2 minggu yang sangat memenatkan. macam tak cukup tangan buat semua benda. Tapi tak boleh la aku komplen sebab dah memang kerja aku kan. Hadap je laaaa..
Semalam lawatan Menteri ke Lipis dan Raub. Yup kena la pegi jugak. Sebab tentatifnya sampai 7 petang maka aku siap2 dah hantar qiqi tidur taska. Sebab sampai Kuantan mesti dekat pukul 11 kan. Kesian plak nak amik pastu kang hantar balik pagi2 limun. Lepas program tu aku singgah makan lemang dengan Pengarah JAKOA Pahang. Pastu berhenti kat solat kat Bentong sambil pam 3rd session. Smpai rumah pukul 10.30. So malam tadi berhoray2 je la ngan encik suami..*wink*
Pagi ni masuk opis macam biasa. Ada meeting peringkat negeri. Ding dong je kepala dalam meeting. Pulak tu dalam beberapa hari ni aku memnag rasa tak sedap badan. Macam nak demam pun ada. Penat sangat kot. Dato Pegawai Kemajuan negeri pun tegur muka aku macam nak mati katanya! Penat Dato! Mintak nyawaaaa..
Sebab penat terkejar sana sini, Production susu pun agak merudum. Biasanya sehari dapat 15-18oz..seminggu ni dapat 8-9oz je. Tapi takpe..kena bersyukur, itu rezeki untuk Qiqi. Mujur stok beku ada. Mengorek stok la kerja aku skrg ni. tetap aku pastikan pam ikut jadual. Nanti2 ok balik la. Qiqi pulak masa ni la tetiba macam growth spurt plak..tetiba consume lebih banyak susu banding makan.
Minggu depan pulak hari Selasa kena handle Mesyuarat Agensi bawah Exco kat KL. Lepas tu pulak..tadi dapat sepina saksi untuk kes tanah. Kat Mahkamah Tinggi Shah Alam 7-8hb. Dalam masa yang sama pulak Waran peruntukan pembinaan 24 Gerai dan Bengkel dah turun. Adalah dalam RM 4 juta. Nak kena siasat tapak, release surat kuasa, itu ini bla bla.. Pastu kena setel lantikan pengendali kursus dalam RM 400K. Semua ni kena setel bulan ni jugak. Oh disamping kerja2 pemantauan berkala biasa yang aku buat dan jugak mesyuarat2 biasa yang kena hadir
Oh..dan pulak Menteri akan turun ke Lipis 14hb ni.
Despite all these craziness aku masih bersyukur sebab aku ada kerja!Walaupun kadang2 aku rasa nak menangis huhuhu..
Bila balik rumah jadi isteri dan ibu pulak ya..doublekan kepenatan disitu! Kena bersyukur sebab aku ada suami dan anak.
Walaupun penat, walaupun stress kena tetap positifkan fikiran. Apa yang aku buat ini adalah ibadah. Biar hati jadi tenang. Biar boleh teruskan kerja yang agak gila ni dengan fikiran yang waras. Sebab kalau aku pun tak berapa nak waras..waduhhhh kesian staff aku nanti kan.
DAN YANG SEBENARNYA!!!!!!!!
DISEBABKAB SEPINA HADIR MAHKAMAH ITU AKU TERPAKSA KENSEL PLAN HANIMUN! CUTI DAH APPROVED HOKAY!
Takpelah..abis kes nnt, amik cuti 9hb tu..pegi la memana kejap bawak anak2. Aquaria KLCC ke, Pusat Sains Negara ke, Genting Highland ke..
p/s : Nonie..terima kasih atas komen yang super best tu! sangat2 melegakan. Ya..angah akan anggap ia seperti kutu pada rambut. Yang meninggalkan telur, melekat macam gam, yang sangat susah untuk dibuang. Terpaksa guna syampu busuk, ubat kutu busuk, sampai sakit2 kepala kena sikat kutu. tapi sebab sayangkan rambut, hadap je la cara bunuh kutu yang busuk tu. Betul kata Nonie..kutu ni lepas hilang dia akan datang lagi..dan sebab kita sayang rambut maka kena la cuba juga buang kutu tu semua.
8 comments:
kan? sangat secocok persamaan kutu tu. genius.
Angah... Tumpang happy bila angah dah rasa lega sket di situ... Walaupun ada stress kerja (wow baca pun penat) tapi btulla... Kita kena sentiasa bersyukur... & pasal mak2 anon tu... Abaikan jerla... Whoever they are... Kasihanilah mereka sbg org2 yg x cukup kain sibuk nak menyelak tepi kain org... Tempted kan nak berbalas2 pantun dgn derang, tapi... Come on, we have better things to do in life, lagi2 life angah yg super busy tu... & berburuk-sangka tu amat memenatkan, btul tak? Jadi biar... Serahkan pada Allah... Kalau Dia nak tunjuk, Dia akan tunjuk tanpa perlu kita nak cari2 @ org lain sibuk nak suluh2 & kalau Dia tak nak tunjuk, kita cuba korek camna pun, belum tentu kita akan jumpa... Lagi2 benda2 yg tak best camni & ntahkan ye, ntahkan tidak... So, be it... Happy2 jea dgn life yg kita lalui sekarang... Everything seems to be ok kan... Syukur alhamdulillah :)
Eh btw, lupa nak kata... I'm writing this comment sambil stop kejap kat R&R MEX & pumping... Dulu tak peduli pun nak buat camni... Huhu guess who motivate me? Tq angah :).
Maakkk, baca pon dah penat. Moga Allah beri tenaga, kesabaran ketabahan berganda pada ko Ngah. Yes, sibuk macamana pon, at least kita kerja. Dan bila kita sibuk giler, maknanya kita buat kerja yang sangat penting dan significant. So chin up. Hang in there sis.
Pure genius!
Thanx dear..very tempted indeed. Betul juga..semua atas izin Allah. Biasalah..once in a while hati terusik...but I can always count on you guys for support..
Sharing is caring! Moms milk is greatest gift for our children kan...chaiyok!
Sometimes rasa nak hang myself up je huhu..like that "bila sibuk gila maknanya kita buat kerja yg penting n significant" agak2 letih sgt sok aku cuba2 la conceive hahaha
Post a Comment