Thursday, January 31, 2013

HYDERABAD INDIA - PENGALAMAN YANG MENGINSAFKAN (1)

Lamanya tak update blog. Dah ilang kerajinan. Sebab semua pun rutin. So nak membelog pasal travel ke India awal bulan ni selama 2 minggu. Kalau orang tanya apa pengalaman aku. Jawapan aku adalah pengalaman yang sangat menginsafkan. Kita yang duduk kat Msia ni bawak-bawakla bersyukur lahir2 je dan senang.

Flight dari KLIA terus ke Hyderabad jam 10.35 malam. Penerbangan ambil masa 4 jam. Sampai Rajiv Gandhi Airport jam 12.00am. Selang masa adalah 2 jam setengah. Sampai sana dah ada yang menunggu. Rupanya flight ni ada sekali peserta dari negara2 Asia Tenggara.

Imigresen dan kastam sangat lah ketat. Mcm pesalah pun ada gak rasanya. Mujur juga dapat Gratis Visa jadi mudah jugalah perjalanan tu. Aku rasa Indonesia bagus sebab memang guna Passport Diplomatik jadi terus boleh pegi lane diplomatik.

Pukul 2.30 pagi sampai kat International Institute of Rural Development. Yer aku kursus ni kat kampus bukan kat hotel. Suhu adalah dalam 17c. Dah hujung2 winter katanya. Bilik adalah macam hostel ye. So bermula lah episod 10 hari penuh pengalaman menarik dan juga menyakitkan hati sepanjang berkursus.

Suka aku tempat ni..rasa nak golek2 je atas rumput tu..dalam kampus.
Bangun pagi.. turun sarapan.. capati and more capati to come ye haha..berjalan ke kelas dengan disambut pemandangan dalam kampus yang sangat menyegarkan. sejuk pun ye..

Sepanjang 3  hari pertama adalah classes dan country presentation. kami kena sediakan country paper yang merangkumi banyak benda pasal pelaksanaan pembangunan luar bandar.. Aku untung sebab yg pergi ngan aku tu memang kerja kat Bhgn Perancangan Strategik kementerian aku ni. So aku sangat terhutang budi kat dia pasal country paper nih..So our presentation smooth alhamdulillah. Regarded the best!

Hari ke 5-7 kami dibawa ke Field Visit 400km dari Hyderabad iaitu di daerah Ananthapur, Orvakal dan Kurnool.. yang ini merupakan gist pada keseluruhan kursus la pada aku. memang sangat-sangat menginsafkan. Ada masa mengenang juga air mata melihat anak2 kecil di sana..lagi2 bila bandingkan dengan anak2 sendiri yang hidup mewah.

Ni pelajar tahun 4 di salah sebuah sekolah Community Based di Orvakal, Kurnool. Masih duduk atas lantai guna papan kecil menulis.
Ini ialah ladang kacang kuda. Haaaa camni la rupanya pokok kacang kuda yee..

Hari ke 8 -10 sambung lagi dengan kelas dan sesi perkongsian. banyak input yang bagus aku bawa balik untuk dibawa ke pengetahuan pengurusan tertinggi Kementerian. Infact ada yang boleh diaplikasikan pun.

Aku malas nak cerita pasal apa benda yang aku trainingkan sepanjang kat sana. nanti aku cerita lah benda2 menarik sepanjang kat sana tu termasuk hal pam susu jugak. 

Tuesday, December 25, 2012

BOLLYWOOD HERE I COME

Wahh.. poyo jek kan..

Memula sapu sawang dulu. Dah 5 minggu blog ni terabai. Takde cerita sangat lah. Semua pun rutin jugak

Ok next week aku akan pegi Hyderabad, India untuk 1 seminar selama 2 minggu. Baru la nak merasa pegi luar negara sebab kerja haha.. kesian aku.

Anak2 berpecah lah nampaknya. Si abang dengan ayahnye sebab sekolah dah mula. 2 adik tu makciknya kat Klang jaga. Lepas STPM bukan ada kerja pun kan.

Ok habis cerita kerja

Kuantan adalah banjir. Hujan dah 3 hari tak berhenti. Pusat pemindahan pun dah start bukak. Aku pun dah start guna dryer. Harap tak teruk sangat lah. Jangan risau. Area rumah aku tak naik air. Memang kawasan tinggi..cuma tak boleh nak buat apa2 lah.. hujan kan.. anak2 sebok nak main air. Kang demam tak pasal2 je heh..

ok tu je.. aku kat opis ni nyiapkan report. Ye lah seminggu takde kat pejabat kan...

