Tuesday, June 26, 2012

RAMBUT BARU

Qiqi berwajah baru. Makin hensem anak aku.

Semasa kejadian, memula ok..lepas tu ada sikit drama
Kannn hensem kannn..upah pisang.
Pada saat aku menulis ni Qiqi ada kat Klang. Adik aku nak jaga. Kan plannya tidur taska sebab aku pi meeting. Pastu sambung pegi court case kan..tetiba adik aku emo hahaha..kesian kat anak sedara. Jadi makcik ni ponteng kelas sebab nak jaga anak sedara. Asalkan aku tulis surat bagi cikgu dia. Exam pun dah lepas, nak nunggu exam MUET je sblm STPM ujung tahun. So aku bagi can lah..Makanya ahad lepas aku bawak Qiqi sekali. Isnin lepas meeting aku balik Kuantan sbb ari ni kena setel few contracts payments. Petang ni bertolak ke klang semula.

Budak motok hensem ni dah 20 bulan. Lagi 4 bulan je untuk aku lunaskan tanggungjawab menyusukan dia. Lepas tu boleh stop pumping slow-slow.

Alhamdulillah. Aku dah happy balik. Apa ke benda macam yoyo kejap sedih kejap marah kejap happy. Dah aku kan manusia ye tak? Mana pernah surut dari semua emosi ni kan..layan je la...bak kata quotes ni :-

Never apologise for being sensitive or emotional
Let this be a sign that you've got a big heart
Aren't afraid to let others see
Showing your emotions is a sign of strength..

Juga sangat terkesan dengan quotes yang ini..yang seharusnya jadi peringatan kepada insan2 yang selalu melukakan hati insan lain..

"Orang yang menyanyangi mu akan memberi mu peluang dan peluang lagi, yang kedua, ketiga dan seterusnya, jangan kau sia-siakan peluang yang diberi mereka kerana mungkin tiba masanya mereka akan berputus asa denganmu, terluka dan meninggalkan kamu buat selamanya"

Jadi..bersyukur dan hargailah amaran peluang yang telah diberikan. Bila dah kena saman tinggal nanti sendiri gigit jari..menyesal pun takde guna.

On the happy side lah... Renovation on the way. Harap boleh siap sebelum raya. Boleh makngah beraya dengan dapur baru hikhik..Tak sabar ok!

Jumaat ni balik Kuantan dengan adik aku sekali. Malam tu adik ipar plak nikah. Sabtu umah pempuan dan ahad belah kami. Aku dah macam tetamu lah plak..tapi dah cakap ngan ummi, ngan adik beradik abang yang aku kena hadir mahkamah. Tak boleh elak.

Oh..tadi pi bank amik geran kereta Fiat Marea aku. Dah habis bayar tahun 2010 baru terhegeh2 nak amik geran. Bangga plak pegang geran asal kereta tu..harta yang dah sah aku punya. Rasa nak framekan je kahkahkah..Tapi napsu kannn...tahun 2011 beli plak kereta lain, menambah hutang! Takpelah..ada keperluan, bukan suka suki.

Ok..keter dah siap cuci dah..dah takde kesan2 kotor yang mencemarkan kereta aku. Boleh drive dengan tenang. Tak suka tau..orang kotorkan kereta kita dengan buang2 sampah sarap dia..buang la dalam kereta sendiri kan..

7 comments:

Ummi said...

glad to hear that angah :)


letak clorox sekali masa cuci :)

Irfa said...

seronoknya ada harta atas nama sendiri :)

semoga semua yg dirancang dipermudahkan..amin

Dinas Aldi said...

Qiqi hensem! Pipi tuh, pipi! Rasa nak cium2 pipi tuh!

Lega bila dah selesai bayaq hutang kan, alhamdulillah.

Suka la quotes tu. Jangan mintak maaf bila emo eh? Ok, akak takkan mintak maaf. Ku emo ja bila nak emo, heheh. Betoi tu, dah nama pun manusia biasa.

LiLithFaiR said...

Good to hear everything ok angah. Harap ko berbahagialah tanpa gangguan huhuhu

nonie said...

Saya suka! Saya suka! (Bak kata amoi dlm cita upin ipin). Like the quotes too... Ok lenkali xyah mintak maaf huhuhu... Tapi sapa buat salah kenala mintak maaf yea dak selagi belum dpt reply 'tiada maaf bagi mu' huhuhu...

mamalisa said...

hidup Angah!

Arena said...

Bebudak kecik kalau potong rambut camtu ek, apak diorang kena riba gitu? Go angah..