Friday, February 01, 2013

HYDERABAD INDIA PART 3 - TEMPAT MENARIK

Kalau pergi ke Hyderabad, ada 3 tempat yang wajib dilawati iaitu

1. GOLCONDA FORD

Aku pegi waktu malam. Sangat hampeh sebab tak dapat nak amik gambar. Struktur Kota yang sangat majestic. Kesan peninggalan pemerintahan Islam. Sangat frust sebab tak dapat repeat pegi tempat ni. Ye lah..tinggalan kota kat tempat kita apa lah sangat kan..



"Ihsan Google"
Masa aku pegi waktu malam tu ada pertujukan light and sound kat area dalam gambar atas ni pasal sejarah kegemilangan pemerintahan Islam. So and so je lah tak dapat nak hayati sebab banyak nyamuk.

 
2. MECCA MASJID
Subhanallah sampai jugak aku kat Masjid ni. Sangat Ohsem! Tapi sayang perempuan tak dibenarkan masuk ke dalam ruang masjid. Jadi cuma tengok dari luar saja. Sempat solat Tahiyatul Masjid kat birai tepi tu je..memula kami dibawak pegi muzium..like apakah! Insist nak pegi sini. Tapi sangat sayang sebab tandas amat kotor.


Dengan Raha another partcipant from Msia. satu Ministry. Macam panas terik kan, cuaca sejuk.

Makam para Sultan terdahulu
Yang macam sarang tu ialah Chandelier..cuma dibuka semasa bulan Ramadhan.

Ramai yang datang, agak kotor dengan taik burung. Masuk ni kena lalu metal scanner.

Majestic!


3. CHARMINAR
Bangunan ni terletak dekat dengan Mecca Masjid. maksud Charminar ialah 4 Menara. Aku rasa menara ni pernah featured dalam filem apa tak ingat. Jadi macam monument yang utama di sini. Aku tak berpeluang naik atas menara ni sebab masa singkat sangat. Infact kalau beli fridge magnet (yang hanya ada di duty free shop kat Rajiv Ganghi Airport) monument ni la yang diabadikan.


Muka kena ada sebagai bukti hihi.. sayang tak dapat naik atas.

Aku amik gambar ni dari tempat aku solat.


Charminar dari dalam Mecca Masjid. Kambing pun ada!

Actually mula2 tu kami dibawa ke Muzium Hyderabad tapi semua pun tak nak masuk sebab apa la yang nak ditengok dalam muzium. kat Msia pun aku tak masuk muzium okay! So amik gambar kat luar jek la buat syarat haha..Other participants mcm blur2 je. kami participants Msia ni tak...sebelum sampai dah tau mana nak pegi. The power of Google.

Bersama 2 peserta dari Indonesia. Biasanya berempat ni le kemana2 pun.

Amik gambar je udah di pintu masuk.

Bersama peserta Indonesia dan Filipina.
Ok.. Hyderabad ni pun terkenal dengan mutiara. Beriya2 suruh kami beli mutiara. Sori tak minat sebab kat Msia pun banyakkkkkk... Kat sini hati-hati sikit sebab mcm pasti akan dibawa ke kedai mutiara. Cuma kat sini ada kedai yang dipanggil Government Approved Shop dimana harga adalah murah. Geng2 Vietnam dan Laos memang beli bersungguh2.

Ini antara Government Approved Shop


Ramai peniaga tepi jalan jual gelang2 ni..
Ok nanti sambung lagi ye.. nak cerita pasal shopping pulak..

2 comments:

Irfa said...

oh..tak beli gelang?boleh pakai raya nanti ;)

Dinas Aldi said...

Bestlah! Cantik2 bangunan di sana :)