Wednesday, November 14, 2012

NURSING IN PUBLIC VS NURSING PUBLICLY

NURSING IN PUBLIC = MENYUSUKAN ANAK DI TEMPAT AWAM
NURSING PUBLICLY = MENYUSUKAN ANAK SECARA TERBUKA
SEBELUM MENULIS SILA FAHAMI 2 TERM OF REFERENCE NI.. SEBAB TANPA PREMIS YANG KUAT UNTUK MENULIS.. TULISAN KITA ADALAH SAMPAH YANG PERLU DIBAKUL SAMPAHKAN..


4 November baru ni aku ada tulis 1 post kat Laman Rasmi Galaksi rentetan postings dan komen kat Kumpulan Ibu Menyusukan berkaitan reaksi/gestures spontan pengacara rancangan tu masa Kiah Propa bergosip pasal artis yang menyusukan anak dan terdedah la asetnya. Posting aku tu mendapat pelbagai reaksi dari beratus komen terkemudia dan hampir 2000 likes.
Penerbit rancangan pun dah jawab tapi ia tidak menjelaskan isu yang diketengahkan iaitu Menyusukan anak di tempat awam sepatutnya tak perlu jadikan gosip dan reaksi/gestures geli geleman apengacara adalah keterlaluan. Aku pun dilabel sebagai PENCETUS KEKELIRUAN...apakah!!! Well aku dah sampaikan apa yang aku rasa, berdasarkan pengalaman aku menyusukan ketiga2 anak. Up to them to nilai lah. Walhal boleh je ketepikan gosip tu.
 
Kemudian kecoh pulak di Mix.FM. Dalam banyak2 benda yang annoying dimata masyarakat ialah breastfeeding in public. Again thread komen panjang berjela dengan mereka yang setuju dan tidak, yang menyokong dan membantah. Isu di situ ialah dalam banyak2 benda kenapa breastfeeding jugak yang dihighlight. Sedangkan boleh je ditapis sebelum on air.
 
Rentetan itu ada lah blogger yang pada aku hanya menangguk di air yang keruh..pada pandangan aku bertujuan menaikkan rating blog je pun. mengambil kesempatan daripada isu yang tengah hangat dengan membuat entry atau entries dengan tajuk sama. Menulis dengan berpaksikan pandangan sendiri tanpa mengetahui pucuk pangkal isu yang diketangahkan dalam laman Rasmi galaksi dan Mix.fm dan tanpa mengetahui apa itu sebenarnya NIP dan mengapa ibu2 di Malaysia ni NIP. Ofcourse dengan entry yang sebegitu akan generate outburst dikalangan ibu2 yang menyusukan anak mereka di tempat awam.

Kumpulan yang memperjuangkan hak ibu2 untuk mendapat bilik2 yang sesuai untuk menyusukan anak dipersoalkan tujuan mereka kerana mengadakan flash mob. Itu kan cara untuk menunjukkan betapa ramai ibu yang menyusukan anak perlukan bilik2 berkenaan. Wondering whether blogger tu study atau tidak? Sama juga dengan cara menghantar petition ke  pejabat menteri..ia cuma 1 cara.
 
Gambar ibu2 yang menyusukan anak di dalam majalah keibu-bapaan dijadikan bahan bukti untuk menunjukkan ibu2 itu tiada rasa malu (tiada secebis pun aset kelihatan) Dangkal bukan? Ofcourse ibu2 juga terasa hati dan mempersoalkan cara pakaian menjolok mata dalam majalah2 hiburan..tidak pula dikatakan tak tahu malu (dosa?) Bukankah ianya dalam majalah keibu bapaan? majalah yang menyokong penyusuan ibu..kalau aku ketengahkan gambar2 breast dalam jurnal2 perubatan bagaimana agaknya? eh.. mungkin blogger itu tidak membaca bahan ilmiah :P

Tapi ye lah.. kalau tujuannya untuk menaikkan rating benda2 seperti ini perlu ada untuk tarik pembaca. so sad kan..
 
Ada juga blogger wanita yang buat entry juga tidak menyokong NIP. Pendapat dan keselesaan masing2 aku tetap hormat cuma agak terkilan dengan pandangan yang menjurus seolah2 ibu2 yang NIP ni mengaibkan diri sendiri. Come on... jangan overgeneralize people just because u tak buat benda sama. so sad kan..nak susukan anak dengan botol ke, nak berlari2 cari surau ke, nak cari nursing room ke..up to individuals cuma jangan condemn ibu2 yang ambil keputusan memilih menyusukan anak di tempat awam.
 
