Monday, March 26, 2012

SAWANG

Lama gila tak update blog. Kerja aku sangat memakan masa aku. Biasalah bila seorang wanita yang ada keluarga tu bekerja. Penat menang double atau triple lah.. Update pendek2 aci lah ye..

1. Kunjungan Makcik Oren sefamily

Seronok menerima kedatangan tetamu. Oren called kata dah sampai Tol Kuantan. Pi jemput dia dan lepak kat rumah je lah. Selamat datang ke teratak humble ai..

Aku naik atas kejap untuk mandi, sekali aku tengok Arief, Muhammad ngan Naufal tengah solat maghrib berjemaah. Terharu beb!

Masak dinner yang sangat marhaen..sup ayam, sayur tumis ngan ayam goreng je. Sayur fresh dari Cameron Highland hihi. Bebudak main kat hall. Cepat sungguh derang serasi. Kesian aku tengok muka ore yang kepenatan. After dinner aku layan la bebudak tu semua main PS2, tengok kartun sambil aku buat chocolate muffin ngan kek. Dekat2 pukul 12 malam aku hambat semua sekali tidur..Garang makngah haha..

Pagi Sarapan mi bodoh je..patutnya aku ikut sekali ke Kemaman tapi sebab abang dapat jemputan kat Rompin, maka terpaksa lah aku ikut encik suami kan. Bekalkan sikit untuk makan kat perjalanan. Lepas salam2 bagai..makcik Oren pun bertolak..aku pun siap2 lah nak ke kenduri.

Oren ajak bergambar tapi keadaan aku sangatlah sheksi haha..

2. Hilang / kena culik / ikut boipren

Ok ini tak best. kebelakangan ni timbul balik kes budak ilang, kena culik dsb. Dan yang paling bangang rupanya ikut boipren. kamon laaaa umur baru 15 tahun, tetek pun tak abis tumbuh lagi boleh la ada boipren dan ikut jantan tu pulak. Yang jantan tu umur 26 la..30an la..apa ke bodoh ye? Ni kalau adik aku ni memang parah aku kerjakan..seriously! Mak ayah nangis2, risau keselamatan dia, sampai masuk berita bagai. Nyusahkan hampir semua orang. Tetiba sbb tekanan? Ke sebab gatal tak pernah kenal jantan? Haih!

Dan aku turut rasa sedih bila baca akhirnya rangka hangus tu ialah Di*rang. Ya Allah apalah budak sekecil tu tau..apalah salah budak sekecil tu. Dia sebaya Adneen ok! Cuma aku tak berapa nak faham kenapa mudah sangat lepaskan anak keluar rumah seorang diri? Mereka terlalu muda. Ambil la iktibar dari banyak kes yang dah berlaku ni. Jangan lah mudah sangat lepaskan anak walaupun kat area yang kita biasa sebab bahaya tak kenal tempat. Biarlah anak menangis jangan kita yang menangis sebab kehilangan anak. Ya memang ajal dan maut tu ketentuan Allah tapi kita sebagai manusia perlu sedaya boleh mengelakkan perkara2 yang boleh dielak. Sentiasa lah beringat. Selalu ingat kunci grill, kunci gate. Aku ni pun terasa gak mcm mengongkong anak, hatta nak naik beskal kat kawasan taman pun aku temankan. dah nak buat camne..kalau anak aku ilang, orang cuma boleh simpati je..

Selalu gak aku tengok kat padang permainan, mak bapak sibuk baca paper/main tablet dan lepaskan je anak2 main. Banda ni kalau nak berlaku sekelip mata je..

Aku ingat dulu masa Adneen kecik, aku guna gadget ni..apatah nama aku tak ingat..ikat tangan dia dengan tangan aku. Wahhh aku dituduh jaga anak mcm jaga anjing. Takpe la..tuduh la sesuka hati, sekurang2 nya aku berusaha untuk elak anak hilang kat tengah2 orang ramai. Aku pastikan aku letak namecard aku dalam poket seluar Arief. Kot2 la terpisah ke kan..dan sekarang ni dia ada handphone ofcourse dengan limited time usage.

Moh la kita beringat..nak dapat anak bukan senang wei!! Dah dapat tu sila la jaga elok2. Suami ilang boleh kawen lain. Anak ilang mana nak cekau? Kot dapat anak lain pun takkan sama.

3. Sharing moments - Breastfeeding

Ok yang ni cerita happy. Aku dapat jemputan oleh DBKL untuk share kisah aku menyusukan anak. Spesifik menjurus pada cara aku meneruskan breastfeeding dengan kerja aku yang camni. It will be on the 29th ni kat Perpustakaan Kuala Lumpur. Sharing is caring kan.

