Semalam Adneen Humaira dah berusia 6 tahun. Tahun depan dah masuk sekolah. Dah besar anak dara ibu ni.. Adneen reminds me of well.. ME! Aku tengok banyak perangai aku ada kat dia. Paling nyata ialah lantang. She knows what she wants and how to get it. But she has this soft spot in her heart. My angel! Not as protective as Arief but she does know how to make me smile with her antiques.. Masa pregnant Adneen aku naik pangkat. Betul kan.. Anak pembawa rezeki. Anak yang sangat kuat sejak dalam kandungan. 5 bulan ibu jatuh tangga, 7 bulan ibu kemalangan. Adneen kuat! Anak dara ni dah cenderung ke dapur. Suka tolong ibu sukat bahan, suka tolong ibu potong sayur, suka juga teman ibu sambil buat homework. Tapi dia tak suka disuruh. Kalau dia rasa nak buat dia akan buat. Kalau dia taknak memang dibiarkannya.. Dengan adik Qiqi..sejak kecil Adneen mmg tak hirau sangat dengan adik dia. Tapi dia sayang. Senyap je bila adik buat. Kadang-kadang datang angin baik dia ajak adik melukis, ajak adik tengok tv. Not as protective as Arief. Anak kedua kot eh..But then Qiqi suka carik kakak for comfort. Kakak.. Ibu bersyukur Allah anugerahkan kakak pada ibu. Ibu doakan kakak terus membesar dengan sihat dan jadi anak yang solehah..boleh doakan kesejahteraan ibu dan ayah bila kami dah tiada nanti. Itu je ibu harap.. Ibu sayang kakak... Sent from Yahoo! Mail on Android |
Monday, April 29, 2013
ADNEEN HUMAIRA IS 6
Wednesday, April 24, 2013
SHARING IS CARING.. IS IT TRUE?
Biasa kan kita dengar phrase Sharing is caring. Betul memang berkongsi tu bagus, lagi2 kalau berkaitan perkara-perkara baik yang boelh beri manfaat pada orang lain. Tetapi..dalam berkongsi maklumat mesti ada adab, mesti ada tatasusila dan perkongsian dibuat dengan sumber sahih. Dan berikan lah kredit pada pemunya ilmu jika ada.
Kebelakangan ni kat FB ramai sungguh yang share itu ini, kadang-kadang memang benda baik macam fadilat sunat terawih ikut malam Ramadhan. Ramai pada kita tak tahu sebenarnya fadilat solat sunat tu hanyalah rekaan dan bukan asalnya dari Hadis Nabi. Lagi satu contoh ialah pemakanan RasulAllah. Itu pun rekaan ntah siapa. Tiada satu pun hadis waima hadis Dhaif yang pernah bercakap pasal hal ini.
Jadi hati-hati dengan apa yang kita share sebab kalau orang beramal dengan perkara yang salah atas sebab kita share.. camne tu? Caring kah?
Hal kedua ialah berkaitan Copyright Infringement. Tak paham? Sila google. Ok.. bila kita share sesuatu maklumat, kita MESTI acknowledge pemilik asal maklumat. MESTI! Tak kisah la samada maklumat tu dari jurnal ke, dari mana-mana artikel ke, dari gambar ke.. asalkan ianya tertakluk pada copyright kita mesti acknowledge. Takkan tak ingat zaman-zaman kita buat assignment dan thesis dulu kan.. kan wajib kita quote source dalam foot notes atau end notes.
Kenapa?
Sebab itu harta intelek. Harta orang lain. Bukan harta kita. Kalau ambil saja-saja kan dah mencuri namanya tu.
'Alaaaa bukan dia tau..lagipun aku share utk manfaat orang lain jugak'
Dia tak tau..tapi Allah tau kan.. niat tidak pernah menghalalkan cara. TIDAK PERNAH!
Kalaulah jadi kat kita, gambar-gambar kita, hasil nukilan kita, entry kita, disalin dan dikongsi tanpa kebenaran kita pun marah kan, pulak tu oleh puak2 yang berniaga untuk lariskan jualan. Mereka dapat untung kita dapat apa?
Jadi jangan buat pada orang benda yang kita tak suka orang buat pada kita ye..oh dan kalau puak2 tu dapat email saying dari aku, anda semua takde hak untuk sentap sebab anda yang salah. Kalau dah salah lebih baik mengaku dari buat alasan yang jelas menunjukkan kebodohan. Simpan sikit bodoh tu jangan tunjuk banyak sangat.
*entry ini adalah entry pissef off. Sekian.