NIP is common is western countries. Sampai tahap sapa2 yang menidakkan hak ibu untuk menyusukan anak di tempat awam boleh didakwa! Itu di negara barat. Semangat ini yang kita ambil. Semangat bahawa penyusuan susu ibu adalah fitrah, menyusukan anak di tempat awam adalah perkara biasa sebab makan itu juga fitrah. Aku percaya takde ibu kat Msia ni yang NIP macam wanita barat.. bare it all gitu. Ibu2 kat Msia ni akan sebaik mungkin menutup aset mereka. Sampai ke satu tahap terer, org tak tau pun dia tengah menyusukan anak! Jadi apa yang pelik sangat?
 
Tak selesa tengok baby melekap kat dada ibu di tempat awam? Come on lah..ini lah yang dikatakan 1 class facilities tapi 3rd class mentality. Pandang tempat lain je..simple!

Persoalan yang aku ingin lontarkan ialah.. mereka2 yang menolak mentah2 NIP ni faham atau tidak apa sebenarnya NIP ni? Kenapa ibu2 ni NIP? Keperluan setiap anak dan setiap ibu tak sama, tahap konfiden antara ibu2 juga tak sama. Pada ibu2 yang konfiden NIP teruskan lah, pada yang tak konfiden takpe..banyak cara lain utntuk susukan anak juga.
 
Ingin aku lontarkan soalan.. ada ke ibu2 yang menyusukan anak secara terbuka sampai jadi polemik dalam banyak posting dan entries? Kenapa isu sekecil ini dipandang besar? Kalaupun tak setuju dengan apa yang diperjuangkan tak bolehkan cuma angguk dan diam. yang memperjuangkan memang loud and clear memperjuangkan atas banyak reason yang selama ini diketengahkan. Sebab mereka rasa kesannya, mereka mengalami kesukarannya untuk menjalankan amanah Allah ini.
 
Ingin aku tanya sekali lagi kepada yang membantah.. apakah premis anda pada bantahan itu?
 
Malu? bukan anda yang perlu berhati2 membuka cangkuk bra untuk menyusukan anak..
Bukan budaya? Adakah menampakkan lurah dendam dan alur punggung itu budaya kita?
Not islamic compliance? bolehkah anda beri saya bukti?
Menarik pandangan org? anda ada kawalan untuk mengawal pandangan orang jika tiba2 anda terjatuh?
terikut2 barat? Mengapa tak boleh ambil yg baik dari barat? yang buruk2 pun dah banyak kita ikut..
boleh pakai botol? Kenapa menyusahkan diri?
masuk surau kan boleh? anda yakin dalam surau orang tidak melihat?
 
Jawablah persoalan2 aku ni..

Thursday, November 08, 2012

RV OH RV

Masih berkisar pasal amateur baker...aku lah tu haha..

Tadi siapkan tempahan 2 kawan sekerja. Sorang nak wholecake utk bg kat baby sitters kat taska pastu sorang lagi nak 12 cuppies utk anak dia. 

Boring la plak asik tabur crumbs..kali ni letak rama2 plak lah..


Sent from Samsung Galaxy Note

Wednesday, November 07, 2012

MENYAPU SAWANG

Wah!!! sebulan tak update blog. nak kata sibuk ye memang sibuk. Takde cerita pun ye..malas pun ye jugak. Well.. kengkadang rasa malas tu datang dan aku pun layan..blog berabuk.

Rasanya aku enjoy sangat baking semanjak 2 menjak ni. Sebab bisnes kecik2 pun ye dan sebab aku rasa mcm therapy pun ye.. tengok proses menjadikan tepung mentega dan gula jadi sesuatu yang sedap dan cantik dan ramai enjoy makan. Itu adalah kepuasan. lebih puas dari dapat beg baru *eh beli beg ke? haha..

Sila lah layan gambar hasil keras tangan kat dapur ni.. amatur tapi ada aku kesah! Yang penting rasa mau sedap!
Ini redvelved belum letak topping ngan choc walnut brownies

Pai epal yang anak dara rekues

Choc Moist dengan choc ganache utk raya haji

Kek Karamel. Yang ni Cekna tempah

Red velvet cuppies pun cekna tempah..dengar2 10 biji dah lepas ke UK!

Choc walnut brownies..yang ni member kat temerloh tempah

Ok.. esok boleh cerita pasal perkembangan renovation rumah plak. Apa? blom siap?

Iya belum siap.. camni lah bajet sendu.. buat slow2 kekdahnya..