Pegangan aku mudah..

"JANGAN JADIKAN BREASTFEEDING ALASAN UNTUK TIDAK MENJALANKAN TUGAS YANG DIBERIKAN DAN JANGAN JADIKAN KERJA SEBAGAI ALASAN UNTUK TIDAK BREASTFEEDING"

Aku harap sangat perkongsian ilmu yang sedikit ni akan membawa perubahan pada minda yang bakal mendengar. Oh...khalayak adalah ibu2 muda dan expecting mothers. Kalau ilmu yang aku bakal sampaikan ni diamalkan oleh 1/3 dari mereka pun insyaAllah aku dapat juga pahala selagi ia diamalkan..

Ni kena asah balik skill pensyarah ni...

8 comments:

Jojoe said...

kalo aku pun terharu beb tgk anak2 semayang tanpa disuruh bejemaah lak tu.

point 2. Agree n agree. Kalo dpt anak yg menggelintin cam aku ni.. kdg2 biarlah aku ni nmpk gabra or terpekik2 sket sbb dia tanak pegang tgn. asalkan anak aku selamat. org lain nak pikir apa.. lantak.

point 3. I'm so proud of you.

oren said...

aku mmg tak pedulik jerit nama anak2 kat jln, kat supermarket..lantaklah org nak pandang ke, hapa ke..anak aku kan..mesti la aku yg kena panik lebih kalo hilang dari mata..tapi, mintak msykt jgn hukum lah kes Dirang nih..mmg mak dia salah, tapi itu akan menjadikan kisah ini pengajaran utk semua org agar lebih peka ngan keadaan sekeliling..cukuplah mak dia terima hukuman kehilangan anak dlm keadaan tragis..kita yg masih ada anak2 kecik, mmg kena beringat selalu..malaysia bukan lagi tmpt selamat utk anak2 kecik kita..hakikat pahit yg perlu kita terima..

errkk..depa solat jemaah eh? aku tak perasan..adeehhh...baguslah kalo arief buleh lead, sbb bebudak nih, ngan aku pon depa pndai cakap takmo..ngan arief, depa segan skit..ehehe..

all the best utk bagi talk tu yer..kat national library lagi..ada la kawan2 aku kat situ..tak lama lagi, bleh jadi guest speaker nih Ngah..buleh buat side income gak, mcm kak Zar tuh...

Irfa said...

bab anak2 solat..dulu masa kakak ada.hero solat berimamkan kakak.skarang dia solat ngan aku time aku tak bz.kalau tak solat la sorang2.

bab Dirang tu aku tak mampu nak komen.tgk berita tpt dia di bakar tu pun aku tak sanggup.betul tu kalau jd apa2 org cuma mampu simpati pastu..dtg berita lain,habis takat itu je

anak aku pun gi taman kena monitor

Dinas Aldi said...

Akak ni takda anak sendiri tapi anak sedara bila sesekali babysit bawak ke mana2, tak lepas tangan tu akak pegang. Bila dia main kat playland ka hapa tu, kat situ la jugak akak duduk tunggu dia walau nak termuntah jemu, tak berani nak tinggal pi shopping ka hapa. TAKUT. Sekelip mata ja boleh jadi benda2 buruk kalau tak berjaga2. TAKUT. TAKUT SANGAT.

mamalisa said...

blogger meet blogger yeah :)
panjang x bergossip?hehehe

bab anak ni kalu gi shopping complex aku mmg seriau kalau apak dia duk tenung BB je..pastu mula la aku ni jadi cam siren duk peringat ja..huhuhuhu anak tak boleh dijual beli.

tahniah beb dpt jadi speaker for BF..tahniah dapat maju lagi selangkah ke depan :)

Ummi said...

akak macam oren tak malu kalau jerit nama anak kat khalayak ramai :)

my eldest dah besar dah, lagi risau!

all the best angah, proud of you :)

nonie said...

Wah nak bagi talk ke... Open to public ke talk tu? Kalau free blh je nak pi tgk, bukannya jauh mana library tu dgn my office... Tapi malangnya kena outstation la plak rabu tu... good luck!

Arena said...

Ngah,
Aku kalau keluar ngan anak2 buah aku memang over. Gila ko, anak orang kan jadik pa per camner nak cakap kat mak bapak dia. Kalau mandi kat pool, aku tgk parents lain rilek jek lepas anak2 main. Aku duduk tepi pool hahaha. Risau woo. Kalau pegi mall pon sama. Memang jerit dan berlari sama hahaha.