Friday, March 08, 2013

MASAK MASAK MAKAN

Lama pulak tak post sebarang gambar makanan kat sini ye.. makin besar anak2, makin seronok masak sebab mereka suka makan. Memasak tak susah tapi kena tahu teknik supaya siap cepat dan sedap juga. tapi dah kalau emak yang masak pasti sedap ditekak anak2. Ditekak apaknye pun jugak. Jimat pun jimat, bersih pun bersih kan. Itu lah orang dulu-dulu kata makanan ni pun pengikat kasih. Air tangan emak/isteri kan.
 
Macam aku yang kerja tak tentu hala ni, kadang2 rasa bila aku masak untuk keluarga tu mcm tebus sikit lah masa yang sepatutnya mak ni dengan anak2 tapi tak dapat sebab mak ni kesana sini. Mujur gak anak2 tak banyak cengkadak. apa terhidang itu lah yang dimakan. Sesekali minta itu ini, takpelah.. selagi dalam kemampuan mak ni sediakan InsyaAllah.. Besar pahala membahagiakan ahli syurga ni kan..


Breakfast masa cuti. Aku buat kueytiau yang cuma goreng dengan bawang dan sos cili+sos tiram+kicap+telur. Pastu buat sosej roll+cheddar cheese. Pan fried dengan butter. Tak suka deep fried sebab berminyak sangat. Cicah ngan sos thousand Island. 











Ni pulak lunch masa abang balik dari LTdL baru ni. Buat tomyam campur. Aku suka letak daun ketumbar. Enhance the flavour. Pastu buat ayam kicap untuk anak2. Ayam kicap ni cuma tumis bawang pastu campak serbuk perencah sup adabi, masuk kicap dan ayam yang dah digoreng dan tomato. Acar tu ialah acar epal ye.. bukan acar timun. Buat sama je car atapi aku guna lemon dan tambah daun ketumbar. Actually acar ni sedap makan ngan nasi arab.

 


Ni dinner masa aku balik dari Perasmian RTC Pahang. Penat sangat jadi cuma buat megi goreng, salad sayur dan panaskan 2 keping piza. Budak2 lagi la suka.. licin pizza ngan megi goreng tu. Salad sayur aku je la makan.

 


 

Kudap petang-petang. Kakak nak kek coklat warna warni. Aku malas nak buat sebijik sebab nanti messy dengan nak letak ganache, potong segala. Buat camni udah. Upload kat FB ada pulak yang order. Rezeki jangan tolak. Buat je lah.. sebijik RM1 je.
 



Apam beras pelangi. Yang ni Arief nampak dalam majalah suruh aku buat. Layan jek la.. buat setengah adunan je takut tak abis. Tapi rupanya tak cukup. sedap makan ngan kelapa parut. Atas tu menggerutu sebab aku tak cover penutup kukusan dengan kain. Dasar pemalas haha..
 
 


Sebab tadi tak cukup kan, so esoknye tu aku repeat lagi buat 1 adunan pulak. Sempat bawa pegi piknik pun. Tukar kaler la pulak hihi.. memang senang dan sedap! tapi takde Eno, kalau ada lagi cantik teksturnya. Takpe janji sodap anak2 suka. Pun lepas upload kat FB dapat tempahan. Buat jugakkkk... rezeki tu..
 







I have to admit la.. I love cooking. Kadang2 tu aku buat kek, buat muffin, buat apa2 je lah bukan nak makan pun, cuma sebab suka masak. Pastu aku bagi je la kat adik2 ipar, kat jiran tetangga. Macam terapi pun ye jugak.. tenang je rasa.
 

Tuesday, March 05, 2013

LOSING


People say "You never know what you have until you lose it"

Truth is : You know exactly what you had, you just never thought you'd LOSE it...


So true.. So very true.. Never take our loved ones for granted. They are the ones who will stick to us through thick and thin. 

Never take our loved ones for granted.. Never!! Emotional wounds never heal you see...

