Wednesday, April 24, 2013

SHARING IS CARING.. IS IT TRUE?

Biasa kan kita dengar phrase Sharing is caring. Betul memang berkongsi tu bagus, lagi2 kalau berkaitan perkara-perkara baik yang boelh beri manfaat pada orang lain. Tetapi..dalam berkongsi maklumat mesti ada adab, mesti ada tatasusila dan perkongsian dibuat dengan sumber sahih. Dan berikan lah kredit pada pemunya ilmu jika ada.
Kebelakangan ni kat FB ramai sungguh yang share itu ini, kadang-kadang memang benda baik macam fadilat sunat terawih ikut malam Ramadhan. Ramai pada kita tak tahu sebenarnya fadilat solat sunat tu hanyalah rekaan dan bukan asalnya dari Hadis Nabi. Lagi satu contoh ialah pemakanan RasulAllah. Itu pun rekaan ntah siapa. Tiada satu pun hadis waima hadis Dhaif yang pernah bercakap pasal hal ini.
 
Jadi hati-hati dengan apa yang kita share sebab kalau orang beramal dengan perkara yang salah atas sebab kita share.. camne tu? Caring kah?
 
Hal kedua ialah berkaitan Copyright Infringement. Tak paham? Sila google. Ok.. bila kita share sesuatu maklumat, kita MESTI acknowledge pemilik asal maklumat. MESTI! Tak kisah la samada maklumat tu dari jurnal ke, dari mana-mana artikel ke, dari gambar ke.. asalkan ianya tertakluk pada copyright kita mesti acknowledge. Takkan tak ingat zaman-zaman kita buat assignment dan thesis dulu kan.. kan wajib kita quote source dalam foot notes atau end notes.
 
Kenapa?
 
Sebab itu harta intelek. Harta orang lain. Bukan harta kita. Kalau ambil saja-saja kan dah mencuri namanya tu.
 
'Alaaaa bukan dia tau..lagipun aku share utk manfaat orang lain jugak'
 
Dia tak tau..tapi Allah tau kan.. niat tidak pernah menghalalkan cara. TIDAK PERNAH!
 
Kalaulah jadi kat kita, gambar-gambar kita, hasil nukilan kita, entry kita, disalin dan dikongsi tanpa kebenaran kita pun marah kan, pulak tu oleh puak2 yang berniaga untuk lariskan jualan. Mereka dapat untung kita dapat apa?
 
Jadi jangan buat pada orang benda yang kita tak suka orang buat pada kita ye..oh dan kalau puak2 tu dapat email saying dari aku, anda semua takde hak untuk sentap sebab anda yang salah. Kalau dah salah lebih baik mengaku dari buat alasan yang jelas menunjukkan kebodohan. Simpan sikit bodoh tu jangan tunjuk banyak sangat.
 
*entry ini adalah entry pissef off. Sekian.
 
 

3 comments:

nihadriz said...

tetiba rasa macam nak tepek screen print tu hahahahahahahaaa

*gelak syaitonirrajim*

Angah said...

niha
u have all the rights to do so

ctpayong said...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلم عليكم ورحمة الله

dan syaiton pun kata...jerat aku mengena. tulah lately ni benci nak bukak FB...