Tuesday, August 23, 2016

HIJRAH


Kadang-kadang aku jenguk juga blog bersawang ni. Saja membaca semula entries lama. Banyak dah berubah, termasuk cara aku berfikir, years have passed since mula2 tulis blog dulu kan. Lepas tu ada pula akaun facebook, lagi la rumah lama ni makin dilupakan. Sedangkan dalam rumah ni lah aku membesar. Iya secara fizikal juga LOL..

Anyway.. mahu mencoret. Aku berhijrah. Dari yang lama kepada yang baru, Daripada cabaran lama kepada cabaran yang baru. Nak kata pindah sepenuhnya tidak lah, kerana tuntutan kerja maka aku berhijrah ke Temerloh. 

Alhamdulillah suami pun setuju untuk pindah sekali. Anak-anak pun tidaklah menunjukkan emosi tidak setuju, malah mereka lebih teruja mulakan hidup di tempat baru.

Selepas Cuti Hari Raya Puasa baru ni bermulalah kehidupan kami di Temerloh ni. Masih dalam proses sesuaikan diri. Masih belum berhujung minggu di sini pun. Tetap memandu balik ke Kuantan pada hari Jumaat dan kembali semua ke Temerloh pada hari Ahad.

Arief tengah fasa akhir untuk persiapan UPSR. Semoga cemerlang duhai anak. Ibu doakan.

Masih menunggu rumah untuk diduduki siap dibaiki. Cepatlah sikit ye.. penat menyewa homestay ni. 


Thursday, January 07, 2016

TAHUN BARU.. APA YANG BARU? OF NATURAL REMEDIES

Hanya 1 post pada 2015 ya,, kesian blog ni.

Anyway.. tahun 2016, aku harap membawa sinar lebih terang untuk kehidupan samada keluarga dan kerjaya. Umur makin meningkat tapi tetap aku awet muda.

Hidup perlu dikelilingi oleh orang yang positif dan susasana yang positif. Yes aku diketemukan dengan kawan-kawan, lebih tepat adik-adik yang ilmu mereka sangat tinggi berkaitan parenting. Banyak yang perlu unlearn and relearn.

Anak-anak sekarang boleh dikatakan 90% bebas ubatan. Aku makin amalkan natural remedies. Berubah sedikit demi sedikit dari segi pemakanan. Less processed food, more of home cooked meal. No more perasa atau pewarna. Iya sedikit demi sedikit. 

Tapi bila membuat keputusan untuk kembali pada fitrah dengan menjadikan makanan adalah ubat dan ubat adalah makanan bukanlah semudah tidak pergi ke hospital. Ianya satu pebelajaran semula tentang anatomy dan fungsi tubuh, benda apa dalam badan ni, organ apa buat apa, banyak jargons dan terms yang aku belajar balik untuk faham pasal badan sendiri. Sebab natural remedies ni kan kita ubati root cause bukan symptom.

So aku belajar la makanan kita ni apa nutrisi dan khasiat perubatannya, apa nak makan kalau demam, selsema dan sebagainya..

Aku belajar pasal tanda2 penyakit, untuk buat diagnosis awal, mudah untuk bercerita dengan doktor bila dapatkan diagnosis sebenar, kemudia apply natural remedies. Kadang intervensi perubatan moden perlu juga.

Harap aku istiqamah dalam hal ni. Betul lah kan we are what we eat, penyakit berasal dari perut. jaga perut terhindarla dari penyakit.

Anak2 pun suka je makan 'ubat' yelah kalau batuk selsema makan nenas, makan oren kan sedap. dari kena telan ubat.

Nanti pelan2 aku akan tulis lah sikit2, bersama perkongsian dari kawan2 lain pasal natural remedies ni. Tak rugi mencuba sesuatu yang baik kan..