Thursday, June 07, 2012

NURSING IN PUBLIC (NIP)

Menyusukan anak adalah tanggungjawab ibu yang tak mengira masa dan tempat. Breastaurant adalah dibuka 24 jam. Allah ciptakan buah dada untuk memberi makanan pada anak. Bukan untuk perhiasan dan ditenung oleh mata2 yang tidak berhak.

Satu dilema pada ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu untuk memberi anak makan (ofcourse dengan buah dada) di tempat awam. Banyak mata2 yang memandang dengan pelik. Aku sendiri pun tak terkecuali. Tapi ada aku kesah! Anak aku lapar. Budak kecik tau ke kalau disuruh tunggu kejap?

Ada beberapa postings kat FB, dan beberapa blog entries pasal isu ini. Ada yang rasa tak selesa bila terpaksa berhadapan dengan situasi dimana ibu tengah menyusukan anak. Yang lelaki pandang dengan imaginasi yang macam-macam, yang perempuan pandang dengan "yek eleh..mcm takde tempat lain nak susukan anak" Eh..ibu tu susukan anak ngan breast kau ke? pandanglah tempat lain..Simple. Yang korang plak rasa tak selesa apsal?

Yang aku nak ketengahkan ialah mentaliti masyarakat kita pasal isu ni. Kita terlalu memandang negatif sesuatu yang sangat positif. Ibu menjalankan tanggungjawab tak kira masa dan tempat, dengan aurat yang tertutup. Kenapa dipandang serong? Bukankah ibu kita juga pernah menyusukan kita suatu waktu dahulu?.

Sesuatu yang negatif pula selalu dipandang sebagai biasa. Anak2 dara berpakaian seksi, nak tersembul breast tu keluar, nampak lurah dendam segala, berkepit pula dengan boipren..tak pula dipandang serong. Kenapa?

Untuk mendapatkan keyakinan menyusukan anak ditempat awam ni amat susah ok. Tak semua ibu mampu melakukannya. Ramai ibu yang terhalang dek suami tak mengizinkan (takpe itu hak suami untuk melindungi aurat isterinya), juga ramai yang tak yakin. jadi terpaksa cari nursing room (kalau ada..itu pun kadang2 dipenuhi bapak bapak orang yang menunggu isteri beri botol susu pada anak..kamon lah!!), cari surau, kat tepi tangga, kat restaurant yang agak tersorok dsb. Sebab nak elak pandangan orang. Aduhai..sampai begitu sekali..

Tapi para suami pun sebenarnya boleh beri kerjasama dengan sokong isteri, cover sikit masa isteri nak bagi susu kat anak. Cukup bagus isteri tu nak susukan anak dengan susu sendiri. Dah la free, korang tak payah bangun malam membancuh susu, tak payah keluar duit beli susu, support isteri nak menyusukan anak pun susah? Bukan sikit yang marah isteri bila anak nangis nak susu..haih..

Bila timbul pula komen2 dalam FB oleh kata-kata nakal yang berimaginasi macam2..lagi la susah nak praktikkan NIP ni. Betul juga sebab rata2 yang bagi komen2 camni ialah mereka yang takde pengalaman. tetapi itu jugak tak menghalalkan perlakuan jelik tu ya adik2.

Untuk ibu2 menyusukan yang tengah cuba nak prektik NIP ni..teruskanlah..bukan salah pun. Anggap je la mata2 yang memandang serong, yang rasa tak selesa tu macam kentut. bau busuk kejap je. Sekarang ni dah banyak rekaan baju menyusu yang menutup aurat, tak payah menyelak pun. Dah banyak gadget mcm sling, mobby wrap, nursing cover dan poncho untuk kita tutup mana yang patut. pakai towel kecik pun boleh.

Aku sekarang ni NIP openly. Asal cover dengan baik sudah. Korang nak pandang sampai terkehel leher pun silakan, nak duduk sebelah aku tanya ke kutuk ke sinis ke silakan jugak. Aku tak kesah. Aku cuma jalankan tanggungjawab aku sebagai ibu. yang penting suami aku izinkan, aku jaga aurat dan anak aku kenyang.

Tak malu ke? Apa aku nak malukan..bukan aku yang tayang betik ranum sana sini semua orang nampak. Patutnya yang tayang betik ranum tu yang malu. Patutnya yang bayangkan macam2 tu yang malu. Aku dapat pahala nyusukan anak, korang dapat apa?



16 comments:

Amyz! said...

aku mmg selamba nak nursing kat mana2. pakai baju nursing. kalau tak pakai baju nursing, inner nursing. sebab kalo baju biasa tu kena tarik ke atas sikit. nanti nampak badan pulak.

pernah nursing kat restoran masa tgh makan. kerusi2 kat tepi kedai dalam mall. kat nursing room tu biasa la. kat surau. dalam kereta, selalu sangat. hahaha.

mmg ramai orang pandang. pandang serong pun. aku pandang balik dengan pandangan "apa hal ko pandang2?" hahaha. tau pulak pandang tempat lain..

nonie said...

Sama... Selamba... Kalau org pandang2 kita pandang jer dia balik... Bukannya kita buat free show... Lagipun pakai tudungkan... Kalau takde nursing cover pun, tutup je ngan tudung. Saje je derang tu...

::puan ungu:: said...

bestnyer if ada keberanian cam tu...Saya still segan nak NIP..pernah try sekali NIP kat fast food pastu orang keliling usha semacam terus segan...selalu akan cari nursing room or bf siap2 dalam kete or siap2 simpan dalam botol...

~adeQ~ said...

Like!

