Friday, June 14, 2013

LAWATAN KERJA KE TAWAU DAN SEMPORNA

Cerita dah basi tapi ada aku kesah? nak letak jugak haha..

1-3 Mei lepas aku diarahkan ikut lawatan kerja Menteri ke Tawau dan Semporna. Jauh tu import pegawai dari Pahang. Kesnya sebab pegawai level aku kat HQ dah takde semua pegi pantau projek sana sini. Jadi aku la kena kerahan tenaga uruskan lawatan kerja tu. Best gak sebenarnya sebab aku tak pernah sampai Tawau ngan Semporna. Nak tengok laut!

Lawatan Kerja kali ni melibatkan Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian, Timbalan Ketua Setiausaha, 8 Orang Setiausaha Bahagian.. wahhhh semua pun VVIP. Merasa la masuk flight ikut laluan VIP. Siap bagasi tumpang big boss punya gold card. Jadi laaa walaupun aku duduk kelas ekonomi. Beg ikut kelas bisnes.

Kat sana dah aman tenteram, cuma masih ada la kubu kawalan polis. Infact rombongan kami diiring oleh abang2 polis lengkap bersenjata M16 dan pistol, mcm SWAT tu.. banyak la abang2 polis cerita pasal kejadian kat sana.

Sempat juga aku pegi Pasar Tawau. Seafood heaven!

Pemandangan kat Semporna ni superb!

Layan gambar je la ye...

Ni dalam bot ke Pulau Larapan. Air tengah surut jadi kami kena tukar dari bot besar ke bot kecil. Merasa la melompat..seram kauu. Tengok coral tu.. cantik kan? Rasa nak terjun dalam air je.. sangat sangat cantik!

Ini lawatan ke projek bekalan air luar Bandar di Merotai, Tawau. Bergoyang2 je platform tu ramai2 naik.

Ni kat Pasar Tawau. Cer tengok rumpai laut depan aku tu. macam-macam kaler dan sangat murah pun. Orang sana makan sebab dah memang makanan mereka. Kita makan sebab percaya ada kolagen.. alahai... aku tak beli pun bilis sotong segala sebab Kuantan pun banyak.

Pasar Ikan Tawau. Seafood Heaven I tell u! Lobster rm60 sekilo. Udang harimau RM40 je. Suka muka aku dalam gambar ni. Thankyou Ephyra! Walaupaun balik dari project site tetap menten. Cantik kan kak ton!!

Jeti Pulau Pebabaq di Semporna. Ni lokasi kedua lepas perasmian tapak MRSM. Masuk dalam tu.. kawasan perasmian Elektrik Solar Hybris adalah disebalik pokok2 kelapa tu haaaa.. jalan ngah jalannnn

Ni dalam bot masa dah habis lawatan hari pertama. Pukul 6 kot ni.. masih menten muka ku tanpa bedak pun. *iklan lagi*

Yang ni kat Jeti masa nak pegi Pulau Pebabaq. Jalan ngah jalannnnn....
 
Kang aku tepek gambar lagi la...tu je dulu.


 

4 comments:

oren said...

kalo aku, mesti aku terkam rumpai laut tu..suka buat masker..sejuk2 jer...

Mak Wardah said...

Rindu sgt nak ke Tawau lagi...

iza said...

angahhhh... lamo eh tak dongar cerito.. eheh.. kabare? hopefully ceria as always. ok la.. cam biasa la ni tengah bz kengkunun nya. pray for me, ya dear! :)

Irfa said...

mmg lain muka ko sejak ephyra ni
sesuai ngan ko la tu