Sent from Samsung Galaxy Note

Saturday, March 02, 2013

WANGI

Flora by Gucci tajuknya. Wangi! Abang belikan kat Langkawi. I love so strong lah hihi... Essey Miyaki pun dah abis.
Anyway.. Lega dah perasmian Pahang Rural Transformation Centre dah selesai. 2 weeks of non stop working! Dari naiktaraf dan selenggara bangunan dan dataran kejat, masuk api air telefon internet. Sebab nak pastikan semua beroperasi masa perasmian. Lega sangat sangat!
Mujurnya hari kejadian kerja aku cuma liason untuk Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian aku je. Ringan sikit lah kepala.
Esok abang balik dr. LTdL. Patutnya aku menyusul ke Kuala Terengganu tapi sangat2 tak larat. Balik dari perasmian pun aku tidur gila awal. Bangun pagi pukul 9.00 ok! Nasib tgh uzur.
Apapun ini lah kerja aku. Aku enjoy walaupun penat. Sekali sekala merempan tu biasa lah hihi..
Start minggu depan akan full force untuk program mobile team dan karnival mini RTC untuk seluruh negeri Pahang.
Apesal aku tak kurus? Errr... Sebab aku happy kot eh?..
Sent from Yahoo! Mail on Android

Wednesday, February 27, 2013

HAPPY BIRTHDAY ENCIK SUAMI

Semalam LTdL 2013 sampai Kuantan. Aku host dinner utk team technical, pastu buat suprise birthday untuk abang ngan Arief sekali. Tiap tahun pun sambut birthday abang masa LTdL rasanya haha..so tak se suprise mana ye dok?

Aku amik abang kat hotel, balik umah dulu. Yeay! dapat perfume Gucci Flora yang aku dambakan hikhik. Dah bosan pakai Essey Miyaki dah. Bau sangat la ohsem!

So lepas siap segala pegi Zenith Hotel lead team pegi restoran. Jumpa kenalan2 dalam race. Wah sangat seronok! dan majority pun tegur "Ngah apsal gemok sangat ko sekarang" aku jawab "haah gemok tapi muka tetap menten ayu kan kan kan" Dalam hati nanges! Ok.. aku hot hot chicken shit dalam usaha kuruskan badan ni.

Dinner went well. Pastu balik umah lah. Anak2 seronok sangat ayah ada. Omak eh lagi seronok haha..

Pagi ni keluar awal, hantar kids pastu hantar abang kat hotel. Kebetulan pulak starting line depan hotel tu je, aku menempek kejap la jumpa lagi few friends.. pastu masuk opis lah..

Cadangnya nak ke Kuala Terengganu hari Jumaat ni. nak tengok race n nak bawak bebudak jalan jugak. Hopefully ada hotel yang kosong lah.

So happy 39th birthday encik suami. Semoga dilimpakan dengan kesihatan, kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. We all love u so much!

Kek chocolate moist,  buat mainly untuk anak, apaknye tumpang je lah hihi

Sekali lagi apaknye tiada dalam gambar. Pemalu sangat..

Monday, February 25, 2013

HYDERABAD INDIA PART 4 : WHEREABOUTS AND PICTURES

Aku tak ingat bila kali terakhir kita kat Msia ni guna mangga camni kan. Ini bilik penginapan aku. nampak tak suis utama kat sebelah kanan tu? kalau nak pedajal orang senang je kan.. off kan jek haha


Ini bend apertama kita akan nampak bila masuk kawasan utama NIRD. Cantik. Patutng2 pemimpin banyak kat sini, yang sekerat dada je pun banyak. kalau kat bandar tu setiap simpang atau bulatan memang ada.


Sekolah yang terdapat dalam NIRD. Berdebu je kawasan kan. Budak2 pakai uniform putih okay!

Haaaa ni namanya gatal! alang-alang dah sampai India kita contenglah tangan. Ini RS50 ataupun RM3 saja. Tak sampai 5 minit siap. Gelang tu pun aku beli RS100 utk 4

Sebahagian dari peserta masa hari terakhir kat sana. Nak masuk exhibition.

Silau..terik tapi tak panas pun. Aku ralat sebab penganjur bawak kami pegi exhibition ni sekejap sangat. Tak sempat nak pusing2 . banyak benda boleh beli utk souvenir sebenarnya. Tapi cuma 2 jam je hukhuk

Ini la geng yang selalu kesana sini sama2. 2 cowok dari Indonesia. Oh ini kat Hardrock Cafe. Masuk sini semata2 nak makan steak. Kalau kat Msia memang tak merasa la makan steak HR kan.. kat sini harga adalah RS395 sahaja! iaitu lebih kurang RM23. Macam makan kat restoran kan!