Irfa said...

aku ada baca kat blog papa baru dapat baby tu..pasal ni.emm tahlah,bila ada anak kecik yg bf,aku kdg2 tak sedar dan tak malu pun nak selak baju.ofkos la tutup..sbb yg aku pk ialah anak aku lapar

LiLithFaiR said...

tulah dilemma aku angah, sbb tu aku consider breast pump walaupon nak ikut x perlu sgt breast pump ni sbb time keje aku flexible. Malu kalo org tgk tgh BF in public. it takes courage i guess uhhuhuuh

Anonymous said...

aku penah bagi susu kat dlm KFC, last week kat dalam kedai kasut...siap mintak tlg on kipas lagik..hahahaa..anak aku dpt susu yg "panas2" lagi...terbaek dari ladang! errr..dari ibu dia lah i mean... :)

kemaman mari..!

CatlinaFly said...

well said kak angah!! betullah nak kiamat dah dunia ni..yg halal diharamkan, dipandang jelik...yang sah2 haram tunjuk lurah dendam, buah betik ranum, dikira halal or 'biasa"...mengong!

Anonymous said...

well said angah! aku sama mcm irfa ni. kdg2 sedar x sedar kita selak je dgn aurat tertutup of coz. mcm tindakan refleks bila anak nk susu. x pedulik dan lantak la. in fact, i feel proud sbb dpt menyusukan, ko dpat? hik hik hik. maybe 1st time aku bf utk anak kedua, so aku pulun je kot? lepas geram x dpt buat utk anak pertama dulu? ntah la. klu kt public ni, ntah la, semua tempat penah je kot - restoran, bench2 dlm mall, taman, lobi, sambil shopping, sambil jalan, in fact, sambil check in pun ada!! ;) in fact, aku x suka bf dlm nursing room sbb rasa terkuap, ramai. xde timbul hal malu, sbb aku rasa breast aku sdg melaksanakan tugas hakiki/sebenar kewujudannya berbanding yg nk show off saja. hahah.

-mimi-

Anonymous said...

aku sebagai ibu yg bf anak2 dia, rasa semoleknya ada nursing cover or poncho.. lebih manis... npk ibu itu punya persedian nak susukan baby dia secara proper munutup aurat. saya suka lihat ibu2 NIP, to hell dgn org yg pandang serong. obviously something is wrong with thier brain somewhere. masa kecik mungkin mereka minum susu formula sebab tu tak faham.

apa pun pointnya... bila ckp pasal nurning in NIP dan menutup aurat... aurat bkn kat breast saje kan.... hatta lengan sejengkal atas dari pergelangan tangan pun aurat.. jadi kalau nak concern pasal aurat concern semua aspek aurat yg boleh dikatakan menutup aurat tu. bukan kat brest or dada saja.. kalau lengan terbukak, rambut tak tutup a woman still tak tutup aurat, just tutup anggota badan yg sensitif dan dilabel sebagai sex symbols je..
setuju?

Anonymous said...

pround of this NIP . teringat masa susukan baby kat burger king di Sunway Pyramid. masa tu baby dah melalak. i terus angkat baju nak susukan baby. my other kids semua kat kaunter beli mkanan. i prasan ada couple dok usha. bila my kids dtg ke meja tanpa disangka my Sofea (no.3) sound that couple. "ni apa dok tengok2 umi bagi susu kat baby? tak malu ke?" i tergamam beb.. terus couple tu blah.

Hunny Kitty said...

saya sokong NIP!!! =)

Kak NiHa said...

I like, well said
Hal ni berlaku sebab NIP atau menyusukan anak dgn susu ibu masih belum jadi budaya. Yang pakai seksi2 tu dah biasa orang tengok so dah tak heran.

Cara nak menyusu dgn tertutup terpulang kpd ibu2, tak semestinya anak kita ok bila pakai nursing cover, semua baby lain pun ok. Ada yg tak suka diselimut macam tu so optionnya nursing wear atau tudung.

Sokong ibu2 BF NIP.Bila semua NIP benda tu dah jadi biasa. Ofcourse kalau Muslim aurat perlu dijaga

Unknown said...

Ngah,I'm so lucky as my hubby support nursing in public..terharu ok..walaupun dia hnya sekadar berdiri,tpi sudah memadai utk cover ape yg perlu..first rule(for me)utk nip ialah attire..wear right attire,that's it..ditambah poncho@ape2 je,even tudung pun dh blh..yg penting,cri keyakinan n ilmu utk nip..I'allah,semuanya akn mudh..aini

Nurul said...

I NIP for my 3 kids. I really enjoy doing it everywhere, masa tgh berjalan di mall, masa tgh pilih baju, beli-belah kat hypermarket, semua boleh. kdg2 org tak sedar pun ada baby dlm baju / bawah tudung tu. Yg beriya2 bertutup dgn kain selimut segala tu, baru la org tergerak nak tenung lama2 like "apa benda gerak2 bawah tu?" or "kalau bawah tu baby, selesa ke dia?" gitu... buat tak tahu saja. sebenarnya mrk pun impressed sbb ada ibu2 yg berani NIP.

Rasanya ibu2 yg amalkan NIP ni tak perlulah selalu diingatkan utk jaga aurat la, jaga tak kasi nampak itu ini. Kami reti segan. Kami bukannya suka nak dedah2 sana sini mcm sesetengah artis. Kalau ibu2 ni tak rasional, mrk tak komited nak EBF anak2 nih.. ibu2 ni semua rasional.

Anonymous said...

kdg2 tu ada je mata2 nakal laki yg nk usha aset..hurmm. jaga2 klu bf kt umah sedara mara. cover2 skit klu ada org laki. pndang mcm nk mkn tetek je..huhu