Wednesday, April 17, 2013
MASAK DAN WAJAH
Wah lama tak update. Sibuk? Rutin? Boring? Semua sekali ahaha..
Nak bercerita pasal kulit. Tahun ni umur aku dah 36 (yer mak kertu) Jadi dah ada rasa2 mcm kulit tak elastic mcm dulu, laughing line dah makin ketara, jeragat makin gelap. Dan makin kering. The usual stories lah. Oh ye gemok jugak.
So lepas baca beberapa review pasal Ephyra, aku pun cuba lah. Sedap juga ephyra ni, mcm rasa air oren Tang bak kata Cekna Arena. Minum waktu pagi sebelum sarapan. Lepas seminggu aku dah rasa kulit makin lembap dan supple. Abang ngan anak2 pun perasan kulit lembut. I like! Aku dah masuk bulan kedua guna. Nampak la jeragat pudar sikit. Dan lepas cuci muka tak rasa ketat. Takde la kulit mulus mcm telur kupas kulit tu, cuma aku rasa kualiti kulit aku makin elok lah banding sblm ni.
Satu lagi aku perasan rambut dah kurang gugur dari sebelum ni. Which I like sebab lepas bersalin qiqi sampai la sekarang rambut gugur tu amat menakutkan. Lama2 boleh botak aku!
Satu lagi aku perasan rambut dah kurang gugur dari sebelum ni. Which I like sebab lepas bersalin qiqi sampai la sekarang rambut gugur tu amat menakutkan. Lama2 boleh botak aku!
Ini gambar bulan 1, aku pakai total effect dan compact powder.
Ini gambar bulan lepas, muka togel tak pakai apa2
Ini gambar minggu lepas, pakai total effects dan compact powder.
Mungkin pengcahayaan mas aaku amik gambar ni main peranan jugak kot aku tak tau lah.. Cuma yang aku perasan bila pakai pelembab dan bedak lebih sekata. Lebih lembap tapi tak oily. Paham tak? Radiance la senang cakap. So motto aku sekarang, biar gemuk jangan huduh haha..
Ok cerita pasal masak pulak lah ye..
Aku buat cupcakes semalam utk member. Assorted RVC (creamcheese ) ngan Choc Moist (whipped choc ganache)
Saja buat frosting tu dual tone. Borong asik putih jek. Whipped ganache guna dark choc. Aku makan pun rasa sedap ehehe..
Ingat tak aku cerita Mak Mertua kesayangan aku tanam banyak pokok pisang kat rumah. Alhamdulillah dah ada hasil.
Ini namanya pisang toman. Kecik sikit dari pisang tanduk. Depan tu pokok manga epal.
Pisang nangka belakang dapur. Abang tebang kelmarin. Malam tadi aku dah goring pakai tepung magik. Sedap. Nimatnya makan sebab dari tanaman sendiri.
Aku tanam pokok ceri, longan, mangga epal, mangga biasa, cempedak, jambu batu, pulasan pun ada. Esok2 dah berbuah best je kan..
Ok dah.. tu je.
Monday, April 01, 2013
KEK LAGI?
Sila muntah ijau haha..
Ini kek terbaru yang aku cuba buat. Lebih kurang sama je mcm chocolate moist yang letak creamcheese frosting yang aku selalu buat. Tapi sebab ada few twist here and there dalam bahan kek dan topping tu maka aku cuba buat lah. Alhamdulillah sedap. Sebab kek tu ada rasa kopi dan creamcheese tu ada rasa oren.
Cuma leceh nak buat sebab kena masuk peti sejuk few times utk pastikan creamcheese tu keras sebelum letak ganache. Lain kali aku rasa better letak gelatin sikit bagi firm. Dan akan lebih sedap kalau kek tu letak expresso/cappucino pastu tambah orange zest kat topping cheese.
Walaupun nak makan sendiri buat la cantik sikit dengan lebihan cheese dan coklat tu. bagi anak2 excited. Buat deco mudah je pun pakai melted chocolate.
Tak sabar nak potong sebenarnya nak tengok layer jadi tak. Sebab konsistensi ganache akan tentukan berapa tebal lapisan coklat atas tu. Ok puas hati dengan ketebalannya. Satu tip untuk potong kek yang ada layer2 camni ialah dengan gunakan pisau panas. Rendam dalam air panas kejap supaya bila potong layer tu tak tercampur.
Orait sebab aku pun rasa kek ni sedap maka dah boleh masuk list dalam sale Arineen Delights.

Subscribe to:
Posts (Atom)