya silent reader kat sni..tapi kali ni tergerak nk tanye skit psl BF ni..hm..sy ade baby boy 6 bln..kerje saya byk gak la outstation..terakhir sy outstation sampai 2minggu lebih..sekarang baby dah x nak BF lagi..hmm...susu mcm ade lagi klu kite cuba perah...tapi dah x keras mcm dlu la...hm..akak rase ade harapan lagi ke sy nk BF baby sy?
TQ..
intan
Intan..
Tetap ada harapan untuk susu ada dan baby BF. Cuma bila baby dah 6 bulan ni rasa penuh tu tak la macam maasa baby 2 -3 bulan.
Mungkin baby intan dah nipple confused sebab tu dia taknak direct feeding. Takpe..kena usaha slow2 direct feeding dia. Mcm akak biasanya akan ambil cuti sehari dua untuk bonding ngan baby, nak biasakan dia ngan breast semula.
Selagi ada demand maknanya akan ada supply. Pam kena konsisten atleast 3 jam sekali. Tak perlu tunggu breast bengkak/penuh sebab kita kena bagitau otak yang babay perlu susu.
kalau boleh buat power pumping seminggu 3 kali ke untuk stimulate more milk. jangan stress. rileks. take one step at a time.
So buat masa ni intan kena cuba kenalkan breast semula pada baby. dan bila pergi kerja pam dengan konsisten.
InsyaAllah. Boleh tu..
Kak,
Thanks for the reply. Hm..xtau la mampu ke x kak..xtau mcm mn nk bagi dia 'try' BF lagi..klu kite cube nk bagi..dia ketawa2 pastu dah kalih buat bende lain..sedih awal2 tu..tp skrg..cm dah pasrah...lagi pula parents n parents in-law bising klu tinggal outstation dlu asyik nangis susah nk tido klu x dpt BF..jd diorg dah suruh berenti je..
tq..intan
Post a Comment